Sunday, August 7, 2011

Ukur Kedudukan Batu Merian. Cara dan Mengapa.




Pernah tak you all ukur kedudukan Batu Merian korang? Amalan ini perlu dilakukan terutama bagi ibu selepas 100 hari berpantang dan juga setiap kali selepas period....

Cara-caranya adalah:
Gunakan jari telunjuk untuk meruang - masukkan jari hingga ke pangkal leher merian. Kemudian jari digerakkan mengitari ruang secara bersandar pada dinding saluran faraj- dengan posisi mencangkung.
(Selalunya Ice lakukan setiap 100 hari lepas bersalin dan setiap kali selepas period. Ice akan ambil cotton facial dan lumurkan dengan Minyak Berubat Herba, dan start meruang untuk keluarkan lebihan darah kotor yang melekat pada dinding faraj)

Berikut adalah petunjuk utk mengetahui letak duduknya batu merian kita:
1. Jika batu merian pada ruas pertama telunjuk - peranakan rendah
  • ibu akan rasa sakit ketika bersama suami, kerap membuang air kecil, terkencing apabila batu, ketawa atau bersin.
  • Jika dibiarkan secara berterusan boleh mengakibatkan prolapsed uterus atau keluluran tombong
Kedudukan Batu Merian Rendah...
2. Jika batu merian pada ruas kedua jari telunjuk - posisi peranakan kurang memuaskan
3. Batu merian pada ruas ketiga jari telunjuk atau dihujung jari telunjuk- posisi yang baik dan normal
4. Batu merian TIDAK dirasai dihujung jari telunjuk - peranakan tinggi
  • menyukarkan kelahiran kerana melambatkan proses menerima benih suami.

Kalau nak tau keadaan sihat atau tak batu merian kita, sila baca yang seterusnya....
Batu merian terasa penuh, kembang, lembut atau lembik dan mulutnya renggang bila disentuh, menandakan merian kurang sihat dan akan mendatangkan sakit puan dan menjadi wanita itu tua sebelum usia. Batu merian yang berkeadaan demikian akan mengurangkan kepuasan berjimak suami isteri.
Maksudnya "akak" kita ni dah menggeleber dan berair. Ini akan terjadi kalau yang suka duduk dalam air-cond atau suka berkipas dalam pantang, minum air sejuk dalam pantang, suka mandi malam, rajin beli jambu batu kat simpang opis sana, makan and minum sayur dan buah yang sejuk2.... Lama2 "akak" kita pun rupanya begini....

Berlendir...berair...dan busuk.... Orang nak duduk dekat pun fikir sejuta kali......
Batu merian yang sihat perlu berada di dalam keadaan kuncup seperti kuntum bunga, kenyal dan mulutnya tertutup rapat. Wanita yang mempunyai batu merian begini akan sentiasa kelihatan awet muda dan batu merian begini sentiasa bertenaga dan mampu memberi kepuasan berjimak kepada pasangan suami isteri.
Ini untuk yang berpantang secara betul, tertib dan teratur sepanjang tempoh berpantang...Menjauhi benda2 yang sejuk, yang mengelakkan mandi malam dan xlupa yang mengamalkan herba yang terbukti keberkesanannya secara teratur... Bagi Ice NR dah cukup terbaik untuk Ice Dan tak mustahil rupa "akak" kita akan jadi camni...
Kuntum yang cantik dan berbunga harum...dan semestinya menyengat....
Tidak lupa batu merian perlu mendongak tegak menghadap salur kuntum mengarah ke pintu faraj.
Inilah rupa batu merian yang sihat. Sejajr kedudukannya dengan kuntum dan saluran faraj kita...
Dengan penggunaan set bersalin NR, kebanyakkan ibu yang mengamalkannya, bila berjumpa dengan mak bidan mahupun berjumpa doktor pakar puan selepas 44 hari berpantang akan menerima feedback memberangsangkan.
Customer ice bercerita yang mak bidan dan doktor2 ini akan kagum dengan keadaan rahim ibu yang mantap dan telah kembali "mengeram" - terletak cantik dalam kantung rahim - walaupun mereka melalui proses bersalin secara c- section. Dan ice menerima feedback yang sama dari doktor ice... :)
Malah dengan keadaan rahim yang mantap ini membolehkan ibu yang bersalin secara c-section untuk mula merancang mendapatkan bayi semula. Bukan dari pandangan ice ye....ni doktor pada customer ice yang cakap sebab customer ice ni memang nak anak rapat2...
So, ibu2 dalam pantang, untuk dapatkan rahim yang mantap, jangan kompromi dengan pengambilan Phyto Natal dan Akar Herbanika selama 100 hari berpantang. Dan untuk menyihatkan lagi rahim, mengamalkan Phytox pada hari ke30 sehingga hari ke 45 adalah sangat2 penting.Dan amalan bertangas denagn Uncang Cuci Herbanika juga tidak boleh dipandang remeh...

Sekian sahaja untuk hari minggu di bulan mulia ini...

Seperti lagu Hetty Koes Endang....

Surga ada di depanmu
Depanmu depanmu
Neraka di belakangmu
Belakangmu belakangmu

Ice dah bukakan pintu syurga untuk para ibu ...tetapi tetap terpulang pada para ibu sama ada mahu ke depan atau ke belakang....samada nak main2 time pantang atau bersungguh2... Sebab dipenghujung hari, Ice takkan rugi apa2....

Selamat Berbuka nanti...and....yang part meruang tu buat la lepas berbuka....buat sekarang kang mau batal puasa lak....hehehehe...

Love u all!!!!

For the BOLD letter adalah ikhsan dari kitab Ensiklopedia Perbidanan Melayu - Datin Sh. Anisah Barakbah...Love u, Datin.....

Thursday, July 28, 2011

Shhh...Susu Berbadam resepi tambah susu di bulan Ramadhan



Resepi susu berbadam


Salam semua....
Ramadhan semakin hampir and Ice baru je dapat kesempatan update blog Ice....
As for today Ice ank share satu resepi yang mesti you all shuker....especially lactating mother a.k.a ibu yang menyusukan baby....

Resepi ni khas untuk menambahkan susu, menambahlan tenaga untuk ibu2 yang menyusukan baby ni.
So diharapkan dengan susu ni dapatlah menambahkan produksi and kualiti susu2 ibu untuk si manja kita....

Dulu masa time Ice sekolah dulu, ibu ice rajin bagi susu ni kat ice supaya ice kekal bertenaga disekolah.
And bila Ice lepas pantang, Ice rajin buat susu ni before pergi ke office untuk tambahkan susu badan Ice coz Ice still bf baby.

Resepi ini adalah dari Datin Sh. Anisah Barakbah yang diberikan kpd ibu Ice dan di turunkan kepada Ice.
Semoga Allah merahmati hidup Datin Kak Pah dengan berkat ilmu yg diberikan kepada kami sekeluarga.
And.....Susu ni sedap taw.....

So inilah resepinya:

1 gelas susu segar
1 sudu besar badam kisar ATAU 1 sudu the kismis kuning
3 biji kurma nabi
1 biji telur ayam kampung (kuning sahaja)- Untuk 2 minggu pertama shj...lepas tu xyah letak dah kuning telur ni
1 sudu besar madu ori
Blender semua and minum.... Senang kan..kan..kan...
Nanti korang akan rasa susu korang melambak2, badan korang montok (bkn gemuk kay), badan bertenaga, meskipun di bulan puasa....

Selamat mencuba....!!!
Love you all....

Enjoy fasting ya' all....

Ice dengan anak buah yang ke 33.... Ni lah hasil fully breastfeed. Baru umur 2 bulan...Hehehehe
Menanti yang dirindu....Ramadhan....

Wednesday, June 1, 2011

Kuning penyakit baby, meroyan penyakit kita.

Banyak feed back yang Ice terima dari kenalan dan customer mengatakan " Saya beli set bersalin NR dulu kak. Tapi bila baby admit (hospital) sebab kuning, saya terus berhenti. Mak/suami/kakak ipar/nenek sebelah umah/atuk kampung depan x bagi makan jamu..." Maka meloponglah mulut Ice yang becok ini....dan perlahan-lahan Ice menggeleng kepala.

Bila ditanya " Sekarang badan rasa macam mana?"

Jawapannya...
"Badan susah nak surut (turun) la kak..."
"Jerawat saya ni makin teruk bernanah2 sampai anak saya sendiri geli nak cium"
"Badan ok kak. Tapi asyik kena migrain jer. Sampai kadang-kadang kalau baby saya nangis saya boleh tengking lagi.....Kesian dia kak"
"Selalu penat-penat kak.,, selalu bila abang mintak, saya terpaksa tolak"
" Keputihan saya tiba-tiba banyak kak..."
" Suami saya merungut, grip tak mampat..."

Ice tanya soalan susulan..... "Baby awak kuning lagi ker?"

Dan mulut diorang lak melopong dengan soalan Ice....

Beginilah, adik-adik, kakak-kakak dan puan-puan.....

Jaundis atau penyakit kuning yang dialami oleh bayi baru lah
ir merupakan perkara biasa...tetapi tidak sama sekali boleh dipandang enteng. Macam Ice, dua2 anak ice kena admit sebab jaundis. Tapi dengan kecekapan doktor2 dan nurse2 di hospital kerajaan memantau dan merawat penyakit kuning baby Ice ni, selepas 3 hari dah boleh keluar.

Dan baby2 ni semakin membesar dengan sihat...tapi sang ibu dari sehari ke sehari makin sakit. Sebab pressure jaga baby yang berjaga malam. Sebab sembelit dalam pantang sampai migrain.
Sebab darah nifas tak habis keluar, so meracun sistem dalaman badan secara tidak sedar.

Sedar2 dah habis pantang, badan tak kurus2. Sakit seluruh badan. Time malam jumaat jer main aci nyorok ngan laki sebab tak larat nak layan...
kadang2 sebab dah dingin sebab urat nafsu dah tersentil dengan angin2 jahat time dalam pantang dulu.

Yang dahulu kita risaukan baby kena kuning, baby tu pun dah semakin membesar dan sentiasa meminta sepenuh perhatian dari kita...Tapi kita yang x makan ubat/herba dalam pantang, nak dukung baby, pinggang sakit. Baby meragam sikit, kita dah migrain hantuk2 kepala kat dinding.

So, di sini amat penting untuk ibu2 dalam pantang untuk amalkan herba dalam pantang. Kalau setakat pantang makan, pantang laki dan pantang cara....tidak memadai..

Kita memerlukan supplement yang membantu mengeluarkan segala lemak berlebihan dan angin yang jahat....so makan Phyto Natal

Kita memerlukan susu yang mencukupi untuk baby dan juga membuang lemak yang tepu maha degil dan mengimbangi kembali hormon kita(supaya tak meroyan...hehehe)....dengan Akar herbanika la...

Dua ini sudah cukup untuk attack dan rawat dalaman ibu-ibu yang lemah ketika berpantang. Yang lain2 adalah luaran. Kalau rajin buat, lagi umph....Namapun berpantang 44 hari....so ada lah alasan nak belai diri supaya lebih anggun dari kita ketika gadis dulu....

Supaya selepas pantang dengan mengamalkan herba yang bagus, tenaga kita macam anak dara. Baru suami sayang....Baru anak gembira....dapat ibu yang ceria..

Percayalah, sebagai suri rumah tangga, peranan kita sangat2 besar...kalau kita sakit....seluruh isi rumah kelam jer...kalau kita sihat dan cantik....rumah kita macam syurga dunia....Bukan senang jadi pompuan woooo.......Hehehehe...

Sekian, coretan ikhlas Ice...
Sok sambung lagi....

Love ya' all....

Tuesday, May 31, 2011

Set Bersalin NR is Baby Friendly!

Ya, set bersalin NR adalah salah satu produk NR yang tidak akan memberi efek negatif pada newborn kalian. Ini kerana NR terbukti 100% herba dan bukan jamu. Perbezaan herba dan jamu adalah, bila herba, kita lawas buang air besar. Kalau jamu, boleh mengakibatkan sembelit. Dan perbezaan no.2 adalah, kalau herba, baby ,wanita period dan pregnant boleh makan produk tersebut. Tapi kalau jamu is a big NO!

Pengalaman baby Ice 2 kali makan NR ketika berpantang adalah:

  1. Dengan phyto natal, setiap kali ice makan, baby ice yang bf ngan Ice lawas buang air. Ini juga proses membantu mengeluarkan birubilin berlebihan dlm badan baby untuk menurangkan kuning nya. So lagi banyak baby buang air, lagi cepat sembuh kuningnya. Bukan itu sahaja, baby pun perlu detox sebab newborn baby ni selalu jadi mangsa keadaan...hehehe....maksud Ice, ibu2 yang suka makan junk food (mengidam katanya...) ketika mengandung, sedikit sebanyak beri efek buruk pada bayi...Ni kes yg hari2 nak mkan kfc,McD,pizza,roti boom, bla...bla...bla... So dgn Phyto Natal yg ibu dalam pantang ni makan, baby pun senang lawas dan seterusnya membantu membersihkan sistem dalaman baby itu sendiri....
  2. Dengan air akar herbanika, susu ice melambak2. Even masa anak ke-2, 3 hari pertama susu x keluar. Tapi Ice tekun dengan akar herbanika. Masuk hari ke-4, susu keluar tak tertadah…Yang penting yakin, kena tenang dan determine…. So erti kata lain baby Ice memang puas minum susu Ice. Dan susu ibu juga membantu mengatasi masalah kuning pada baby.
  3. Minyak herba sebagai peganti minyak gamat, telon and minyak celak. Pusat baby tanggal pada hari-3. Kembung dapat dielakkan. Kulit baby halus dan berbau serai wangi. Dan bila baby Ice lepas mandi kena sapu seluruh badan dengan minyak ni, terus dia tertidur sebab minyak ni memang berangin.


So, Set Bersalin NR is a baby friendly… Kepada ibu-ibu, jangan risau…Baby Ice masa 6 bulan Ice dah bagi makan NR serbuk. Especially bila dia demam. Ice bagi dia NR serbuk satu cubit kecil dalam susu supaya angin panas dia senang keluar…tak lama lepas tu, boleh dengar dia pott..pott…kentut. :)

Selamat Mencuba…!!!

Tuesday, June 1, 2010

Shhh... Trip ke Langkawi dan EBM



Apabila mengetahui yang kerja baru Ice memerlukan Ice untuk travel ke Langkawi, satu ajer yang terlintas difikiran Ice...macam mana nak top-up stok EBM utk Haidar ni...???

Ice dah lah xder cooler bag.... So Ice browse through and Ice cari kat mana nak beli cooler bag area Shah Alam...so Ice terjumpa la website SaraKids Online Store yang kebetulan memang dekat ngan tempat keje Ice.


So tanpa membuang masa, ice pun pergi la beli Cooler Bag Stylo Mama. Harga dia RM 69.90 campur dengan ice pack RM30.

So Ice tanya jugak kat Kak Farah (owner Sara Kids Online Store) macam mana nak banyakkan air susu. Dia cakap, perah 2@3 jam sekali. Buat rutin macam baby minum...

So on 28th May, Ice pun bertolak la ke Langkawi.... As a pre-caution, Ice pakai mask most of the time...I did this for my babies... H1N1 is still around us...!



Ni lah hasil EBM pertama Ice... Ice amik kesempatan setiap 2-3 jam sekali perah susu...tak kira la kat mana pun, Ice mintak boss baru Ice- Mr Francis tunggu Ice untuk perah susu...Semua ni demi anak2...

Ice siap tumpangkan EBM kat kitchen hotel lagi. Thanks to Mama Damia - Haniza Husin for the suggestion. :)

Bila Ice balik penuh jugak la cooler box kecil Ice tu... tapi Ice puas sebab kesudahannya....jeng...jeng...jeng...

Ice berjaya jugak memenuhkan freezer Ice meskipun Ice jauh...Yeay...!!!!!!!

Demi mu, anakku Haidar...Ibu sanggup bersusah payah...asalkan kamu sihat dan makin jibun dengan khasiat susu ibu....SELAMAT HARI SUSU SEDUNIA...!!!