Thursday, January 30, 2014

Aku...sipenjaga pantang



Last update Ice adalah 20 hb Mac 2012. Hampir setahun menyepi. Bukan merajuk. Bukan lari. Cuma terlalu sibuk menngendalikan perkhidmatan pantang untuk wanita-wanita disekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Mula-mula dahulu berjalan seorangan. Tetapi pada Mei 2012, akhirnya suami Ice turut bersama Ice memartabatkan perkhidmatan urutan melayu kesegenap pelosok daerah. 

Mengapa mengurut?

Saya boleh katakan, permintaan melebihi tawaran. Dalam term ekonomi, ia digelar "shortage". Kadang-kadang tak menang tangan melayani kehendak pelanggan. Ada masanya anak sendiri jadi cagaran. Terpaksa menghantar mereka balik Kulim demi menyelesaikan tugasan mengurut apabila tiba musim sibuk orang bersalin.

Selama Ice berkecimpung dalam industri penjagaan berpantang ini.....sudah ramai wanita-wanita yang sudah Ice temui di luar sana. Dalam erti kata lain...setiap episod berpantang, setiap rumah yang dikunjungi, dan setiap badan yang dirawat...mempunyai 1001 cerita tersendiri.

Tidak dinafikan, amalan berpantang ini telah melalui beberapa frasa kebangkitan dan kemerosotannya. Seawal tahun 30-an, era berpantang masih lagi diamalkan...malah dilakukan secara extreme. Tetapi apabila menginjak kepada tahun 90'an dan abad ke-20, kita telah menyaksikan betapa amalan berpantang ini sudah dianggap remeh dan tidak relevan.

Ironinya....setelah merasa sendiri impak "langgar pantang"... kebanyakkan wanita yang tidak berpantang ini akan mula menanamkan azam dan tekad untuk berpantang sehabis baik pada kelahiran seterusnya.

Oleh itu, isi kandungan blog ini, mulai hari ini, akan lebih tertumpu tentang perihal berpantang, penjagaan ketika mengandung, dan konsep bersalin secara alami (semulajadi), dengan mengupas lebih lanjut keagungan Allah di dalam ketiga-tiga aspek kehidupan wanita ini. 

Saya memohgon doa dari anda semua, semoga perjuangan saya ini berkahir dengan kejayaan mendidik para ibu...betapa pentingnya amalan berpantang, betapa besarnya tanggungjawab kita ketika mengandung, dan betapa indahnya proses kehamilan itu sendiri. 

Salam perkenalan dari saya untuk pembaca-pembaca baru.
Salam sayang untuk yang masih setia membaca coretan saya dari dahulu sehingga kini.

No comments:

Post a Comment