Salam Sejahtera semua.
Hari ni Ice nak sharekan satu info yang menarik yang jarang orang tahu iaitu, jenis-jenis darah selepas bersalin. Bila disebut tentang darah selepas bersalin, semua wanita akan bercakap mengenai darah nifas sahaja. Darah yang keluar dalam tempoh 2 kali lamanya dari darah haid biasa.
Cuma apa yang mereka tak tahu sebenarnya darah ketika selepas bersalin ada 3 jenis, yang perlu dikeluarkan dari rahim dan kalau tak keluar sendiri perlu di"korek" oleh mak bidan. Mengapa ia perlu dikorek adalah kerana darah2 ini sangat berbisa kepada wanita yang bersalin dan jika tidak dikeluarkan dengan betul akan menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti meroyan, bentan, ketidakseimbangan hormon, dan juga boleh menyebabkan kes-kes yang lebih serius seperti ketumbuhan dalam rahim iaitu cyst,fibroid dan juga KANSER RAHIM.
So, amat penting semua ibu dan bakal ibu tahu akan jenis2 darah kita selepas proses kelahiran. Jenis darah selepas bersalin ada 3 iaitu:
- Darah Bantal
- Darah Nifas
- Darah Bayam
Mari kita kupas satu persatu jenis-jenis darah ini. Dimulai dengan
1. Darah Bantal a) Apa itu Darah Bantal? - Sejenis darah yang terkumpul selama 9 bulan dalam merian bersama uri
- Dikenali juga sebagai "alas bayi"sebab ia seperti "bantal" bagi bayi di dalam rahim
b) Apakah tekstur Darah Bantal? - Lazimnya ia sebesar penumbuk tapi bertekstur lembut
Selalu keluar secara berketul pada hari pertama dan kedua berpantang.
- Selalunya ia keluar ketika uri dikeluarkan.
- Kadang-kadang Darah Bantal ini bila keluar kita rasa macam ada seketul daging keluar dari "bawah kita.
C) Apakah kesannya jika Darah Bantal tertinggal dalam badan? - Ia boleh menjadi darah beracun dan menyebabkan ibu sakit di bahagian ari-ari seperti contraction hendak bersalin lagi. Kadang-kadang sakit ini adalah keterlaluan sehingga keadaan ibu lutut bertemu dagu. Kadang2 sakitnya menyukarkan ibu untuk berjalan.

Ibu akan berasa sakit dibahagian perut dan ari-ari seperti senggugut, atau lebih teruk seperti contraction bersalin.
- Perut ibu akan tertonjol keras seerti ada seorang lagi bayi dalam perut
- Perut ibu akan kelihatan buncit, wajah yang sembap dan bentuk badan macam perempuan sedang hamil
d) Apakah caranya untuk keluarkan Darah Bantal? - Selalunya ia akan keluar sendiri. Tetapi apbila terasa seperti darah ini masih ada, ibu dalam keadaan sakit bersalin (contraction) yang teramat sangat, maka perlu dipanggil mak bidan yang pro atau ahli perubatan moden untuk melakukan kaedah memutar dibahagian pusat ibu.
- Cara NR: Ice ketika ceaser mengamalkan Akar Herbanika sejak hari pertama. Dan melalui pengalaman Ice setiap kali Ice minum air akar herbanika, selepas itu ice akan rasa macam nak terkencing. And bila Ice duduk di mangkuk jamban untuk kencing dan mula meneran, bukan kencing yang keluar, tapi berketul2 darah beku keluar dari "bawah". tetapi selalunya, selepas keluarnya Darah Bantal itu, Ice akan rasa lega sangat terutama dibahagian ari-ari dan tempat pembedahan.
Pengamalan air Akar Herbanika ketika mengandung mengelakkan bau Darah Nifas yang berbau hanyir dan bangkai. Manakala meminumnya secara intensif pada minggu berpantang memudahkan pengeluaran Darah Bantal Darah nifas dan Darah Bayam.
Bila Darah Bantal ini dikeluarkan secara total atau keseluruhan, badan ibu akan automatik menjadi ringan, Macam ice,sakit di tempat ceaser tidak rasa menyeksa sangat, dan mata terasa terang sangat2.
2. Darah Nifas a) Apa itu Darah Nifas - Biasanya selepas Darah Bantal habis keluar, maka bermulalah pengeluaran Darah Nifas untuk ibu
b) Tekstur Darah Nifas? - Seperti darah period. Masa minggu pertama, darah akan akan kelihatan kehitaman, pekat, berlendir, berkepingan dan berbau busuk.

Tekstur lazim darah nifas, sedikit berair dan sedikit berketul,
- Kadang-kadang, bila ibu berpantang yang tidak mengamalkan segala herba atau jamu, bau dari darah nifas mereka akan mengganggu orang sekeliling dan menyebabkan mereka sukar didekati meskipun suami sendiri. Tetapi kepada sesiapa yang mengamalkan air Akar Herbanika dan Phyto Clense ketika mengandung, insyallah darahnya tidak akan berbau hanyir dan busuk, malah darahnya berbau sihat-iaitu bau besi.
- Untuk minggu pertama juga Darah Nifas akan keluar bersama-sama Darah Bantal
- Minggu kedua, Darah Nifas akan keluar dengan tekstur lebih cair sehinggalah kecoklatan (macam darah tanda 1st day period kita)
c) Bagaimana untuk membantu Darah Nifas keluar sehabis-habisnya? - Sebab itu perlu dipantau, jika Darah Nifas berhenti terlalu awal iaitu hanya seminggu atau dua minggu sahaja, makan perlu dilakukan rawatan luaran yang merangsang pengeluaran darah nifas. Darah Nifas tidak boleh berhenti terlalu awal. Selalunya Darah Nifas akan berhenti pada minggu ke-3 atau sebulan tepat.
- Digalakkan ibu-ibu melakukan tangas kering pada minggu ke-30. Dan diharapkan jangan ada ibu-ibu melakukan tangas kering lebih awal dari tempoh 30 hari. Sebab fungsi tangas kering adalah untuk mengeringkan saluran sulit supaya rapi, segar dan normal. Jika tangas kering dilakukan terlalu awal, ia akan membantutkan pengeluaran darah kotor dari rahim dan darah kototr inilah yang akan meracun kembali sistem badan kita.

Bertangas kering amat penting dilakukan pada wanita yang ingin menjaga kesihatan dan kesegaran rahim.
- Sebab itu sesiapa yang ambil rawatan intensif berpantang dengan Ice, Ice hanya akan mula buat tangas kering pada ibu-ibu mulai hari ke-30. Cara tangas kering ada pada entri ini: Sila tekan Perlu diingatkan Darah Nifas yang terlalu awal habis dan tidak habis keluar boleh menyebabkan masalah faraj kita sentiasa keluar air jernih (macam air ketuban yang tiris), keputihan, hakisan mulut rahim, sista, prolips dan juga fibroid.
Ketika ini pentingnya amalan pemakanan yang seimbang bagi ibu-ibu berpantang. Elakkan ikan-ikan yang tajam dan berbisa. Dan untuk pengamal Set Bersalin NR, tempoh inilah yang terbaik untuk anda betul2 amalkan makan 3-4 biji Phyto Natal dan 5 mug air Akar herbanika TIAP-TIAP HARI untuk keluarkan Darah Nifas DAN MENGELAKKAN DARAH NIFAS KITA DARI BERBAU HANYIR.
Antara fungsi Phyto Natal adalah membantu mengorek lebihan darah kotor dan beracun dari rahim. Dan juga untuk kesegaran kewanitaan kita, titikkan Minyak berubat herba sebesar 50 sen, dan lekapkan pada kewanitaan kita sebelum pakai pad. Insyallah ia membantu menarik lebih efektif Darah Nifas kita keluar.
3. Darah Bayam
Darah Bayam, seakan-akan bayam yang sudah basi dan berlendir.
a) Apakah tekstur Darah Bayam? - Seperti namanya, warnanya kehijauan berlendir sepeti bayam, baunya seperti bayam basi dan kadang-kadang seperti bau bangkai ikan.
- Ia sangat beracun
- Keluar pada penghujung Darah Nifas
b) Akibat jika Darah Bayam tidak keluar? - Ibu mudah berasa seram sejuk
- Mata ibu yang dahulu terang, jadi kabur dan rabun selepas bersalin
- Senang pening kepala
- Rambut gugur dan gatal kulit kepala meskipun tiada kelemumur
- ibu senang kena alegik atau gatal2 kulit
- Mudah letih
- Senang sakit pinggang sampai kalau selepas bersama suami kerap merasa kesakitan itu. Kadang2 menyebabkan ibu selalu mengelak untuk bersama dengan suami
- Faraj yang meleleh air seperti tiris ketuban, kegatalan yang serius dan infeksi (infection)
- Jika peringkat serius, boleh menyeabkan hakisan mulut rahim dan kanser pangkal rahim.
Diketahui umum, makanan kegemaran segala barah dan ketumbuhan dalaman badan ialah darah kotor, termasuklah darah nifas, darah bantal, darah bayam atau darah haid yang tidak habis keluar dari sistem badan.
Masa Ice bersalin pertama, ice perasan darah ni. Tapi tak ambil peduli. Masa anak ke-2, bila dah tahu apa itu Darah Bayam, and bila ia keluar, memang ice sentuh dan cium. Ia sebijik macam sayur bayam yang dah basi. Dan ice bersyukur ia keluar dari rahim Ice akhirnya. Dan Hari ke-30, Ice buat tangas kering dan start makan Phytox.
Phytox, pengamalan wajib bagi ibu hari ke-30 berpantang.
Oleh itu, diharapkan bagi ibu-ibu bersalin tu, bila dah bersalin pantaulah keluaran darah anda. Kaji darah yang keluar. Pastikan ketiga-tiga darah ini keluar dari rahim kita demi kesejahteraan kesihatan kita.
Moga entri kali ini membantu kalian.
Sekian, berjumpa lagi di lain entri. :)
Love Always....
Sumber *Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Datin Sh. Anisah
*Penerangan Sh.Nadiah
*Penerangan Zabedah Kassim
*Pengalaman Ice sendiri