Saturday, October 14, 2017

Ubat rapat penyebab MEROYAN pada ibu dan JAUNDIS pada bayi.

Ini kupasan kedua perihal bahana mengamalkan ubat rapat ketika dalam pantang..

Untuk baca kupasan yang pertama, sila baca Manjakani Penyebab Meroyan



Manjakani, Temu Kunci, Kacip Fatimah, Temu giring, Akar serapat
👆Ini adalah contoh2 herba bersifat PANAS.

Kamu amalkan apa2 ubat postnatal yang mempunyai kandungan di atas, kamu akan mengakibatkan anak turut JAUNDIS!

Apa hubungkaitnya?
Jamu bersifat panas mengakibatkan ibu SEMBELIT.

Ubat rapat penyebab sembelit dan juga buasir ketika dalam pantang.

Bayi yang menyusu dari ibu yang ibu yang amalkan herba2 panas turut sembelit. Lalu menyukarkan proses penyingkiran birubilin melalui najis bayi.


Ibu yang amalkan jamu bersifat panas mengeringkan susu ibu.

Lalu bayi yang kurang dapat susu dari ibu akan sukar menyingkirkan birubilin dari najis.



Selalu yang kak Ice tengok....bila ibu2 ini tak mampu menyusu bayi, bila bacaan jaundis bayi tinggi, maka bermulalah era stress ketika dalam pantang.

Dan stress juga adalah salah satu penyumbang kepada masalah Baby blues dan postpartum depression atau meroyan.

Tetapi ibu2 ini suka salahkan orang sekeliling.

Salahkan orang yang hina dia susu tak banyak.
Salahkan orang yang kecam dia bila dia sembelit.
Sedangkan salahnya terletak pada si ibu yang sibuk nak ketat dan rapat selepas bersalin.

Tanpa mengetahui, bahawa amalan ubat2 rapat itu adalah punca sembelit dan kurang susu badannya.

Tolong jadi bijak.
Rajin2 belajar cara amalan herba Melayu yang betul.



Kak ice turut menyediakan pakej rawatan berpantang untuk ibu-ibu yang akan berpantang di seluruh Selangor, Kuala lumpur, Putrajaya, Penang dan Johor.



Untuk tempahan pakej berpantang mahupun konsultasi produk herba NR sila hubungi 012-7225184

Wednesday, October 11, 2017

Manjakani penyebab MEROYAN


Saya lihat ramai rakan2 FB saya menjual ubat bersalin yang mempunyai kandungan manjakani di dalamnya.

Sedangkan dari dahulu sudah sy ceritakan....sudah sy kupaskan..... bagaimana manjakani boleh mengakibatkan lebih banyak mudharat jika diamalkan sebelum tempoh 30 hari berpantang. (Ubat rapat hanya boleh dimulakan pada hari ke 30 SELEPAS bersalin)

Manjakani adalah salah satu herba yang digunakan untuk merapatkan saluran faraj.

Ibu2 yang amalkan manjakani sebelum hari ke 30 bersalin akan mengalami darah nifas yang tidak lawas keluar. Bagaimana nak keluar. Kalau saluran faraj sudah diasak2 utk ketat dan rapat ketika rahim masih mentah dan masih berdarah. 

Sudahnya, 14 hari selepas bersalin darah dah kering. Banggalah ibu dapat solat dan puasa tanpa tahu bahaya dalam tubuh umpama bom jangka yang menunggu hari utk mengganas.

Lalu berkumpullah darah bantal di dalam rahim ibu. Sebab itu kita tgk kebanyakkan wanita yang alami rengat rata2nya adalah wanita yang mengamalkan manjakani sebelum hari ke 30 berpantang.

Kemudian darah kotor yang terperangkap dalam rahim ini mengakibatkan keracunan di dalam tubuh ibu. Hormon ibu mula menjadi tidak stabil. Ibu mudah beremosi (marah, sedih & keliru dalam pantang) - inilah permulaan MEROYAN

Saya agak terkilan. Dalam sibuk saya mengajar orang luar akan bahana amalan ubat rapat sebelum hari ke 30 berpantang, kawan2 FB saya sendiri gah menjual ubat2an mempunyai kandungan perapat dan mewar2kan ia bagus utk ibu2 amalkan SEJURUS selepas bersalin.

Sebab tu sy tak heran jika ahli perubatan moden mengecam penjual herba.

Sebab anda menjual tanpa ilmu.

Anda merosakkan masyarakat hanya demi mengaut keuntungan.

Sedangkan bila saya selidik, mereka yang mengeluarkan produk2 sebegini adalah kaum asing yang menggunapakai nama MELAYU.

Kita pula hanya menjual tanpa menyelidik.

Bukankah menuntut ilmu akan barangan yang didagangkan (kebaikan dan juga keburukan produk) termaktub dalam ketelusan jual beli menurut konteks perniagaan Islam?

Akhirnya...

Melayu juga membunuh amalan Melayu.



Kak ice turut menyediakan pakej rawatan berpantang untuk ibu-ibu yang akan berpantang di seluruh Selangor, Kuala lumpur, Putrajaya, Penang dan Johor.



Untuk tempahan pakej berpantang mahupun konsultasi produk herba NR sila hubungi 012-7225184



Aku yang kena bedah, kau yang panas. Pehallll????

Porsedur c-section merupakan kurnia Allah buat wanita-wanita menyelamatkan kandungannya.

Tips utk tangani stress apabila dipertikaikan bersalin secara ceasearean..
1. Ramai orang selalunya jadi curious bila si ibu bersalin ceaser. Even kak ice dah 3 kali ceaser...tetap akan bertanya (dan kadang2 mempertikaikan) kenapa si ibu end up with czer. Itu normal.

2. Pertikaian yg kak ice buat bkn ke atas kemampuan ibu utk bersalin normal. Tetapi lebih kepada mengapa pihak hospital ambil langkah ceaserean sbb lain hospital (kerajaan & swasta) lain aturannya. Mcm kak ice anak 1st....5 hari try bersalin normal baru kena ceaser. So agak pelik kalau seorang ibu baru try sehari dah kena ceaser.


3. Cerita disebalik ceaser ni menarik. Ramai orang nak tahu sebab ia kelahiran yang unik. Cerita pasal kepala baby tak turun, tali pusat terbelit, uri kat bawah...ia adalah cerita yang tak ramai orang alami. Hanya orang2 terpilih je akan Allah bagi peluang lalui cerita ini.

4. Jangan risau jika anda tak mampu bersalin normal. Ia bukanlah satu kecacatan. Kita perlu bersyukur boleh lalui prosedur ceaser. Sebab jika kita hidup zaman2 pontianak harum sundal malam, kita dah lama terbiar meninggal ketika mencuba melahirkan anak. Berterima kasih kepada teknologi.



5. Bersalin normal atau ceaser, tak menjaminkan kita ibu yang hebat. Kehebatan seorang ibu diukur ketika anak yang kita didik mampu menjadi hamba Allah yang cemerlang. Bukan dari cara kita melahirkan mereka.



6. Mudah atau susah bersalin bukan pengukur dosa pahala. Semuanya adalah rahmat dari Allah. Sakit itu rahmat Allah menghapuskan dosa2 kita.

Kesakitan kontraksi, kesakitan ketika dibedah tiada siapa yang boleh mempertikaikannya

7. Jangan fikir apa kata orang. Jangan sumpah orang yang mengata. Doakan mereka yang baik2. Fikir yang positif2 sahaja. Jangan tertekan sampai meroyan. Sebab orang2 yang mulut jahat ni kadang2 memang hati pun jahat. Saje nak tgk kita meroyan agar mengganggu rumahtangga kita masa hadapan. Jangan berikan mereka kemenangan mengawal fikiran kita.

Makcik-makcik bawang ni sila reject awal-awal kalau nak datang ziarah. 

8. Utk bakal2 suami. Kenali siapa orang yang isteri tak suka dan sababat isteri. Lepas pantang, pastikan orang yg dia tak suka berada 8 meter dari isteri sentiasa. Kawal perimeter sediplomatiknya. Jika tak mampu pun, sentiasa back up isteri bila dah start orang mengata2.


Apapun tahniah bagi yang dah pernah bersalin ceaser.
Bukan calang2 orangnya.

Sanggup dilapah demi menyelamatkan anak yang dikandung. Sedangkan kalau orang offer lapah perut utk emas pun korang tak sanggup.

Chin up mommies.
Well done!


Bekas 3 kali czer mom.

Kak ice turut menyediakan pakej rawatan berpantang untuk ibu-ibu yang akan berpantang di seluruh Selangor, Kuala lumpur, Putrajaya, Penang dan Johor.


Untuk tempahan pakej berpantang mahupun konsultasi produk herba NR sila hubungi 012-7225184

Tuesday, October 10, 2017

Cara Berpantang Selepas Bersalin Pembedahan

Disebabkan terlalu ramai bakal ibu-ibu muda dok whatsapp/PM kak Ice bertanya macam mana nak berpantang selepas bersalin secara pembedahan, so kak ice buat post ni khas untuk hangpa.

Kak Ice faham...kalau bersalin normal, rata-rata semua orang dah standby nak buat apa selepas bersalin. Tetapi kalau tiba-tiba kena bedah, si ibu boleh jadi "blank" secara tiba-tiba.

Disebabkan Kak ice pun merupakan seorang ibu yang dah bersalin secara pembedahan sebanyak 3 kali, maka Kak Ice akan kongsikan cara dan amalan yang sesuai untuk kalian nak ikut ya.


1. Urutan Selepas Bersalin




  • Masa Kak Ice bersalin ceaser dahulu, ibu Kak Ice hanya start mengurut Kak Ice pada hari ke 7 kerana masa tu Kak ice baru rasa selesa nak terlentang dan mengiring. Sebab masa awal-awal selepas bersalin secara pembedahan,  Kak Ice rasa ngilu sangat even nak berjalan. So kiranya, selepas seminggu tu badan dah kira selesalah.

  • Ibu boleh diurut secara telentang, duduk dan mengiring. Meniarap hanya selepas 2 minggu bersalin ya.

  • Ramai bidan yang skip urut tang perut kalau mak itu bersalin secara bedah. Sedangkan, urutan pada bahagian perutlah sangat-sangat melegakan ibu kerana kebanyakkan ibu selepas dibedah mudah terkena sembelit, kembung perut dan senak di kawasan ulu hati.

  • Ambillah pakej urutan 3 hari berturut-turut. Kalau bidan tu jenis urutannya kuat, mintalah dia datang selang sehari.


2. Tuaman seluruh badan


  • Tuaman seluruh badan perlu dilakukan si ibu sebaiknya sejurus selepas keluar bilik bedah. So, kalau kat hospital tu, kita pakai tungku bantal elektrik atau hot water bag.
Hot water bnag lebih mudah dan praktikal digunakan ketika berada di dalam hospital
  • Lepas dah balik rumah baru boleh pakai tungku besi, tungku tanah liat mahupun tungku batu sungai.

  • Bahagian mana nak tuam? Perut (elakkan tempat c-sect), celah peha, betis, tapak kaki, pinggang, pinggul, belikat dan belakang.

  • Rawatan tuaman ini banyak membantu memcahkan dan mengeluarkan angin, melegakan otot yang tegang, dan melancarkan pengeluaran darah bantal (darah awal yang berketul selepas bersalin)

3. Pemakaian Bengkung


  • Pemakaian bengkung untuk selepas bersalin pembedahan adalah untuk "memegang" perut ibu agar tidak membuai. Selepas dibedah, setiap kali kita berjalan, perut akan membuai dan mengakibatkan luka atas dan luka bawah bergesel.Lalu ibu akan rasa perit kat tempat luka.

  • So pemakaian tummy wrapping atau bengkung ini juga cepat mengempiskan perut ibu. Kak Ice pakai bengkung kain 100 hari selepas bersalin. Kesannya, 3 kali ceaser perut tak memboyak dan membuncit kehadapan. kesian kadang-kadang tengok ibu selepas czer yang tak dibenarkan berbengkung. Bila anak dah besar, mereka turut mengalami masalah perut mengembang.
  • Cara pemakaian bengkung selepas pembedahan
    • Minggu Pertama - Kedua: Pakai strap on binder
    • Minggu ke Kedua sehingga habis pantang : Pakai bengkung kain longgar-longgar
    • Hari ke 44 - hari ke 100 : Pakai bengkung kain ketatkan sedikit. Masa ni nak pakai girdle pun dah boleh

  • Tetapi korang kena ingat ya, kalau korang jenis lasak Kak Ice tak galakkan korang pakai bengkung. Sebab boleh terbuka balik jahitan perut. Macam Kak ice, keluarga very supportive. Satu kerja rumah pun tak diberi buat. So banyak berehat. Sebab itu kak ice mampu berbengkung 100 hari lamanya.
4. Pakai Param dan Pilis




  • Param dipakai untuk memanaskan badan ibu. Ia mengelakkan angin sejuk masuk melalui liang pori kulit si ibu.


  • Pilis dipakai di dahi untuk mengelakkan ibu mudah terkena serangan angin meroyan yang boleh mengakibatkan si ibu mudah terkena migrain ketika mahupun selepas habis pantang nanti

5. Makan Herba




  • Makan herba selepas bersalin berfungsi sebagai pelawas untuk memudahkan ibu buang air besar. Selalunya campuran air rebusan daripada halia, halba, jintan hitam, serai, kulit kayu manis dan cengkih.

  • Amalan air rebusan halba dan kurma merah adalah untuk tambah darah ibu. Sebab kita selepas pembedahahan selalunya kehilangan lebih banyak bilangan darah berbanding ibu yang bersalin normal. Once darah bertambah maka meriahlah susu badan ibu! Kiranya serampang dua mata punya perubatanlah ni.

  • Amalan air pegaga untuk merendahkan tekanan darah tinggi ibu

  • Amalan susu berbadam yang diblend dengan kurma merah untuk tambah tenaga ibu.

  • Amalan air kunyit 3 hari sahaja untuk melawaskan pengeluaran darah bantal (darah berketul di awal berpantang). kemudian teruskan dengan air rebusan herba seperti di atas.

  • Untuk luka pembedahan pula, elakkan segala pati gamat dan pati haruan. Makan ikan haruan yang fresh. Pati-pati ini mampu membuatkan luka pembedahan melekat-lekat dengan organ dalaman yang lain dimana akan menimbulkan komplikasi dikemudian hari.

  • Untuk luka pembedahan, amalan kuning telur ayam kampung mentah dicampurkan dengan renehan herba atau kopi o kampung setiap pagi. Amalkan 2 minggu berturut-turut yang penting kena mentah ya.

So....inilah BASICASAS. Aturan berpantang yang ibu-ibu perlu tahu selepas bersalin secara PEMBEDAHAN.

Kongsikan dengan rakan-rakan agar memudahkan urusan mereka berpantang dikemudian hari.

Semoga bermanfaat!


Kak ice turut menyediakan pakej rawatan berpantang untuk ibu-ibu yang akan berpantang di seluruh Selangor, Kuala lumpur, Putrajaya, Penang dan Johor.


Untuk tempahan pakej berpantang mahupun konsultasi produk herba NR sila hubungi 012-7225184

Thursday, October 5, 2017

Silap sengkak, rahim rosak

Hasil carian imej untuk beautiful uterus drawing
Sengkak.

Adalah istiadat urutan yang hanya wujud dalam Perbidanan Melayu.

Tidak terdapat dimana-mana urutan seluruh dunia.

Istiadat sengkak ini, ada turutannya. Ada tertibnya. Silap sengkak, rahim ibu selepas bersalin boleh rosak mahupun cacat.




Amalan sengkak adalah memasukkan keseluruhan rahim ke dalam sarangnya, iaitu diantara tulang pelvik. Kerana selalunya, selepas bersalin rahim wanita yang diteran ketika proses kelahiran akan melorot turun.


Akan tetapi perlu diingatkan. Kondisi rahim selepas bersalin selalunya masih membengkak dan lemah. (sila rujuk gambarajah di bawah)


Beza antara rahim selepas melahirkan anak dengan saiz rahim selepas 6 minggu melahirkan anak

Sedangkan bahagian yang menempatkan rahim di celah tulang pelvis hanyalah sebesar buah pear. Dan apabila rahim yang masih membengkak sebesar buah betik masak diasak-asak, ditolak-tolak untuk masuk ke "sarang"nya, maka berlakulah kecacatan pada rahim.


Kedudukan rahim di dalam tulang pelvik wanita


Istiadat sengkak yang melulu sebegini mampu mengakibatkan ibu tumpah darah, darah nifas terhenti dan yang lebih teruk adalah kecacatan rahim di mana rahim akan terdongak atau menunduk lalu menyukarkan si ibu untuk hamil dikemudian hari


posisi uterus yang tidak normal (ehsan Huffpost UK)



Kerana itu rahim perlu dirawat secara berperingkat sepanjang tempoh berpantang. Tidak boleh disengkak secara semberono.


Pada awal-awal waktu berpantang, bidan akan melebihkan rawatan pada rahim dengan amalan sapuan ubat barut dan pemakaian bengkung untuk menampung rahim yang lemah itu agar rasa selesa. 

Tuaman dilakukan agar rahim mengecut dengan rapi selepas bersalin.

Kemudian teknik urutan pada kawasan ari-ari lebih lembut dengan teknik memujuk rahim. Ia adalah teknik yang sangat-sangat berbeza dari sengkak. 

Teknik pujuk rahim ini lebih menfokuskan pada bahagian otot dan urat-urat sekitar rahim dimana ia kan diusap dan di pujuk dengan lembut untuk mengurangkan rasa tenat dan senak selepas bersalin.

Untuk ibu bersalin secara pembedahn seperti Kak Ice, tak perlu risau jika tidak dapat melakukan rawatan pujuk rahim dan sengkak rahim. Ini kerana proses bersalin secara pembedahan  tidak menggunakan proses meneran yang extreme ketika melahirkan anak.

Sebab itu orang bersalin secara pembedahan tak perlu disengkak sebenarnya. 

Akan tetapi dengan keadaan zaman sekarang dimana anak-anak muda yang tidak berpantang dan suka berlasak-lasak selepas bersalin membuatkan si ibu mudah mendapat simptom jatuh peranakan meskipun baru selepas 3 bulan dibedah.

Sedangkan Kak Ice sendiri lepas anak dah 2 tahun, baru minta suami sengkakkan sebab tiba-tiba rasa berat di ari-ari dan kencing tidak lawas 9simptom jatuh peranakan).

Dan bagi ibu yang berpantang dengan tertib diikuti dengan amalan ubat herba yang berkesan, silap haribulan rahim anda mengecut dengan elok dan akan "merangkak"sendiri masuk ke "sarang"nya.





Disebabkan itulah, guru kak Ice selalu berpesan, amalan sengkak peranakan ni bukanlah WAJIB dilakukan setiap kali selepas urutan bersalin. Bidan kena pandai menilik keadaan rahim sebelum mebuat keputusan samada rahim si ibu perlu atau tidak disengkak.

Bila didapati rahim sudah mengeram di dalam sarangnya, sengkak tidak perlu dilakukan.

Ini hanya berlaku kepada wanita yang benar-benar menjaga tatatertib aturan berpantang.




Ilmu perkongsian
Buku Adab Dalam Pantang Bersalin, Sh. Anisah Barakbah
Ensiklopedia Perbidanan Melayu , Sh. Anisah barakbah
Intipati perkongsian dari kelas yang dianjurkan oleh Datin Sh. Anisah Barakbah. 



Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana2 pihak copy paste mana2 status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan.


Blessed Beauty menawarkan Pakej berpantang untuk sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Kami merupakan Agensi NR (Nona Roguy) berdaftar.

Untuk Pertanyaan servis dan jualan produk NR, sila hubungi 012-7225184