
Salam Sayang semua....
Seperti yang Ice janjikan, malam ni Ice akan sharekan sikit perihal BENTAN. Ini kerana, sudah ramai yang call Ice dan bagitahu masalah mereka yang tiba-tiba demam, atau yang lebih serius sampai tak boleh bangun time berpantang. Dan dari segala simptom yang mereka share, Ice boleh simpulkan ibu-ibu ini sudah BENTAN.
BENTAN? APAKAH IA?
Bentan adalah dimana keadaan ibu berpantang yang tiba-tiba tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat di ketahui puncanya secara tiba-tiba.
Ia selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah.Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang2 selepas tempoh berpantang.
JENIS BENTAN, SIMPTOM, PUNCA DAN CARA RAWATAN.
1. Bentan Urat
- Badan ibu tiba-tiba lemah, demam, serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukan meskipun tengah-tengah hari buta (siap berselimut tebal pun sejuk lagi), seluruh otot badan tegang dan kekejangan.
- Selalunya berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau. Sebab tu Ice selalu pesan kat customer, kerja yang orang berpantang boleh buat hanya: Lipat baju, dan belek baby. Sesiapa yang sibuk-sibuk nak sapu sampah, mop lantai, or cat rumah tu....sendiri mau ingat la.... Kadang-kadang tak boleh terima alasan di0rang. "saya kesiankan mak saya ,kak". Tapi lepas dah bentan, korang still susahkan mereka. Tapi kali ni berkali ganda. Sebab diorang kena jaga korang, bayi yang baru lahir, anak-anak kecil yang lain dan suami korang....So mana relevannya sikap "kesian" kamu tu?
- Kalau dah jadi macam ni tolong JANGAN MENGURUT. Sebab kalau mengurut, urat tu jadi lagi sakit. Apa yang perlu dilakukan adalah sapu minyak panas (minyak herbanika) keseluruh badan dan start bertungku/bertuam sehingga pecah peluh. Tuaman/tungku perlu dilakukan di seluruh tubuh dengan sekata.

- Yang amalkan Set Berasalin NR, sila buat rebusan 2 paket akar herbanika, campurkan dengan Madu Yamen NR dan minum suam-suam. Dan minum dengan cara menghirup pakai sudu. Untuk elakkan dari kembang urat dan elakkan dari perut muncit. And makan Phyto Natal 3 biji sehari.
2. Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim (ari-ari)
- Kesakitan di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga tumpah darah. Kadang-kadang kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah untuk meluruskan badan si ibu.
- Selalunya terjadi jika ibu-ibu mengangkat benda-benda berat. Kalau korang nak tahu, masa dalam pantang ni, air dalam cerek tu pun dah dikira berat tau. Sebab tu kalau dalam pantang, janganlah korang nak dukung anak-anak korang yang selain newborn korang tu. Bentan urat peranakan juga boleh terjadi jika ada ibu-ibu langgar pantang berjimak masa dalam tempoh 44/100 hari berpantang. Kalau bersalin normal, tak boleh bersama suami 44 hari. Kalau yang menjalani poembedahan, tak boleh bersama dengan suami 100 hari. Sesiapa yang langgar pantang ni memang parah akibatnya. Bukan sahaja berjimak, kalau korang nak "ringan-ringan" or "stim-stim" ngan suami sehingga menaikkan syahwat pun tak boleh sebenarnya. Sebab tu orang dolu-dolu, kalau time berpantang, memang kena halau suami tu dengan mak bidan/mak mentua...Para suami kena tido luar sampai ibu habis pantang.... Semuanya bersebab. Sebab kita ni pantang jumpa....nak-nak yang darah muda atau bunting pelamin...hehehe
- Kalau keadaan ibu yang bentan urat peranakan ni, digalakkan sapu seluruh badan dengan minyak panas (Minyak Herbanika NR) dan lebihkan dibahagian ari-ari. Kalau yang menggunakan Set Bersalin NR, ambil Herbanika Barut yang paste tu, lumur tebal2 dekat ari-ari. Lepas tu tuam/tungku badan dan lebihkan kat bahagian perut, pinggang dan ari-ari.

Fungsi Herbanika Barut, mengecutkan rahim dan urat-urat yang bengkak
3. Bentan Urat Besar (Pinggang)- Ibu digalakkan baring di atas lantai tanpa alas bantal dan alas punggung dengan 2 biji bantal. Atau ibu boleh sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran keluar darah.
- Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu-ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di atas bahagian tongkeng(belakang). Selalunya terjadi kepada ibu bersalin secara pembedahan. Kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan terjingkit-jingkit. Jika dibiarkan, ibu boleh berjalan capik seumur hidup

Sakit pinggang yang kronik simptom bentan urat besar
- Kalau bentan urat besar ini terjadi, bakar batu tungku. Di atas alas tuala batu tungku, tabur ibu kunyit dan limau nipis yang telah diblender.. Bubuh batu tungku dan balut. Letak kain dibahagian pembukaan faraj dan start bertungku. Lepas dah tungku bahagian pembukaan faraj tu, letak batu tungku atas lantai, lepas tu ibu-ibu disuruh menunggang batu tungku tu dengan posisi satu kaki melutut dan satu kaki lagi menegak sehingga bahagian alat sulit dan dubur berada dia atas batu tungku.Rawatan ini perlu dilakukan selama 3 hari berturut-turut.
- Bagi yang sampai tahap tumpah darah, buat tangas kering. Caranya klik sini. Cuma bahan tu hanya pakai ibu kunyit dan pati limau nipis.
- Amalkan minum air Akar Herbanika dan makan Phyto Natal.
Kerana sakit bentan ni memang tak tertanding dan sakitnya boleh buatkan ibu-ibu berpantang merana.
Dan sebab itu ice galakkan setiap wanita PERLU ada 1 batu sungai utk dijadikan batu tungku yang pelbagai guna. Renyah memang renyah. Tapi kalau dah kes emergency macam ni, mmg batu sungai la yang paling sesuai. Lagipun it is free.....!!!

Batu sungai
Sekarang ni musim hujan kan. So ibu-ibu, duduklah dalam rumah je...Sebab tu relevannya pantang orang dulu-dulu dimana ibu-ibi berpantang ni memang tak boleh keluar rumah. 44 hari tak tengok rumput,clichenya. Sebab tu kalau nak pergi check anak kat klinik, suruh je lah suami or ibu anda yang tolong hantarkan bayi tu. Tapi janganlah rumah dah terbakar, korang tak kuar-kuar rumah lak....heheheh....Peace.....
;). As usual, Love Always....