Wednesday, November 23, 2011

BENTAN...???? Derita Ibu Berpantang.



Salam Sayang semua....

Seperti yang Ice janjikan, malam ni Ice akan sharekan sikit perihal BENTAN. Ini kerana, sudah ramai yang call Ice dan bagitahu masalah mereka yang tiba-tiba demam, atau yang lebih serius sampai tak boleh bangun time berpantang. Dan dari segala simptom yang mereka share, Ice boleh simpulkan ibu-ibu ini sudah BENTAN.

BENTAN? APAKAH IA?

Bentan adalah dimana keadaan ibu berpantang yang tiba-tiba tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat di ketahui puncanya secara tiba-tiba.

Ia selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah.Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang2 selepas tempoh berpantang.


JENIS BENTAN, SIMPTOM, PUNCA DAN CARA RAWATAN.

1. Bentan Urat
  • Badan ibu tiba-tiba lemah, demam, serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukan meskipun tengah-tengah hari buta (siap berselimut tebal pun sejuk lagi), seluruh otot badan tegang dan kekejangan.
Ibu berpantang tidak seharusnya demam

  • Selalunya berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau. Sebab tu Ice selalu pesan kat customer, kerja yang orang berpantang boleh buat hanya: Lipat baju, dan belek baby. Sesiapa yang sibuk-sibuk nak sapu sampah, mop lantai, or cat rumah tu....sendiri mau ingat la.... Kadang-kadang tak boleh terima alasan di0rang. "saya kesiankan mak saya ,kak". Tapi lepas dah bentan, korang still susahkan mereka. Tapi kali ni berkali ganda. Sebab diorang kena jaga korang, bayi yang baru lahir, anak-anak kecil yang lain dan suami korang....So mana relevannya sikap "kesian" kamu tu?
  • Kalau dah jadi macam ni tolong JANGAN MENGURUT. Sebab kalau mengurut, urat tu jadi lagi sakit. Apa yang perlu dilakukan adalah sapu minyak panas (minyak herbanika) keseluruh badan dan start bertungku/bertuam sehingga pecah peluh. Tuaman/tungku perlu dilakukan di seluruh tubuh dengan sekata.

  • Yang amalkan Set Berasalin NR, sila buat rebusan 2 paket akar herbanika, campurkan dengan Madu Yamen NR dan minum suam-suam. Dan minum dengan cara menghirup pakai sudu. Untuk elakkan dari kembang urat dan elakkan dari perut muncit. And makan Phyto Natal 3 biji sehari.
Phyto Natal. Fungsinya merawat rahim.


2. Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim (ari-ari)

  • Kesakitan di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga tumpah darah. Kadang-kadang kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah untuk meluruskan badan si ibu.
  • Selalunya terjadi jika ibu-ibu mengangkat benda-benda berat. Kalau korang nak tahu, masa dalam pantang ni, air dalam cerek tu pun dah dikira berat tau. Sebab tu kalau dalam pantang, janganlah korang nak dukung anak-anak korang yang selain newborn korang tu. Bentan urat peranakan juga boleh terjadi jika ada ibu-ibu langgar pantang berjimak masa dalam tempoh 44/100 hari berpantang. Kalau bersalin normal, tak boleh bersama suami 44 hari. Kalau yang menjalani poembedahan, tak boleh bersama dengan suami 100 hari. Sesiapa yang langgar pantang ni memang parah akibatnya. Bukan sahaja berjimak, kalau korang nak "ringan-ringan" or "stim-stim" ngan suami sehingga menaikkan syahwat pun tak boleh sebenarnya. Sebab tu orang dolu-dolu, kalau time berpantang, memang kena halau suami tu dengan mak bidan/mak mentua...Para suami kena tido luar sampai ibu habis pantang.... Semuanya bersebab. Sebab kita ni pantang jumpa....nak-nak yang darah muda atau bunting pelamin...hehehe
Bukan sahaja berjimak, menaikkan syahwat ibu pun tidak digalakkan sama sekali

  • Kalau keadaan ibu yang bentan urat peranakan ni, digalakkan sapu seluruh badan dengan minyak panas (Minyak Herbanika NR) dan lebihkan dibahagian ari-ari. Kalau yang menggunakan Set Bersalin NR, ambil Herbanika Barut yang paste tu, lumur tebal2 dekat ari-ari. Lepas tu tuam/tungku badan dan lebihkan kat bahagian perut, pinggang dan ari-ari.
Fungsi Herbanika Barut, mengecutkan rahim dan urat-urat yang bengkak

  • Ibu digalakkan baring di atas lantai tanpa alas bantal dan alas punggung dengan 2 biji bantal. Atau ibu boleh sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran keluar darah.

Posisi untuk hentikan darah


3. Bentan Urat Besar (Pinggang)
  • Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu-ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di atas bahagian tongkeng(belakang). Selalunya terjadi kepada ibu bersalin secara pembedahan. Kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan terjingkit-jingkit. Jika dibiarkan, ibu boleh berjalan capik seumur hidup

Sakit pinggang yang kronik simptom bentan urat besar
  • Kalau bentan urat besar ini terjadi, bakar batu tungku. Di atas alas tuala batu tungku, tabur ibu kunyit dan limau nipis yang telah diblender.. Bubuh batu tungku dan balut. Letak kain dibahagian pembukaan faraj dan start bertungku. Lepas dah tungku bahagian pembukaan faraj tu, letak batu tungku atas lantai, lepas tu ibu-ibu disuruh menunggang batu tungku tu dengan posisi satu kaki melutut dan satu kaki lagi menegak sehingga bahagian alat sulit dan dubur berada dia atas batu tungku.Rawatan ini perlu dilakukan selama 3 hari berturut-turut.
  • Bagi yang sampai tahap tumpah darah, buat tangas kering. Caranya klik sini. Cuma bahan tu hanya pakai ibu kunyit dan pati limau nipis.
Bertangas kering elok utnuk kecutkan kembali urat yang bengakak

  • Amalkan minum air Akar Herbanika dan makan Phyto Natal.
Air Akar Herbanika. Penawar bisa bentan

Sebab itulah ibu berpantang digalakkan banyak-banyakkan berehat, jangan terkena hujan hatta tempiasnya sekalipun, jangan suka mandi lama-lama, jangan main air (kalau boleh pinggan pun jangan basuh. Minta tolong orang lain basuhkan), elakkan mandi budak, dan janganlah angkat berat-berat (even anak kecil korang).

Kerana sakit bentan ni memang tak tertanding dan sakitnya boleh buatkan ibu-ibu berpantang merana.

Dan sebab itu ice galakkan setiap wanita PERLU ada 1 batu sungai utk dijadikan batu tungku yang pelbagai guna. Renyah memang renyah. Tapi kalau dah kes emergency macam ni, mmg batu sungai la yang paling sesuai. Lagipun it is free.....!!!


Batu sungai

Sekarang ni musim hujan kan. So ibu-ibu, duduklah dalam rumah je...Sebab tu relevannya pantang orang dulu-dulu dimana ibu-ibi berpantang ni memang tak boleh keluar rumah. 44 hari tak tengok rumput,clichenya. Sebab tu kalau nak pergi check anak kat klinik, suruh je lah suami or ibu anda yang tolong hantarkan bayi tu. Tapi janganlah rumah dah terbakar, korang tak kuar-kuar rumah lak....heheheh....Peace.....

;). As usual, Love Always....

39 comments:

  1. aishah..kalo time berpantang tu bole tak kita mandikan sendiri newborn baby kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak digalakkn sgt. Sbb itu sebaiknya bila berpantang biarlah ada yg membantu.

      Delete
  2. salam.kak,sy hajar.minta pendapat.sy baru 14 hari berpantang.sy dh lakukan kesilapan masa hari ke 11.masa tu tiada air kt rumah,so sy ke jusco untuk makan.dah sampai jusco,memang galak berjalan.dahlah jalan jauh,lepastu jalan dgn laju dan bawa bag baby yg berat pulak tu.huhu..balik tu sy dh mula rasa mcm period kt ari-ari dan bila masa buang air kecil,rasa sumthing nak terkeluar dan sakit.adakah itu bentan?atau adakah itu petanda rahim jatuh?apakah yg perlu sy lakukan.pendapat akk amat sy hargai.tq..

    ReplyDelete
  3. Itu tanda bentan peranakan. Sila ikut cara yang akak ajar di atas. Banyakkan berehat.

    Untuk kes mandikan bayi, tidak digalakkan sama sekali. Cuba dapatkan pertolongan org lain. Jika tidak mampu, mandikan bayi dengan cepat dan banyak2kan selawat minta dijauhkan dr benda tak baik dr Allah

    ReplyDelete
  4. untuk pantang keguguran...same jugak ke cam pantang bersalin? saya gugur & buat d&c sbb tak abih kluar...

    ReplyDelete
  5. ooopss sori..baru nampak ade entry utk keguguran...thankss ...really helpful entry tuh :)

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum. Saya dah nak masuk 3 minggu berpantang. Masa masuk minggu kedua, clitoris rasa sakit & bengkak. Kalau duduk dan nak bangun berdiri, terasa kembang & bengkak dari atas bukaan vagina sampai ke bukaan tempat kelahiran. Saya kena berhent sekejap,baru boleh jalan. Macam mana nak rawat? Tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk masalah bentan peranakan yg memberi kesan kpd klitoris smpai ke tempat kelahiran..kalau guna cara NR...cuci kewanitaan dgn Herbanika Uncang Cuci. Selepas itu sapu Minyak Herbanika bermula dr ari2 sehingga sekitar faraj. Dan kemudian buat tuaman di bahagian ari2...tundun kemaluan...dan celah peha kiri dan kanan.

      Delete
  7. Salam. Ice. I ni dh bersalin ank ke 2. Ank pertama normal. Yg ke dua ni ops kos i ada drh tinggi n kencing manis. Sepanjang berpantang i strest ngn beberapa mslh sampai x mik tau hal pantang..but now dh 90hr. I mula rasa sakit2 bdn. Kepala n private area i cm ada keputihan n bengkak dalam perut tempat ops. Mslhnya sy mmg xboleh minum ubat2 herba kecuali tablet n ubt sapu je. Cecair berupa minuman sy xmampu ambil ada x cdgn yg sesuai tuk saya. Terutama nk tapatkn bahagia keintiman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....

      Tiada apa yg mudah utk sihat... Hanya keazaman utk pulih yg tinggi dpt atasi segala masalah ketidakmampuan u amalkn ubatan herba. Sebaik mungkin....amalkn Phyto Natal kembali bermula dgn 3 tablet sehari dan amalkn rebusan air akar herbanika utk 5 mug sehari terbaik ikut waktu solat. Kesihatan kita bkn hanya utk kita. Ttp kesihatan seorg wanuta adalah milik kebahangian utk suami dn ank2. Trtbaik brrpantang lebih sbb keadaan u ni i percaya akn berpanjangan. Elakkan minum ais. Elakkan Mandi malam. Elakkan terdedah duduk n tdo dlm bilik ber aircond.

      Delete
  8. Assalam kak,sy dh berpantang 17 hr,sy dah skt kaki 5hr,ntah knp pun sy xth..sy cm pegi blik air buang air besar,bgn2 kaki jd skt,esoknya dh xblh nk jln..bentan ke tu,sy urut,rs lega,tp xblh jln jg still skt,sy skt dr punggung/celah paha belah kiri smp bwh..apa ubatnya ye..sy dah xthn asyik baring je..brapa lm biasanya bentan ni hilang kak?tekanan dbtnya kalo mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapu minyak panas dan tuam bahangian yg sakit. Rajin2 minum air akar kayu yg blh mengeluarkn angin. Dan sentiasa pastikn badan dlm keadaan panas dn berpeluh. Lg bnyk berpeluh...lg elok

      Delete
  9. jika x blh mandikan anak sedangkan x ada org yg membantu apatah lagi anak yang ke4.suka @tidak...perlu diuruskan sendiri...tawakal pada allah moga tidak ada apa2 berlaku....

    ReplyDelete
  10. Ice banyak membantu walaupun dah 4 tahun bersalin sulong, mana lah tahu ade rezki anak ke 2 plak lepas ni bleh berpantang cara ice ajar! tq ice!

    ReplyDelete
  11. masa pntg msuk ari ke 14 . rutin n lokasi umh mntua ( suami suruh duk umh mak dia) . rutin bangun pg klu ada masa mndi dgn water heater mndi pg2. tp klu xde masa mndi tgh mlm. pakai stokin dan pakai pad berkain batik n t shirt. luka cesarean cuci sndiri. berat bdn 115.6 kg. baby mndi klu mntua x busy.. klu busy sy mndikn sndiri. saya x pndai jg diri dlm pntg sbb semua bnda kena wat sendiri smpi angkt baldi pun sndiri. cara mkn masa pntg. mak mentua bg mkn nasi sejuk dan lauk yg dipnskn berkali2 katanya nk elak pembaziran.. skrg ari ke14sy rasa bdan mnyucuk2 seluruhnya.. rada sakit pd ari2 pada bahgn tgh peha kebawah.. sy rasa sngt mnderita bila bhgn tongkeng sakit teruk dan xboleh baring menelentang mahupun kiri dan kanan.. luka cesar keluar air... sy sgt sedih dan tertekan... sy tipu mak sy yg tgh sakit tu saya kata sy brpntg secara rapi diumh mntua... bantu saya puan... 0132495902








    ReplyDelete
  12. sy masa bersalin anak sulung bentan urat.bila anak ke2 pun sama. badan panas, mengigil...
    sekarang ni sy akan slalu demam urat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau utk wanita yg dh bentan...dn effect dia berpanjangan...tiada cara lain selain anda kena berpantang makan....berpantang cara spt org dlm oantang...sehinggalah anda bersalin lg. dn kali ini...pastikn berpantang betul2!

      Delete
  13. salam kak ice,

    saya bersalin ceaser dah 47 hari, saya bercadang nak berpantang selama 50 hari. masalahnya pada hari yang ke-45 saya telah melanggar pantang iaitu 'bersama' suami. apakah kesannya nanti ye? adakah selepas ni saya mesti berpantang berjimak dgn suami atau teruskan saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempoh berpantang adalah 44 hari. Tetapi seeloknya tunggu sehingga 60 hari sebelum berjimak. Tetapi lain orang lain badannya. Jika tidak mendatangkan ketidakselesaan, should be ok. Kalau selepas bersama rahim rasa sakit...maka berehatlah dulu.

      Delete
  14. slm ice...
    ari ni ari ke 41 sy bpantang...
    sy nak tanya nape jari2 sy trase kebas n urat2 trase skt...
    tq :)



















    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam....
      Kemungkinan peredaran darah belum lagi lancar. Digalakkan berurut dan makan herba yang membantu melancarkan perjalanan darah

      Delete
  15. Salam,akak. Selepas 44hr memang boleh bersama dgn suami ke? Saya risau takut longgar atau sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 kesakitan boleh berpunca dari perasaan takut. :) Oleh itu, pastikan anda benar2 bersedia sebelum memulakan tugas terhadap suami

      Delete
  16. sy bersalin ank sulung ms berpantang 33 ari sy demam panas... Tp mak sy y jga sy mmg sdg dmam, Sy xth sy dmam d sebabkn bentan ataw berjnkit kt mak sy.. Skrg da 36 ari... Dmam reda bila siang,mlm panas blik... Ape perlu di bt ye...tp masa ari ke 32 sy ade pulang ke kmpg melaka,untuk anta mak sy bt pemeriksaan doktor,kami smpi d melaka jam 11 pm... Selepas itu lgsung sy dmam,sy berpantang d rmh sdri d ptrajaya..ada kah sy bentan?

    ReplyDelete
  17. salam ice.. nk tny lh sy nie kadang2 demam.. tp mkn panadol lps tu selimut dh berpeluh br blh bgn.. adakah tu pun bentan??? mcm mn cara nk mengatasinya yer??

    ReplyDelete
  18. salam ice... saye skarang dlm pantang 31 hari... keadaan skarang ok.. cume biasela lenguh2 bdn sbb mase lepas operate saye baring melentang sepanjang mase.skarang da boleh baring mengiring. kerja rumah tu mmg saye silap sbb saye buat jugak. saye berpantang sendiri memandangkan mak saye pon bru baik stroke and mak mentua da takde. jd kadang2 saye terlupe n terbuat keje umah sendiri. saye takde sakit2 cume risau mase hari ke 17, mase buang air kecil ade keluar blood clot. agak besar. tak sakit tp risau jugak sbb seketul besar dia keluar. besar lebih kurang dua jari kite. adakah tu tande yg tak elok or mcm mane ye.

    ReplyDelete
  19. Salam ice nk tanya. Sy suka bertungku ttapi batu tungku tu berat. Ada mase ada orang bantu bakarkan, ada mase yg tak de pembantu boleh ke sy buat sendiri? Ada kesan pd kesehatan ke mcm angkt berat yg lain? Harap dpt bantu. Sy baru berpntg 3 hari. 2 hari dapat bertungku sekali sehari.

    ReplyDelete
  20. Salam,sy nk tyr kenapa xbole kene hujan? Saya dh 40 hari berpantang then sy kene pegi skolah anak sy sbb beg skolah tertinggal.suami keje jadi sy terpaksa bawak kereta utk pegi ke skolah xjauh dri rumah sy...masa nk kuar rumah tu sy nk kene buka pagar dan masa tu la sy terkena hujan....sy nk tau apa alasan xbole kene hujan? Dan utk pengetahuan sy pengguna Phyto Natal,dlm pantang sy makan 4 biji sehari.

    ReplyDelete
  21. Mntak izin share kt fb bleh?

    ReplyDelete
  22. salam kak..saya bpantang ke 47 ari ni...knapa faraj saya kadang2 sakit ttama ktika bdiri a byk bjaln..mcm ada bnda nk kuar jer kat faraj...minta penjelasan dr akak.

    ReplyDelete
  23. Askum..sy risau..sy dah 27hari berpantang dan terlanjur bsama suami..saya takut lah..sy berpantang sendirian..sy baru melahirkan anak ke 4 kelahiran sy ketiga..utk info kelahiran 1,sy melahirkan kembar secra ceaser,kelahiran kedua dan yg terbaru secara normal.masalahnya kali ini sy terlanjur bsama suami pd hari ke27.lg satu tumit kaki sy sakit n bdn rasa sejuk je...persoalan sy kesan pd miss v dan adakah berlaku koyakan..

    ReplyDelete
  24. salam.. sy tengah berpantang hari ke 21.. masalahnya sekarang sy demam panas suhu badan mencecah 40`. utk pengetahuan ice, sy berpantang di umah mak sy tp disebabkn kesiankan mak sy ada bantu2 mak wat keje umah cz mak sy sakit darah tinggi n kencing manis.. sy mandikan sendiri baby sejak balik dr hospital.. ada kalanya sy turut mandikan ank sy sy pertama. sejak sy bersalin sy jarang baring di siang hari.. sy lebih banyak duduk.. skrg sy da start rasa sakit di bahagian pinggang sehingga nk tidur melentang pn x bole.. bentan ke macam 2??? lagi kalu nk start jalan payah sungguh nk angkat kaki.. kene amik masa 4 5 saat utk start jalan.. kalu jalan sy akan rs sengal2 di ari2... hope ice dpt bantu... lg 1 saya pernah terjatuh hempas bontot 2 kali semasa hamil.. adakah berpunca dari jatuh semasa hamil dl..

    ReplyDelete
  25. Saya bru bpantang 6hari dan kena masuk kerja..ape pantang2 and petua yg perlu sy amalkan supaya dapat elak dari kena bentan

    ReplyDelete
  26. Salam kak,nk tnye sya salin czer now 35 ari tpi sya dh sama ngn suami..cmner ye kak,rsau lak akk tulis kt atas czer kena 100 ari pntang...

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  28. Salam? Ice,nk tye la...knpe ye slpas brsalin ,sy kerap skit kple..? Ble sy nk bgn je,sy rse mcm nk pitam...mntak pjelasan pls

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak faktor yg boleh menyebabkan u sakit kepala dan pitam2 selepas berasalin. Kemungkinan tekanan darah terlalu rendah atau tinggi. Mungkin juga kekurangan darah...dimana ia merupakan salah satu kesan bg ibu2 lepas bersalin.Apa2 pun digalakkan u pergi buat pemeriksaan kesihatan dahulu.

      Delete
  29. Salam ice.utk makluman sy dh hr ke 47.masih mengamalkan air akar nr (tp saya masukkan dlm botol ..minum sepanjang masa..ada ketika panas..ada ketika sejuk) dan juga pil phytonatal dan juga set bersalin shaklee.maslah sy..saya mengalami sakit tumit yg teruk.saya pantang mkn (cuma ada s3kali mkn bihun sup daging tp dlm kuantiti yg sikit).mcm mn saya nk sembuhkan sakit tumit saya ni ice.
    saya czer anak ke4saya semua czer (selang 2 thn semuanya).tlasih ice.sy add ice dlm fb x bleh...perlukan sgt pertolongan ice.tkasih.

    ReplyDelete