Thursday, July 11, 2013

Bentan...Boleh berpanjangan.

Pernahkah anda cepat merasa seram sejuk selepas habis tempoh berpantang? Masuk je dalam pusat beli belah, bulu tangan dah berdiri sebab kesejukan. 


Di pelipat lengan dan peha seakan dicucuk-cucuk. Pergelangan tangan dan kaki tiba-tiba lenguh. Kesakitan ataupun ketidak selesaan ini menyebabkan anda terpaksa berlari keluar dari tempat yang sejuk....sehingga ada yang tidak mampu menahan sejuknya penghawa dingin di kenderaan sendiri.


Sakit menyucuk diseluruh sendi apabila terdeah pada cuaca sejuk yang tak tertanggung oleh individu.
Ataupun, meskipun selepas beberapa bulan bersalin, kesakitan di ari-ari terasa makin menyucuk sehingga mengganggu pergerakan. Setiap kali selepas disengkak bidan....lega sungguh rasanya. Tetapi tak lama selepas itu, rasa berat kembali di ari-ari, dengan sakit belakang yang tidak tertanggung.
Sakit pinggang boleh juga disebabkan oleh kesilapan ketika prosedur Epidural, tetapi bagi yang tidak berjaga lebih ketika pantang, sakit pinggang mudah terasa apabila hamil semula.

Ada juga yang mudah benar terkena demam meskipun dahulu ketika anak dara, setakat mandi hujan ala-ala hindustan dengan pasangan, masih sihat walafiat. Tak kurang juga sakit migrain yang tiba-tiba menyerang, sehingga selalu mengambil cuti sakit.
Antibodi wanita mudah lemah jika tidak dijaga dengan betul ketika berpantang.

Perhatikan diri anda sebelum dan selepas bersalin.

Adakah keadaan anda selepas bersalin lebih elok atau makin teruk?

Dimana silapnya?

Bentan....boleh berpanjangan. Sama seperti meroyan dimana Ice pernah mengurut seorang makcik yang bergantung kepada ubat sakit jiwa selama 20tahun selepas melahirkan anak bongsu beliau. Bentan bukan terjadi serta-merta. Ini bergantung kepada tahap ketahanan badan wanita itu sendiri. LAin orang...lain akibatnya..

Rasa sakit yang menyucuk2 itu boleh diklasifikasikan seperti sakit radang sendi atau Arthiritis akibat ibu yang rajin bermain air dan bersejuk ketika dalam pantang.  Sakit di ari-ari kemungkinan rahim yang sentiasa jatuh disebabkan ketika berpantang rajin sungguh mengangkat benda-benda berat, atau terlalu lasak, atau yang paling selalu dibuat...mendukung anak yg besar. Bab demam itu berkemungkinan sakit urat. Urat yang tenat ketika bersalin, di gunakan secara extreme pula ketika pantang. Atau migrain yang menyerang disebabkan menggunakan otat mata terlalu banyak ketika pantang. Online FB, berblog, membaca novel (ingat cuti2 malaysia agaknya), tak pun menonton drama korea bersiri-siri.
Rheumatoid Arthiritis

Saya tak katakan semua orang yang benar-benar berpantang akan benar-benar sihat...kerana kesakitan selepas bersalin boleh dipengaruhi oleh banyak perkara...tetapi orang yang berlebih pantang, insyalah akan menjadi wanita yang lebih sihat dan ceria dari wanita yang tidak menjaga diri ketika berpantang

Tetapi yang pasti...
Hanya jauhari mengenal manikam...
Hanya yang dah terkena boleh mengangguk benar....












Homework mencari Mak Bidan atau Confinement Lady




Jika ingin memilih mak bidan atau confinement lady (CL) ketika dalam pantang, pastikan anda berbincang dengan ahli keluarga anda (ibu, nenek, suami, kakak atau sesiapa shj yang akan menjaga anda ketika pantang) terlebih dahulu. Pastikan mereka bersetuju dengan individu yang dipilih.

Ini kerana...sekali anda sudah menyerahkan badan anda kepada mak bidan/CL ini, adalah tidak wajar jika anda tidak mengikut segala peraturan dan kata-kata mereka. Ini kerana mak bidan/CL ini ada cara tersendiri untuk merawat anda ketika dalam pantang. Campur tangan dari pihak ketiga akan merumitkan keadaan.

In Laws vs Out laws?

Jika ketika dalam proses rawatan, terlalu banyak campur tangan...siapa yang benar2 akan mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada anda? Contohnya seperti bentan, tumpah darah, pitam, etc.

Ini kerana, selain merawat...kami juga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesihatan anda selama anda di dalam jagaan kami.

Maka, anda sebagai pelanggan perlu bijak dan cerdik dalam memilih mak bidan/CL anda. Kenali mereka. Ambil tahu kelebihan mereka dari kenalan. Jika ada sebarang kemusykilan, jangan tunggu selepas bersalin baru bertanya. Bertanya pelbagai soalan untuk menilai sejauh mana mak bidan/CL tersebut tahu apa yang dia lakukan. Kerana lain mak bidan/CL lain kepakaran mereka. Pastikan anda benar2 selesa dan yakin, barulah membuat keputusan.Kerana itu hak anda.

Wahai ibu2... menurut biarlah berakal.
Bak kata ibu Ice... dah jadi ibu kenalah cerdik. jangn maaaanjang tak tahu.

 



Wednesday, July 10, 2013

Berkipas...Beraircond... Bantutkan pengeluaran susu?


Opss...terover suda.....hehehe
Salah satu sebab mengapa susu susah keluar ketika pantang adalah kerana lifestyle ibu berpantang yang suka ber"sejuk". Jika kipas dipusing No.3 atau ditala kemuka ibu, mahupun ber air cond 24 jam...ia menganggu gugat kesihatan urat. Urat akan menjadi "kecut" dan susu ibu yang mengalir melalui urat akan mengalami kesukaran untuk keluar. Tak percaya? Cuba berpanas.

Sebab pesan uwan Ice... Air susu yang keluar ikut banyaknya peluh kita yang menitik masa pantang.

Sebab itu ibu-ibu digalakkan BERPELUH. Berpeluh juga membantu anda cepat kurus dan sihat.

Dan bila orang tanya kalau Ice panas dalam pantang Ice buat apa?
Ibu just bagi kipas tangan hokey....
Tgk makcik ni....sihat je tangan dia berkipas tangan...Happy sungguh dia.... :p

Tapi tgk juga keadaan sekeliling. Ada customer Ice tinggal dikawasan kondo 20 tingkat. So udara di atas sana sangat2 tercemar. Nak tak nak kena pakai air cond. Atau masalah jerebu yang baru0baru ini melanda negara kita.... Adalah berbahaya biarkan ibu terperap dalam bilik tanpa peredaran udara yang sihat.

Jerebu atau pencemaran udara memerlukan kita mendapat perudaraan yg sihat di dalam rumah
Berkipas dan ber air-con tak salah...tetapi janganlah sampai terlalu kuat. Tetapi bagi Ice....lebih elok berkipas dari ber air cond. ;)

Tuesday, March 20, 2012

Ketumbuhan dalam rahim. Pembedah vs Herba.



ketikketokMar 9, 2012 01:22 AM
"Jika anda telah disahkan oleh klinik mempunyai fibroid, cyst dan dinasihatkan membuat pembedahan, atau sakit berlebihan ketika haid..makanlah SALAMON selama 1-2 minggu. Selepas itu buatlah pemeriksaan semula di klinik."

Salam,
Saranan di atas diperolehi dari ruang komen blogpost ice untuk tajuk

"Bertangas... Mantapkan "tiang seri", tajamkan "gigi" dan kembalikan "kegadisan""

Ice tertarik untuk mengupas dengan lebih lanjut saranan yang diberikan oleh ketikketok ini. Dan pandangan Ice ini bukan untuk menyangkal segala saranan beliau. Kerana Ice percaya, opinion is neither wrong nor right. :)
Yang pertama, kita perlu sedar dan tahu bahawa segala ketumbuhan dalaman terutama yang wujud dari rahim wanita berpunca dari sumber darah yang kotor. Semua sedia maklum, darah kotor di sini adalah sama ada dari darah individu yang tidak rajin didetox (dengan kaedah membuang air besar hari2), tau lebihan darah haid yang tidak habis keluar, mahupun darah nifas yang masih berbaki dalam rahim.

Adakah anda lawas?
Kedua, selain dari proses pembuangan air besar, kita juga perlu pastikan darah kotor wanita habis keluar. Disebabkan itulah disarankan agar wanita2 supaya rajin mengamalkan rawatan tangas yang sangat mudah. Caranya sudah tertulis DI SINI.

Berapa yakinkah anda darah bulanan dan nifas anda sudah habis dikeluarkan dari rahim anda?

Ketiga, melalui prosedur pembedahan semata-mata tidak banyak membantu menyelesaikan masalah ketumbuhan ini. Ini kerana, di dalam proses pembedahan, hanya "batang kayu", "daun" dan "ranting" sahaja yang dicantas. Tetapi "akar" nya masih ada. Jadi dengan proses pembedahan ini, ia hanya MENGURANGKAN masalah, bukan MENGHILANGKAN masalah. Ice tahu kerana Ibu Ice mengalami Endometrisis selama 10 tahun. Untuk baca kisah beliau, sila KLIK SINI. Selagi "akar" atau darah yang menjadi sumber makanan segala ketumbuhan ini tidak dirawat, dibersihkan dan dicuci, maka akan tumbuhlah lagi ketumbuhan2 ini. Namanya pun ketumbuhan kan.....

Untuk membunuh sebtang pokok, perlu dibuang akarnya, bukan hanya batangnya.
Keempat, selalunya dengan prosedur membuang ketumbuhan ini, doktor akan lakukan hanya beberapa kali sebelum memberi kata putus untuk BUANG RAHIM! Apa namanya wanita kalau tiada rahim?

Rahim. Kelebihan wanita daripada lelaki. Anugerah Allah yang tidak boleh kita sia-siakan. Jangan mengalah sebelum berjuang.
Jadi sebelum suka2 menadah diri pada pisau pembedahan, tak salah melakukan konsep rawatan secara tradisional. Amalkan makan herba yang membantu melawaskan pembuangan air besar seperti NR dan dari luaran, kita rajin buat tangas kering.
Jangan terlalu mudah menyerah diri di atas meja pembedahan. Dari tanah kita dijadikan, dari tanah juga Allah telah sediakan sumber ubat untuk tubuh badan kita.
Renung-renungkan.....

Tuesday, December 13, 2011

Punca-Punca Ketidaksuburan



"Salam Kak Ice. Saya nak tanyalah.... saya dan hubby dah usaha pelbagai cara untuk mendapatkan baby. Sekarang usia perkahwinan kami nak menjejak 5 tahun. Saya dan hubby dah pg check dengan doctor, dan doc cakap hormon saya tak stabil. Tapi memang pun period saya tak teratur. Boleh akak advisekan apa yang perlu saya buat tak?"


Salam sayang dan terima kasih kepada yang bertanya. Semua pasangan menginginkan cahaya mata sebagai pelengkap sebuah keluarga. Tetapi tidak semua bernasib baik. Tetapi setiap masalah Insyallah ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, hari ni Ice nak kupas satu persatu tentang masalah KETIDAKSUBURAN.

First, mari kita lihat punca-punca yang menyebabkan ketidaksuburan kepada wanita:


1. Imbalance Hormones (Ketidakseimbangan hormon)
Ketidakseimbangan hormon boleh berlaku kepada mereka yang menghidap angin Meroyan. Oleh itu adalah penting wanita yang berpantang menjaga taurcara pantang mereka supaya mudah untuk mereka mengandung kembali.
  • Simptom - Haid tidak teratur (kejap banyak, kejap sikit, kejap lama, kejap sekejap...) lalu effect pada pusingan ovulasi kewanitaan itu sendiri, badan rasa panas tak menentu, mudah naik angin, kekeringan pada rahim, rambut mendadak gugur, jerawat yang kronik (sampai keluar nanah2 warna kuning), kadang2 boleh sebabkan kegemukan dan kadang2 boleh sebabkan kurus yang terlalu extreme.


2. Period Cramp (Senggugut...bukan sensungut yer...)
Kesakitan senggugut yang melampau perlu dipandang serius.
  • Simptom - Kesakitan pada bahagian ari-ari yang melampau ketika datang haid. Dipercayai kerana ketulan darah haid yang tidak lawas dan tersumbat di laluan keluar darah haid. Ada juga mengalami senggugut bangkai dimana darah senggugut yang keluar berbau bangkai.


3. Obesity (Kegemukan terlampau)
Obessiti, salah satu punca ketidaksuburan yang semakin lazim terjadi sekarang. Oleh itu adalah penting untuk wanita menjaga keadaan tubuh badan mereka.
  • Simptom - Bila BMI melebihi kiraan 30. Lemak yang berlebihan dan tebal akan mengganggu perjalanan haid dengan teratur.




4. Pressure (Tekanan dan Stress)
Stress atau tekanan berlebihan mampu mengganggu sistem badan wanita
  • Tekanan dan stress yang berlebihan boleh mengacau hormon kewanitaan kita. Sebab itu pentingnya wanita berada di dalam keadaan yang tenang. So yang nak conceive tu, rajin2 sembahyang wajib dan sunat. Hanya cara tu sahaja kita boleh merasa tenang.


5. Penyakit Puan seperti:
  • Endometriosis - Ibu Ice sendiri mengalami Endo seama 10 tahun selepas kelahiran Ice sebab beliau memang tak pantang masa lahirkan Ice. Ikuti pengalaman beliau DI SINI. Ia adalah situasi dimana pembentukan gumpalan tisu yang mirip selaput rahim yang merebak dan melekat pada bahagian rahim serta bahagian usus besar.

Endometriosis

  • Polip - penonjolan yg berlebihan dari lapisan rahim (mukosa) atau mulut rahim
Polips
  • Sista Ovari - Atau ovarian cyst adalah ketumbuhan dalam ovari

Cyst - Ketumbuhan dalam rahim

  • Tiub Fallopia tersumbat
  • Tiroid Kronik
  • Kadar hormon estrogen yang tinggi

Jika anda mempunyai salah satu simptom di atas, di nasihatkan supaya anda pergi mendapatkan khidmat nasihat pakar. Di lain post, Ice akan ceritakan bagaimana NR membantu wanita yang ingin hamil. Wassalam.....