Tuesday, October 10, 2017

Cara Berpantang Selepas Bersalin Pembedahan

Disebabkan terlalu ramai bakal ibu-ibu muda dok whatsapp/PM kak Ice bertanya macam mana nak berpantang selepas bersalin secara pembedahan, so kak ice buat post ni khas untuk hangpa.

Kak Ice faham...kalau bersalin normal, rata-rata semua orang dah standby nak buat apa selepas bersalin. Tetapi kalau tiba-tiba kena bedah, si ibu boleh jadi "blank" secara tiba-tiba.

Disebabkan Kak ice pun merupakan seorang ibu yang dah bersalin secara pembedahan sebanyak 3 kali, maka Kak Ice akan kongsikan cara dan amalan yang sesuai untuk kalian nak ikut ya.


1. Urutan Selepas Bersalin




  • Masa Kak Ice bersalin ceaser dahulu, ibu Kak Ice hanya start mengurut Kak Ice pada hari ke 7 kerana masa tu Kak ice baru rasa selesa nak terlentang dan mengiring. Sebab masa awal-awal selepas bersalin secara pembedahan,  Kak Ice rasa ngilu sangat even nak berjalan. So kiranya, selepas seminggu tu badan dah kira selesalah.

  • Ibu boleh diurut secara telentang, duduk dan mengiring. Meniarap hanya selepas 2 minggu bersalin ya.

  • Ramai bidan yang skip urut tang perut kalau mak itu bersalin secara bedah. Sedangkan, urutan pada bahagian perutlah sangat-sangat melegakan ibu kerana kebanyakkan ibu selepas dibedah mudah terkena sembelit, kembung perut dan senak di kawasan ulu hati.

  • Ambillah pakej urutan 3 hari berturut-turut. Kalau bidan tu jenis urutannya kuat, mintalah dia datang selang sehari.


2. Tuaman seluruh badan


  • Tuaman seluruh badan perlu dilakukan si ibu sebaiknya sejurus selepas keluar bilik bedah. So, kalau kat hospital tu, kita pakai tungku bantal elektrik atau hot water bag.
Hot water bnag lebih mudah dan praktikal digunakan ketika berada di dalam hospital
  • Lepas dah balik rumah baru boleh pakai tungku besi, tungku tanah liat mahupun tungku batu sungai.

  • Bahagian mana nak tuam? Perut (elakkan tempat c-sect), celah peha, betis, tapak kaki, pinggang, pinggul, belikat dan belakang.

  • Rawatan tuaman ini banyak membantu memcahkan dan mengeluarkan angin, melegakan otot yang tegang, dan melancarkan pengeluaran darah bantal (darah awal yang berketul selepas bersalin)

3. Pemakaian Bengkung


  • Pemakaian bengkung untuk selepas bersalin pembedahan adalah untuk "memegang" perut ibu agar tidak membuai. Selepas dibedah, setiap kali kita berjalan, perut akan membuai dan mengakibatkan luka atas dan luka bawah bergesel.Lalu ibu akan rasa perit kat tempat luka.

  • So pemakaian tummy wrapping atau bengkung ini juga cepat mengempiskan perut ibu. Kak Ice pakai bengkung kain 100 hari selepas bersalin. Kesannya, 3 kali ceaser perut tak memboyak dan membuncit kehadapan. kesian kadang-kadang tengok ibu selepas czer yang tak dibenarkan berbengkung. Bila anak dah besar, mereka turut mengalami masalah perut mengembang.
  • Cara pemakaian bengkung selepas pembedahan
    • Minggu Pertama - Kedua: Pakai strap on binder
    • Minggu ke Kedua sehingga habis pantang : Pakai bengkung kain longgar-longgar
    • Hari ke 44 - hari ke 100 : Pakai bengkung kain ketatkan sedikit. Masa ni nak pakai girdle pun dah boleh

  • Tetapi korang kena ingat ya, kalau korang jenis lasak Kak Ice tak galakkan korang pakai bengkung. Sebab boleh terbuka balik jahitan perut. Macam Kak ice, keluarga very supportive. Satu kerja rumah pun tak diberi buat. So banyak berehat. Sebab itu kak ice mampu berbengkung 100 hari lamanya.
4. Pakai Param dan Pilis




  • Param dipakai untuk memanaskan badan ibu. Ia mengelakkan angin sejuk masuk melalui liang pori kulit si ibu.


  • Pilis dipakai di dahi untuk mengelakkan ibu mudah terkena serangan angin meroyan yang boleh mengakibatkan si ibu mudah terkena migrain ketika mahupun selepas habis pantang nanti

5. Makan Herba




  • Makan herba selepas bersalin berfungsi sebagai pelawas untuk memudahkan ibu buang air besar. Selalunya campuran air rebusan daripada halia, halba, jintan hitam, serai, kulit kayu manis dan cengkih.

  • Amalan air rebusan halba dan kurma merah adalah untuk tambah darah ibu. Sebab kita selepas pembedahahan selalunya kehilangan lebih banyak bilangan darah berbanding ibu yang bersalin normal. Once darah bertambah maka meriahlah susu badan ibu! Kiranya serampang dua mata punya perubatanlah ni.

  • Amalan air pegaga untuk merendahkan tekanan darah tinggi ibu

  • Amalan susu berbadam yang diblend dengan kurma merah untuk tambah tenaga ibu.

  • Amalan air kunyit 3 hari sahaja untuk melawaskan pengeluaran darah bantal (darah berketul di awal berpantang). kemudian teruskan dengan air rebusan herba seperti di atas.

  • Untuk luka pembedahan pula, elakkan segala pati gamat dan pati haruan. Makan ikan haruan yang fresh. Pati-pati ini mampu membuatkan luka pembedahan melekat-lekat dengan organ dalaman yang lain dimana akan menimbulkan komplikasi dikemudian hari.

  • Untuk luka pembedahan, amalan kuning telur ayam kampung mentah dicampurkan dengan renehan herba atau kopi o kampung setiap pagi. Amalkan 2 minggu berturut-turut yang penting kena mentah ya.

So....inilah BASICASAS. Aturan berpantang yang ibu-ibu perlu tahu selepas bersalin secara PEMBEDAHAN.

Kongsikan dengan rakan-rakan agar memudahkan urusan mereka berpantang dikemudian hari.

Semoga bermanfaat!


Kak ice turut menyediakan pakej rawatan berpantang untuk ibu-ibu yang akan berpantang di seluruh Selangor, Kuala lumpur, Putrajaya, Penang dan Johor.


Untuk tempahan pakej berpantang mahupun konsultasi produk herba NR sila hubungi 012-7225184

No comments:

Post a Comment