Wednesday, November 9, 2011

Kenali darah anda ketika tempoh berpantang.


Salam Sejahtera semua.

Hari ni Ice nak sharekan satu info yang menarik yang jarang orang tahu iaitu, jenis-jenis darah selepas bersalin. Bila disebut tentang darah selepas bersalin, semua wanita akan bercakap mengenai darah nifas sahaja. Darah yang keluar dalam tempoh 2 kali lamanya dari darah haid biasa.

Cuma apa yang mereka tak tahu sebenarnya darah ketika selepas bersalin ada 3 jenis, yang perlu dikeluarkan dari rahim dan kalau tak keluar sendiri perlu di"korek" oleh mak bidan. Mengapa ia perlu dikorek adalah kerana darah2 ini sangat berbisa kepada wanita yang bersalin dan jika tidak dikeluarkan dengan betul akan menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti meroyan, bentan, ketidakseimbangan hormon, dan juga boleh menyebabkan kes-kes yang lebih serius seperti ketumbuhan dalam rahim iaitu cyst,fibroid dan juga KANSER RAHIM.

So, amat penting semua ibu dan bakal ibu tahu akan jenis2 darah kita selepas proses kelahiran. Jenis darah selepas bersalin ada 3 iaitu:
  1. Darah Bantal
  2. Darah Nifas
  3. Darah Bayam
Mari kita kupas satu persatu jenis-jenis darah ini. Dimulai dengan




1. Darah Bantal


a) Apa itu Darah Bantal?
  • Sejenis darah yang terkumpul selama 9 bulan dalam merian bersama uri
  • Dikenali juga sebagai "alas bayi"sebab ia seperti "bantal" bagi bayi di dalam rahim
b) Apakah tekstur Darah Bantal?
  • Lazimnya ia sebesar penumbuk tapi bertekstur lembut
Selalu keluar secara berketul pada hari pertama dan kedua berpantang.

  • Selalunya ia keluar ketika uri dikeluarkan.
  • Kadang-kadang Darah Bantal ini bila keluar kita rasa macam ada seketul daging keluar dari "bawah kita.
C) Apakah kesannya jika Darah Bantal tertinggal dalam badan?
  • Ia boleh menjadi darah beracun dan menyebabkan ibu sakit di bahagian ari-ari seperti contraction hendak bersalin lagi. Kadang-kadang sakit ini adalah keterlaluan sehingga keadaan ibu lutut bertemu dagu. Kadang2 sakitnya menyukarkan ibu untuk berjalan.
Ibu akan berasa sakit dibahagian perut dan ari-ari seperti senggugut, atau lebih teruk seperti contraction bersalin.
  • Perut ibu akan tertonjol keras seerti ada seorang lagi bayi dalam perut
  • Perut ibu akan kelihatan buncit, wajah yang sembap dan bentuk badan macam perempuan sedang hamil
d) Apakah caranya untuk keluarkan Darah Bantal?
  • Selalunya ia akan keluar sendiri. Tetapi apbila terasa seperti darah ini masih ada, ibu dalam keadaan sakit bersalin (contraction) yang teramat sangat, maka perlu dipanggil mak bidan yang pro atau ahli perubatan moden untuk melakukan kaedah memutar dibahagian pusat ibu.
  • Cara NR: Ice ketika ceaser mengamalkan Akar Herbanika sejak hari pertama. Dan melalui pengalaman Ice setiap kali Ice minum air akar herbanika, selepas itu ice akan rasa macam nak terkencing. And bila Ice duduk di mangkuk jamban untuk kencing dan mula meneran, bukan kencing yang keluar, tapi berketul2 darah beku keluar dari "bawah". tetapi selalunya, selepas keluarnya Darah Bantal itu, Ice akan rasa lega sangat terutama dibahagian ari-ari dan tempat pembedahan.
Pengamalan air Akar Herbanika ketika mengandung mengelakkan bau Darah Nifas yang berbau hanyir dan bangkai. Manakala meminumnya secara intensif pada minggu berpantang memudahkan pengeluaran Darah Bantal Darah nifas dan Darah Bayam.

Bila Darah Bantal ini dikeluarkan secara total atau keseluruhan, badan ibu akan automatik menjadi ringan, Macam ice,sakit di tempat ceaser tidak rasa menyeksa sangat, dan mata terasa terang sangat2.





2. Darah Nifas


a) Apa itu Darah Nifas
  • Biasanya selepas Darah Bantal habis keluar, maka bermulalah pengeluaran Darah Nifas untuk ibu
b) Tekstur Darah Nifas?
  • Seperti darah period. Masa minggu pertama, darah akan akan kelihatan kehitaman, pekat, berlendir, berkepingan dan berbau busuk.

Tekstur lazim darah nifas, sedikit berair dan sedikit berketul,
  • Kadang-kadang, bila ibu berpantang yang tidak mengamalkan segala herba atau jamu, bau dari darah nifas mereka akan mengganggu orang sekeliling dan menyebabkan mereka sukar didekati meskipun suami sendiri. Tetapi kepada sesiapa yang mengamalkan air Akar Herbanika dan Phyto Clense ketika mengandung, insyallah darahnya tidak akan berbau hanyir dan busuk, malah darahnya berbau sihat-iaitu bau besi.
  • Untuk minggu pertama juga Darah Nifas akan keluar bersama-sama Darah Bantal
  • Minggu kedua, Darah Nifas akan keluar dengan tekstur lebih cair sehinggalah kecoklatan (macam darah tanda 1st day period kita)
c) Bagaimana untuk membantu Darah Nifas keluar sehabis-habisnya?
  • Sebab itu perlu dipantau, jika Darah Nifas berhenti terlalu awal iaitu hanya seminggu atau dua minggu sahaja, makan perlu dilakukan rawatan luaran yang merangsang pengeluaran darah nifas. Darah Nifas tidak boleh berhenti terlalu awal. Selalunya Darah Nifas akan berhenti pada minggu ke-3 atau sebulan tepat.
  • Digalakkan ibu-ibu melakukan tangas kering pada minggu ke-30. Dan diharapkan jangan ada ibu-ibu melakukan tangas kering lebih awal dari tempoh 30 hari. Sebab fungsi tangas kering adalah untuk mengeringkan saluran sulit supaya rapi, segar dan normal. Jika tangas kering dilakukan terlalu awal, ia akan membantutkan pengeluaran darah kotor dari rahim dan darah kototr inilah yang akan meracun kembali sistem badan kita.

Bertangas kering amat penting dilakukan pada wanita yang ingin menjaga kesihatan dan kesegaran rahim.
  • Sebab itu sesiapa yang ambil rawatan intensif berpantang dengan Ice, Ice hanya akan mula buat tangas kering pada ibu-ibu mulai hari ke-30. Cara tangas kering ada pada entri ini: Sila tekan Perlu diingatkan Darah Nifas yang terlalu awal habis dan tidak habis keluar boleh menyebabkan masalah faraj kita sentiasa keluar air jernih (macam air ketuban yang tiris), keputihan, hakisan mulut rahim, sista, prolips dan juga fibroid.
Ketika ini pentingnya amalan pemakanan yang seimbang bagi ibu-ibu berpantang. Elakkan ikan-ikan yang tajam dan berbisa. Dan untuk pengamal Set Bersalin NR, tempoh inilah yang terbaik untuk anda betul2 amalkan makan 3-4 biji Phyto Natal dan 5 mug air Akar herbanika TIAP-TIAP HARI untuk keluarkan Darah Nifas DAN MENGELAKKAN DARAH NIFAS KITA DARI BERBAU HANYIR.


Antara fungsi Phyto Natal adalah membantu mengorek lebihan darah kotor dan beracun dari rahim.

Dan juga untuk kesegaran kewanitaan kita, titikkan Minyak berubat herba sebesar 50 sen, dan lekapkan pada kewanitaan kita sebelum pakai pad. Insyallah ia membantu menarik lebih efektif Darah Nifas kita keluar.





3. Darah Bayam

Darah Bayam, seakan-akan bayam yang sudah basi dan berlendir.

a) Apakah tekstur Darah Bayam?
  • Seperti namanya, warnanya kehijauan berlendir sepeti bayam, baunya seperti bayam basi dan kadang-kadang seperti bau bangkai ikan.
  • Ia sangat beracun
  • Keluar pada penghujung Darah Nifas
b) Akibat jika Darah Bayam tidak keluar?
  • Ibu mudah berasa seram sejuk
  • Mata ibu yang dahulu terang, jadi kabur dan rabun selepas bersalin
  • Senang pening kepala
  • Rambut gugur dan gatal kulit kepala meskipun tiada kelemumur
  • ibu senang kena alegik atau gatal2 kulit
  • Mudah letih
  • Senang sakit pinggang sampai kalau selepas bersama suami kerap merasa kesakitan itu. Kadang2 menyebabkan ibu selalu mengelak untuk bersama dengan suami
  • Faraj yang meleleh air seperti tiris ketuban, kegatalan yang serius dan infeksi (infection)
  • Jika peringkat serius, boleh menyeabkan hakisan mulut rahim dan kanser pangkal rahim.
Diketahui umum, makanan kegemaran segala barah dan ketumbuhan dalaman badan ialah darah kotor, termasuklah darah nifas, darah bantal, darah bayam atau darah haid yang tidak habis keluar dari sistem badan.

Masa Ice bersalin pertama, ice perasan darah ni. Tapi tak ambil peduli. Masa anak ke-2, bila dah tahu apa itu Darah Bayam, and bila ia keluar, memang ice sentuh dan cium. Ia sebijik macam sayur bayam yang dah basi. Dan ice bersyukur ia keluar dari rahim Ice akhirnya.
Dan Hari ke-30, Ice buat tangas kering dan start makan Phytox.

Phytox, pengamalan wajib bagi ibu hari ke-30 berpantang.

Oleh itu, diharapkan bagi ibu-ibu bersalin tu, bila dah bersalin pantaulah keluaran darah anda. Kaji darah yang keluar. Pastikan ketiga-tiga darah ini keluar dari rahim kita demi kesejahteraan kesihatan kita.

Moga entri kali ini membantu kalian.

Sekian, berjumpa lagi di lain entri. :)
Love Always....

Sumber
*Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Datin Sh. Anisah
*Penerangan Sh.Nadiah
*Penerangan Zabedah Kassim
*Pengalaman Ice sendiri

21 comments:

  1. salam
    boleh tak bertangas kering masa berpantang hari ke 35 tapi darah belum kering lagi. darah bayam dah keluar masa minggu ke empat yang lalu, tapi 2-3 hari ni keluar lagi darah macam darah haid. rasanya boleh x buat bertangas kering masa ni?
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang digalakkan ibu2 berpantang mula bertangas pada hari ke 30 berpantang. Dan kebiasaannya selpas rawatan bertangas kering, ada individu yang akn keluar darah nifas semula.Ini menunjukkan ada lebihan darah nifas masih terkumpul dalam rahim. Cuma berhenti dulu amalan bertangas kering dan tunggu darah hampir kering sebelum sambung dan genapkan 14 hari rawatan bertangas dari mula bertangas dahulu.

      Darah nifas akan keluar on and off sehingga 60 hari. Jika selepas 60 hari darah masih keluar, ia disifatkan darah istihadah (darah penyakit) dan anda boleh mula sembahyang pada waktu itu.

      Delete
  2. Sekiranya bersalin czer,darah bantal akan keluar jg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbanding bersalin normal, ibu yang bersalin secara c-sect lebih ditekankan mengenai masalah darh bantal ini. Ini kerana, ibu yang bersalin normal melalui proses pengeluaran uri ketika bersalin dimana darah bantal kebiasaannya akan terkeluar bersama2 uri ketika proses ini berlaku.

      Manakala bagi yang bersalin secara c-sect, pakar akan menyedut keluar darah tetapi kebanyakkannya bersifat cair, Manakala darah ketul/buku/bantal ini perlu dikeluarkan secara manual dengan amalan pemakanan herba, bertuam (di bahagian tundun dan perut-atas dari tempat czer) dan berbengkung.

      Selagi darah bantal ini tidak keluar, ibu akan merasa sakit ditempat czer seakan-akan di siat2 dari dalam, menyebabkan ibu berjalan bongkok dan kesakitan yang amat luar biasa di tempat c-sect.

      Delete
  3. hi, nak tanya sikit kalau da dekat 3 bulan tp masih ada sikit2 lg darah lepas bersalin tu macam mana nak keluarkan habis??

    ReplyDelete
  4. Ice, sy bersalin pd 28.6.12....tp pd hari ke 9 selepas berpantang, darah nifas saya tlh tiada....saya sedikit risau....adakah ia terlalu awal...n klu sy makan phytonatal tu skang, msh boleh kah ia mwngorek supayadarah nifas kuar...adakah ia mggangu penyusuan ibu...mksud saya anak akan kerap berak atau sakit perut x bila ib mengamalkan jamu yg panas cmgni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darah nifas yang berat (heavy) perlu keluar secara lancar dalam tempoh 2 minggu pertama selepas bersalin. Jika darah hanya setitik dua dalam tempoh tersebut, menandakan ada masalah pada fungsi rahim dan urat peranakan yang menghalang darah kotor nifas dari lawas keluar. Sebab itu penekanan berpantang dan pemakanan herba/jamu yang sesuai sgt dititikberatkan kepada ibu berpantang. Hanya mereka yang mengamalkan cara berpantang yang betul akan mengalami "kelawasan" pengeluaran darah nifas sehingga hari ke 60 berpantang.

      Jika selepas waktu berpantang pun anda boleh memggunakan Phyto Natal sebagai agen pengorek dan pencuci rahim Dan perlu diingatkan, NR ini tidak panas dan mengganggu aktiviti penyusuan bayi kerana ia adalah herba bukan jamu. Kupasan herba dan jamu ada di sini.

      http://iceblessedbeauty.blogspot.com/2010/01/haaa-nr-bukan-jamu.html

      Delete
  5. Nak tanya mcm mana nak tau kalo semua darah2 kotor slps bersalin dh keluar sepenuhnya...

    ReplyDelete
  6. nk tny sy skang dh 44 hari..dh 2 hari sy kluar darah mcm darah nifas...sblm ni dh xde juz lendir yg kluar...ni kali ke-2 darah sy on off...normal ke? ape yg perlu sy mkn utk mgeluarkan sgla darah kotor?

    ReplyDelete
  7. saya bersalin pd 11/12/2012... sejak lbh kurang 2mggu yg lps cecair kuning dan berbau spt nifas je yg kluar...adakah itu msh darah nifas atau darah bayam atau cecair akibat jangkitan? kdg2 ari2 trasa sengal dan ngilu bila disentuh... sy mengamalkn phytonatal 2 bj stiap pagi. sy tlh btanggas dan berurut sjak hr ke 3 bpantang selama 7hr.

    ReplyDelete
  8. mcm mana nak ta cth darah bayam tu.TQ

    ReplyDelete
  9. nk tnya darah bayam tu kalo kuar dlm kuantiti sikit @ byk?

    ReplyDelete
  10. salam..ari ni sy 48 ari..tapi masih keluar cair cklat tapi sikit jer..tapi berbau..adakah tu darah bayam?dan mcm ner nk hlangkan bau tu....

    ReplyDelete
  11. salam saya nk tya darah bayam dia berbau ke?sy ari y ke 48 tp kuar lg darah cair tapi sikit...mcm ner nk hlangkan bau

    ReplyDelete
  12. Maaf, nak tanya juga. Saya dah hari ke-38 berpantang. Semua jenis darah tu dah keluar. Tapi sejak kelmarin darah mula warna merah semula macam darah haid. Hari ni pula keluar agak heavy. Saya confuse samada ini darah haid atau darah nifas. Kalau betl darah haid, kenapa tak ada gap walau sehari selepas darah nifas habis keluar?

    ReplyDelete
  13. salam. saya dah 2 bulan lbh bersalin czer. tapi darah masih keluar. sikit2. ade cadangan tak macam mana saya nak buat. sebab risau juge. saya xpernah tahu ade darah bantal sgala tu. rasa macam tak ada pula darah bayam tu. mcm mane ye. terima kasih.

    ReplyDelete
  14. salam ice, saya baru keguguran bulan lepas, usia kandungan 9 minggu masa tu. darah bantal & nifas saya berhenti dalam minggu ke2/minggu ke3. darah bayam xsure..
    saya telah makan phytonatal pada minggu ke3, mula minum akar herbanika minggu ke4. pada hari ke-42 selepas keguguran, saya dah start period. setakat ini period saya tidak bermasalah, tiada cramp@busuk@sebagainya.
    saya mula bersama suami dalam minggu ke-4, kerana nurse&doc ckp xperlu pantang, sebab katanya rahim saya masih subur, mudah hamil balik...
    adakah semua ini akan membawa masalah kepada saya?

    ReplyDelete
  15. Salam..saya nk tny..saya bersalin pada 13.5.13 tpi darah nifas saya dh berhenti keluar pada 30.5..terlalu awak ke darah saya berhenti?

    ReplyDelete
  16. Darah bayam saya tak keluar..jadi apa yg saya harus ambil?sekarang da msk 65 hari dah tq

    ReplyDelete
  17. salam..nk tanya..kalau darah nifas brhenti hari ke 47..hari ke 60 ade semula..darah slps 60 hari dikira darah apa?

    ReplyDelete