Thursday, October 20, 2011

Kenapa makan set bersalin NR baby saya jadi kembung???




"salam..nk tny..klu mkn NR ni baby akn kembung ke?baby asyik kembung je..kesian tgknye.. "


Pertanyaan baru Ice terima malam tadi dan sebenarnya bukan Zara sahaja yang bertanya begitu. Ramai.... dan terbaik adalah dengan memberi penjelasan di dalam blog Ice ni.

Ok, NR tidak akan menyebabkan newborn anda kembung. Sebab kalau baby anda kembung, ibunya dahulu akan terkena kembung angin itu. Tetapi selalunya ibu yang mengamalkan Phyto Natal dan air Akar Herbanika ni lawas membuang air besar dan senang buang angin.

Fenomena kembung pada new born adalah normal dan selalunya kembung yang kronik terjadi kerana:
1. Sistem penghadaman bayi tidak berapa lancar lagi
2. Sistem badan ibu ketika mengandung juga menjadi penyumbang utama kepada kembong angin dikalangan bayi baru lahir. Lebih-lebih lagi ibu yang ketika mengandung yang suka minum ais, makan buah-buahan yang menjalar atau sayuran menjalar yang kebanyakkan berangin sedikit sebanyak memberi impak pada kandungan.
3. Ibu-ibu di dalam pantang yang suka berkipas angin dan berair cond, atau memakan benda-benda berangin ketika berpantang, atau meminum air sejuk/ais ketika dalam pantang akan menyebabkan angin mudah masuk ke dalam badan ibu dan angin jahat ini akan disalurkan ke dalam badan newborn melalui susu ibu.

Jika newborn anda kembung-kembung dan tidak lawas membuang air besar, diharapkan ibu-ibu jangan terus berhenti dari mengamalkan Phyto Natal dan air Akar Herbanika. Tetapi dalam masa yang sama, sila buat tuaman pada perut bayi dan juga sapu perut bayi dengan Minyak Berubat Herba NR.

Tuaman bayi boleh dibuat dengan menggoreng lada hitam yang dicampurkan dengan garam kasar dan bunjutkan lada hitam itu di dalam sapu tangan lalu menuam sekeliling perut, paha dan tapak kaki bayi setiap kali selepas mandi dan bila ada masa lapang.

Kemudian sapukan satu badan bayi dengan minyak berubat herba. Minyak ni boleh menggantikan minyak telon. Sapu dari hujung rambut bayi sehingga hujung kaki. Lebihkan dibahagian perut dan celah paha dan kemudian pakaikan bengkung bayi. Bayi pun kena selalu pakai stokin dan sarung tangan serta perlu sentiasa berbedung untuk elakkan angin memasuki badan bayi.

Satu cara lagi adalah meniarapkan bayi di atas tilam lembut dan tepuk lembut belakang bayi. Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan kain atau menelangkup ke atas tilam (lihat gambar baby ice yang paling first. Itu Haidar masa dalam hari lagi Ice dah telangkupkan dia untuk buang angin dia and tuam dengan tungku jintan dia)

Ibu-ibu di dalam pantang juga perlu mengelakkan dari terdedah kepada kipas angin dan air cond kerana ini akan menyebabkan angin mudah masuk ke dalam badan dan angin jahat ini akan masuk ke dalam badan newborn melalui susu ibu.

Sebab itulah ibu dalam pantang ni tak boleh bersejuk-sejuk. Kena selalu dalam keadaan panas sentiasa. Dan cara rawatan NR untuk menghalang angin jahat masuk ke dalam tubuh ibu lalu menyebabkan kembung pada newborn adalah:

1. Setiap pagi dan petang selepas mandi herba, sapu Minyak Herbanika satu badan.
2. Pakai baju lengan panjang dan sentiasa berstokin
3. Pastikan ibu-ibu rajin berpeluh (maksudnya jgn la pergi tebeng tepi kipas atau aircond. bukan buat aktiviti fizikal sehingga berpeluh yer...)
4. Rajin-rajin berlulur dengan Herbanika Lulur NR kerana lulur NR ni akan seal atau tutup segala liang roma ibu dari dimasuki angin jahat. Panduan buat lulur---> klik sini
5. Makan Phyto Natal supaya senang buang air dan minum air Akar Herbanika pekat-pekat supaya senang ibu-ibu buang angin.


Ingin diingatkan sekali lagi, Set Bersalin NR ni baby friendly. Baby akan senang buang air dan buang angin kalau ibunya makan NR. Tapi kalau ibunya tak jaga pemakanan dan juga ketika mengandung dan berpantang dan juga tidak menjaga tertib berpantang, effect dia bukan hanya kepada si ibu, tapi akan tertempias pada newborn juga.

Oleh itu pesan Ice, tolong jangan berhenti mengambil herba NR dalam pantang. Sebab bila herba NR ni dapat merawat penyakit angin jahat dalam badan ibu, automatik newborn anda tidak akan mengalami kembung-kembung lagi.

Salam sayang buat semua

Wednesday, October 19, 2011

Diet masa pantang. Jangan berlapar, tapi jgn terover makan...


Salam sayang semua,

Post kali ini ingin Ice menjawab satu soalan dari pembaca setia blog Ice. Agak rumit masalahnya, tapi menarik sekali untuk dikupas. Soalannya berbunyi begini...

"Kak Ice, saya dah nekad anak ke-dua ni saya nak fully breastfeed baby saya. Tapi saya tak tahan sebab selalu sangat rasa lapar. Tapi kadang-kadang masa dalam pantang tu kalau dah lapaar pun, saya ignore(abaikan) je. Sebab saya pun nak kurus gak macam saya anak dara dahulu. Tapi bila saya berlapar, susu macam sedikit la. Macam mana ye kak Ice...?"

Rumit kan....??? Wanita yang dilahirkan dengan 9 nafsu kali ini menginginkan 2 keinginan dalam satu masa. Keinginan pertama, nak fully breastfeed baby sehingga 2 tahun. Keinginan ke-dua, nak tampil kurus seperti anak dara (sebab dengan set bersalin NR ni dia dah lose 19kg,melangkaui berat badan selepas bersalin anak pertama. Lagi 5 kg dapat berat badan anak dara).

Ibu-ibu yang menyusukan bayi mengalami perubahan hormon yang drastik. Sebab itu ibu yang breastfeeding baby ni cepat terasa lapar. So di sini Ice cadangkan untuk mengatasi rasa lapar and at the same time tak mahu tambah kalori yang berlebihan dalam tubuh, ibu boleh mencuba simple meal seperti di bawah:

  • Oatmeal - well, tiada siapa dapat menafikan kebaikan oat yang tinggi kandungan serat. Ia juga boleh membantu meningkatkan bilangan susu badan dan mengenyangkan perut dalam masa yang sama! Tapi feedback yang Ice terima... "Tak lalu la Ice nak makan oat" and Ice boleh cakap satu benda je.... kalau dah sayang anak, makan jadam pun Ice sanggup.... Kita bukan hidup seorang ye ibu-ibu...kita sekarang dah hidup untuk anak2, so kena banyak berkorban. Baru namanya kasih ibu....
  • Biskut kraker (atau nama glamer biskut mayat). Yang terbaik yang tiada inti atau bukan dari butter base (biskut mentega). Yang tawar tu lagi bagus. Biskut ni you all nak makan satu tin pun takpe....amik yang whole meal punya lagi bagus.
  • Kalau dah makan lebih dari 6 kali sehari, Ice cadangkan you guys kena start mengunyah buah2an. Tapi pastikan bukan durian yer.... Dalam pantang buah tempatan is a big NO...NO...NO.... Just buahan import. Yang terbaik adalah oranges (high vitamin C-bagus untuk luka) and red apple sahaja. Tapi jangan lak kome makan siap nyicah kuah rojak yer. Tu nak tempah gatal anu namanya (sebab ada petis)
  • Tak salah makan banyak bila dah lapar. Tapi Ice cadangkan makan 6 kali sehari. Breakfast, brunch, lunch, tea, dinner and supper. Breakfast, lunch and dinner makan proper food but in MINIMUM intake. Yang part brunch, tea and supper tu baru makan kudapan ringan seperti biskut or oat. And perlu diingatkan, nak cepat kurus time pantang, timing makan kena konsisten. Kalau breakfast kul 8, pkl 8 la korg makan. Jgn sekejap cepat sekejap lambat. Sebab kalau badan kita dalam keadaan berlapar secara berlebihan, itu yang jadi isu, makan pun secara berlebihan.Bila badan tak surut-surut, salahkan lak Set Bersalin NR...Hehehehe.... ;)
  • And then bagi yang dalam pantang, kalau nak senang, breakfast tu buatlah Susu Madu Berbadam untuk tambahkan susu. Resepi klik di sini ---Susu Madu Berbadam. Resepi ni Ice ambil dari buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu. -
  • Untuk minuman pula, ibu-ibu boleh minum Milo, Horlick and sekali sekala Kopi. Kopi tak boleh selalu sebab kandungan kafein yang tinggi dan sesiapa yang suka minum kopi, segala zat dalam badan akan hilang setiap kali kita buang air kecil. So better minum milo and horlick yang kurang gula.
  • Dan sesiapa yang menggunakan Set Bersalin NR, jika rajin minum air Akar Herbanika, insyaallah banyak lah susu ibu tu and cepatlah surut badan si ibu... Dan bagusnya minum air akar ni, kita boleh minum sebanyak mana kita nak time dalam pantang. Dia takkan menyebabkan water retention atau kegemukan air. Sebab dalam pantang memang ibu-ibu tak boleh minum banyak air nanti kembang urat. Tapi dengan air Akar Herbanika ni nak minum 10 mug pun boleh. Tapi dengan syarat, minum kenalah menghirup pakai sudu. Barulah cepat hilang haus dan taklah boroi perut tu (sesiapa yang perut boroi sekarang pun boleh start minum stail menghirup pakai sudu ni...insyallah...)

So ibu-ibu ni janganlah berlapar semata-mata nak kurus. Dan janganlah makan sampai tak ingat dunia semata-mata lapar. Ada caranya. Tapi apa pun kat dunia ni takkan menjadi kalau kita TAK KONSISTEN dan TAK BERDISPLIN.

Untuk mengetahui lebih lanjut aturcara berpantang, ibu-ibu boleh beli buku panduan berpantang Shhh...Rahsia Ibu Anggun Berpantang Edisi Ke-dua.
Sekian dulu dari Ice.... Peringatan sayang... Berdiet bukan kena berlapar. Tapi perlu makan makanan seimbang dalam kuantiti terkawal. ;)

Love always.
Ice

Sunday, October 9, 2011

MEROYAN…..MITOS ATAU FAKTA?



Ramai yang pernah mendengar istilah meroyan. Kalau boss HR (pompuan) selalu marah2 tak tentu hala, mulalah korang bisik2 sesama sendiri “Gila meroyan dia tu”. Kalau mak kita tiba2 mulut pot pet 24 jam, bapak korang mesti cakap “Kamu ni megoyan ke Munah?” Kenapa semua simptom ini tertuju khas kepada kaum wanita? Kenapa meroyan tiada pada lelaki hatta kepada lelaki yang nak jadi pompuan sekalipun….?
Sebab……Pompuan ni ada kelebihan satu organ dari lelaki yang dinamakan RAHIM….. Dan apa kena mengena rahim wanita dengan meroyan? Menurut Ensiklopedia perbidanan Melayu, salah satu punca MEROYAN adalah kerana darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna atau teratur, yang seterusnya menjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita.
Apakah darah bantal? Ia adalah sejenis darah yang terkumpul selama SEMBILAN BULAN di dalam merian (peranakan) bersama uri yang dikenali sebagai “bantal” atau “alas bayi”.- Kesan tertinggal darah bantal akan dikupas pada post yang akan dating-
Efek kalau darah bantal tidak habis keluar adalah, bahagian sulit akan berbau busuk meskipun dah di tonyoh Daia mahupun Sunquick. Ini kerana darah busuk lagi berbau ini masih melekat atau tersangkut seperti ketulan kecil atau besar di dalam lapisan tisu rahim.
Sekiranya berlarutan di dalam tempoh berpantang, darah busuk ini akan menyebabkan beberapa simptom berikut:
  • Sakit kepala (migraine) yang sangat2 kuat
  • Kemurungan
  • MEROYAN (baby blues / mother’s blues)
Dari segi perubatan Islam, keadaan badan ibu yang lemah ketika berpantang dan juga keadaan ibu yang kotor dengan darah nifas menyebabkan ibu berada di dalam keadaan fragile dengan anasir-anasir halus seperti syaitan laknatullah. Sebab itu ibu ketika berpantang, dilarang keluar berjalan-jalan di luar rumah, terutamanya ketika waktu maghrib.
Ini kerana ibu-ibu akan mudah mendengar bisikan-bisikan halus yang mendorong mereka melakukan perbuatan diluar jangkaan manusia. Kita tidak boleh menafikan fakta ini kerana sudah banyak kes dimana ibu-ibu dalam pantang cuba mencederakan diri mereka sendiri dan juga ada sehingga ketahap membunuh bayi mereka tanpa sedar.
Mari kita kupas lebih lanjut tentang Gila Meroyan. Gila meroyan ada beberapa jenis iaitu:-
1. Meroyan Api
a. Ibu jadi bengis, garang, cepat marah sehingga ketahap menjerit0jerit dan boleh lupa diri.
b. Kemarahan adalah melampau sehingga kadang-kadang menghempas atau membaling anak sendiri (macam pernah dengar je kan kes ni baru2 ni)
2. Meroyan Kentung
a. Ibu jadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa.
b. Adakala kelihatan seperti budak bodoh, sehingga jika berlarutan tidak boleh membezakan antara bantal dan anak. Didodoi la si bantal sedangkan anak dok meraung2.
3. Meroyan Urat
a. Ibu mengalami keteganganh urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot
4. Meroyan Lendir
a. Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar, dan keguguran rambut serta badan menjadi susut.
5. Meroyan Tinggal
a. Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri atau mengambil peluang untuk lari dari rumah.
b. Ada juga yang tak mahu pandang, susukan atau dukung bayi sendiri
c. Ibu akan sering tertawa, mengilai ataupun tidak mengenali suami sendiri
6. Meroyan Bulu
a. Ibu sentiasa berasa seram sejuk, bulu roma dok standing 24 hours, dan kadang kala menggeletar kesejukan sehingga tahap kancing gigi
b. Kadang kelihatan seperti tersampuk.
7. Meroyan Kulit
a. Ibu berasa gatal satu badan dan tergaru-garu

Kaedah rawatan Meroyan.
1. Dari sudut Islam:
  • Mandi air yang telah dijampi dengan bacaan2 berikut:
· Al-Fatihah 7x
· Selawat Nabi 100x
· Al-Ikhlas 33x
· Selawat al-Aqashah 7x
· Doa Haikal sepenuhnya dan ayat yang terakhir diulang sebanyak 7x
  • Jika pesakit tenat- mandi 44 hari
  • Jika penyakit ringan – mandi 7 hari
  • Jika ibu bersalin rasa kurang selesa atau seram sejuk – cukup mandi 3 hari
Ikhsan Ensiklopedia Perbidanan Melayu
2.
    Dari perubatan NR:
- Minum air akar herbanika pekat2 sebanyak yang boleh dan amalkan makan phyto natal sehingga hari ke-100.
- Sentiasa pastikan badan ibu dalam keadaan panas.

Selain itu, ibu diminta selalu mengingati Allah. Sentiasa berselawat. Dan kaum keluarga terutamanya suami harus faham akan keadaan isteri yang diserang meroyan. Suami diminta banyak bersabar dan tidak jemu memberi semangat kepada isteri.
Kedengaran sungguh ironik akan penyakit ini, tetapi dengan arus pemodenan, ia dianggap mitos sedangkan dari segi saintifik, ia terbukti wujud. Oleh itu, ibu-ibu yang sedang berpantang…tolonglah dengar pesanan orang tua meskipun kedengaran agak lucu dan kolot. Untuk ibu-ibu yang akan berpantang, perbanyakkanlah ilmu tentang aturcara berpantang sebelum menempuh tempoh 44 hari ini. Dan kepada suami, perisaikan rumah dan keluarga sentiasa dengan ayat suci Al-Quran dan pastikan anda tidak membebankan isteri ketika mereka berpantang.

Harap post Ice kali ini dapat membantu bagi mereka yang mencari mitos dalam realiti…
Salam sayang buat pembaca, moga kalian sentiasa dilindungi-Nya



Wednesday, October 5, 2011

Jangan pandang enteng berpantang untuk keguguran.

Salam sayang dari Ice....

Memang setiap yang terjadi dimuka bumi ini telah direncanakan dengan sebaik-baiknya oleh Allah S.W.T. Termasuklah dengan apa yang terjadi pada Ice baru-baru ini. Keguguran anak ke-3 merupakan satu tamparan perit buat Ice. Dimana silapnya. Apa puncanya. Segalanya seperti satu tanda soal yang benar-benar membebankan.














Tiba-tiba terdetik hati kerana anak yang keguguran ini anak ke tiga. Bagaimana pula dengan wanita yang keguguran anak pertama. Atau wanita yang mengalami gugur badai atau istilahnya gugur berulang.

Menyelusuri sejarah ingatan, teringat akan peristiwa kakak angkat Ice yang gugur 5 kali sebelum dia mendapat anak kembarnya sekarang. Betapa peritnya hati. Betapa pedihnya jiwa. Bukan mudah menerima kenyataan, harapan yang ditanam dari awal kelahiran...tidak menjadi...harapan itu hanya tinggal harapan.

Tetapi dalam kekalutan emosi, Ice terus mendapatkan khidmat nasihat dari Pusat Pertubatan NR di TTDI tentang penjagaan rapi untuk orang di dalam pantang keguguran dan feedback yang Ice terima sungguh MENAKUTKAN:

" Berpantang untuk wanita yang keguguran adalah lebih serius dari berpantang untuk wanita yang bersalin normal, hatta bersalin pembedahan. Sebab keguguran itu diibaratkan seperti buah mangga muda yang belum masak, direntap dari dahan. Manakala bersalin adalah seperti proses dimana buah mangga masak itu gugurnya secara sendiri."
Korang suka makan mangga muda kan...cuba kalau korang rentap mangga muda ni...best kan...? tapi cuba korang bayangkan yg korang rentap tu adalah janin yang keguguran dan yang tangkai dan pohon ituadalah rahim kita. Sakit tak?

Ketika sedang duduk di serambi rumah, Ice mendapat panggilan dari ummi. iaitu ibu angkat yang megamalkan ilmu perbidanan melayu di selatan tanah air. Beliau memberikan beberapa nasihat kepada Ice untuk berpantang

Dan jawapannya adalah:

1. Ibu keguguran tidak boleh bersejuk. Berkipas atau ber air-con adalah pantang yang besar. Sentiasa memastikan badan dalam keadaan panas.

2. Ibu keguguran tidak boleh terkena hujan hatta sepercik. Kerana air hujan ini bisa untuk ibu keguguran dan boleh meyebabkan bentan. Bentan urat dimana hujung lutut akan bertemu hujung dagu dan ibu akan menggigil kesejukan walaupun sudah diselimuti berpuluh selimut tebal.

3. Ibu keguguran dilarang bejimak dengan suami dalam tempoh tertentu. jika usia janin ada 3 bulan ke bawah, maka pantang suami HARUS 30 hari. Jika janin berusia 3 bulan ke atas, eloklah berpantang suami selama 44 hari.

4. Jika usia janin yang gugur melebihi 3 bulan, maka di haruskan ibu berpantang itu berpantang seakan-akan orang yang bersalin, malahan lebih tertib lagi. Tidak digalakkan kerap bergerak untuk mengelakkan tumpah darah dan pitam. Yang terbaik dilarang keluar dari rumah selama 44 hari berpantang.

5. Pantang makan untuk keguguran:
  • Makanan Berangin- Ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.
  • Makan Sejuk serta Menjalar - Labu, Kangkung, Kacang Panjang, Timun
  • Buahan-buahan sejuk - Semua buah tempatan
  • Ikan berbisa: ikan berduri, terubuk, bawak hitam, sardin, pari
  • Dan segala makanan laut
So, hanya 5 benda ini dipesankan oleh ummi. Bila Ice tanya, kalau kita main-main time berpantang keguguran ni macam mana ummi? Beliau pun menjawab

Wanita yang tidak menjaga dirinya ketika berpantang keguguran, dia akan:
  • Tua wajahnya sebelum usia
  • Lemah tenaga syahwatnya yang menyebabkan kedinginan untuk bersama dengan suami
  • Susah untuk mengandung lagi
  • Banyak masalah peranakkan seperti tiba-tiba ada ketumbuhan dalam rahim seperti cyst, fibroid dan juga kanser(untk tahap yang kronik)
  • Akan mudah gugur lagi
  • Senang terkena meroyan yang akan terbawa-bawa hingga mencederakan anak sendiri.
  • Emosi yang tak stabil. Ni merujuk pada kes wanita yang kepala angin. Sekejap gelak. Sekejap nangios. Sekejap marah.
  • Mudah letih
  • Badan senang lenguh2. -lutut, tumit,pinggang, ari-ari.
Bila dilihat pada kesan nya, Ice rasa adalah lebih baik jaga untuk 30 hari dari merana 30 tahun yang akan datang. Apa kata anda?

Tuesday, October 4, 2011

Kurus dengan NR...Caranya ada... Antara nak ikut atau tak...


Yang mana satu pilihan hati?
Sebagaimana straight forwardnya tajuk untuk blog post Ice malam ni, begitu jugalah niat Ice. Malas dah ni nak belapis-lapis. bertapis-tapis. Last2 kena cop ngan customer Ice tak ikhlas nak share rahsia untuk kurus.

Macam ni lah, Ice akan bentangkan fakta dan fatwa tentang kurus dan sihat...diulangi... KURUS DAN SIHAT.....dengan herba pujaan hati ice ni iaitu NR atau Nona Roguy. Tiada selindung. Tiada propaganda. Tiada musuh dalam selimut (apa aku merepek ni...)

Ok. Ramai tanya macam mana Ice maintain walaupun anak dah dua. Pastu senang lak tu lekat walaupun badan kurus (ni fakta mana diorg amik tah...ada ke cakap org kurus ni mandul...walawey!!!)

So Ice akan terangkan all out, macam mana yang nak kurus cara NR. Tapi kalau nak badan macam Ice (ni bukan kes perasan kay), kenalah tiru DISIPLIN DAN KEYAKINAN Ice terhadap produk NR ni.

Secara logik, nak kurus dengan herba ni memang lama jangka masa dia ambil. Kalau nak cepat meh datang Blessed Beuaty, ice tolong injectkan steroid,. Minggu depan kompem kerempeng.

Pastu dok cakap pegi slimming program lagi bagus and cepat dari NR. Betul la tu.... Ni kalau yang ada duit berkopak, tak pun kawin ngan laki yang ada taik idung emas boleh la, dok tala badan kat slimming centre. Buat lambung bill credit card je. Pastu bila stop slimming program, badan menembun balik.

One of the main treatment at slimming centre

Takkan korang dah bercucu, disebabkan maintain punya pasal, sanggup suruh cucu tolak kerusi roda korang g slimming centre. Aiyoyoyo...Common Sense girl...All about common sense..!!

And the bab beli corset... Fine. ice ada kawan yang business jual corset. X salah per. Even cara rawatan NR pun menggalakkan sesiapa yang nak kurus pakai Krim Syifa pastu pakai hot pants atau girdle. Tapi bila dah kes manjang nak camouflage ngan one layer of shirt sampai bila2...it does not make sense.

Corset-perlu relevan dalam penggunaan untuk kurus. Sampai bila?

But Ice memang rekemen kawan2 yang ada duit, kalau nak go for corset, go and get the good one macam Crony/Elken/Beautiful. But sampai bila harus pakai baju ni. Nak make love nanti kena buka tak? So still sama kan effect dia hanya untuk short term.

But if you consume something "internal" and you perkukuhkan dengan "external" such as Grade A corset+balance diet and physical exercise, your body will be in in Grade A shape and your features memang meletup.

Active physical exercise.

Healthy and balance diet is a MUST!!!

Ice tak boleh cakap yang Ice purrfect. Kulit Ice masih ada uneven tone. My physical condition memang cepat penat coz takde exercise. And tak lupa jugak bisikan maut "eleh kurus sampai xde tetek and bontot". Ok Fine...We cant have perfect figure. But we can have the best figure with perfect health, right?

In other words, those yang nak betul2 kurus, I can help you.

But only if you have the right attitude
and
if you have damn good discipline
and
if you have high determination
to


So selepas baca luahan hati ini....sesiapa yang nak proceed sila klik sini ----->>> LETS CHANGE..!!!
Kalau tak suker, tutup browser ni. Ice dah xde cara dah nak tolong korang. Harap maafkan Ice. I've tried my best.

Adios, guys....
(mmg malam ni mood aku nak cari gangster)