Thursday, October 5, 2017

Silap sengkak, rahim rosak

Hasil carian imej untuk beautiful uterus drawing
Sengkak.

Adalah istiadat urutan yang hanya wujud dalam Perbidanan Melayu.

Tidak terdapat dimana-mana urutan seluruh dunia.

Istiadat sengkak ini, ada turutannya. Ada tertibnya. Silap sengkak, rahim ibu selepas bersalin boleh rosak mahupun cacat.




Amalan sengkak adalah memasukkan keseluruhan rahim ke dalam sarangnya, iaitu diantara tulang pelvik. Kerana selalunya, selepas bersalin rahim wanita yang diteran ketika proses kelahiran akan melorot turun.


Akan tetapi perlu diingatkan. Kondisi rahim selepas bersalin selalunya masih membengkak dan lemah. (sila rujuk gambarajah di bawah)


Beza antara rahim selepas melahirkan anak dengan saiz rahim selepas 6 minggu melahirkan anak

Sedangkan bahagian yang menempatkan rahim di celah tulang pelvis hanyalah sebesar buah pear. Dan apabila rahim yang masih membengkak sebesar buah betik masak diasak-asak, ditolak-tolak untuk masuk ke "sarang"nya, maka berlakulah kecacatan pada rahim.


Kedudukan rahim di dalam tulang pelvik wanita


Istiadat sengkak yang melulu sebegini mampu mengakibatkan ibu tumpah darah, darah nifas terhenti dan yang lebih teruk adalah kecacatan rahim di mana rahim akan terdongak atau menunduk lalu menyukarkan si ibu untuk hamil dikemudian hari


posisi uterus yang tidak normal (ehsan Huffpost UK)



Kerana itu rahim perlu dirawat secara berperingkat sepanjang tempoh berpantang. Tidak boleh disengkak secara semberono.


Pada awal-awal waktu berpantang, bidan akan melebihkan rawatan pada rahim dengan amalan sapuan ubat barut dan pemakaian bengkung untuk menampung rahim yang lemah itu agar rasa selesa. 

Tuaman dilakukan agar rahim mengecut dengan rapi selepas bersalin.

Kemudian teknik urutan pada kawasan ari-ari lebih lembut dengan teknik memujuk rahim. Ia adalah teknik yang sangat-sangat berbeza dari sengkak. 

Teknik pujuk rahim ini lebih menfokuskan pada bahagian otot dan urat-urat sekitar rahim dimana ia kan diusap dan di pujuk dengan lembut untuk mengurangkan rasa tenat dan senak selepas bersalin.

Untuk ibu bersalin secara pembedahn seperti Kak Ice, tak perlu risau jika tidak dapat melakukan rawatan pujuk rahim dan sengkak rahim. Ini kerana proses bersalin secara pembedahan  tidak menggunakan proses meneran yang extreme ketika melahirkan anak.

Sebab itu orang bersalin secara pembedahan tak perlu disengkak sebenarnya. 

Akan tetapi dengan keadaan zaman sekarang dimana anak-anak muda yang tidak berpantang dan suka berlasak-lasak selepas bersalin membuatkan si ibu mudah mendapat simptom jatuh peranakan meskipun baru selepas 3 bulan dibedah.

Sedangkan Kak Ice sendiri lepas anak dah 2 tahun, baru minta suami sengkakkan sebab tiba-tiba rasa berat di ari-ari dan kencing tidak lawas 9simptom jatuh peranakan).

Dan bagi ibu yang berpantang dengan tertib diikuti dengan amalan ubat herba yang berkesan, silap haribulan rahim anda mengecut dengan elok dan akan "merangkak"sendiri masuk ke "sarang"nya.





Disebabkan itulah, guru kak Ice selalu berpesan, amalan sengkak peranakan ni bukanlah WAJIB dilakukan setiap kali selepas urutan bersalin. Bidan kena pandai menilik keadaan rahim sebelum mebuat keputusan samada rahim si ibu perlu atau tidak disengkak.

Bila didapati rahim sudah mengeram di dalam sarangnya, sengkak tidak perlu dilakukan.

Ini hanya berlaku kepada wanita yang benar-benar menjaga tatatertib aturan berpantang.




Ilmu perkongsian
Buku Adab Dalam Pantang Bersalin, Sh. Anisah Barakbah
Ensiklopedia Perbidanan Melayu , Sh. Anisah barakbah
Intipati perkongsian dari kelas yang dianjurkan oleh Datin Sh. Anisah Barakbah. 



Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana2 pihak copy paste mana2 status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan.


Blessed Beauty menawarkan Pakej berpantang untuk sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Kami merupakan Agensi NR (Nona Roguy) berdaftar.

Untuk Pertanyaan servis dan jualan produk NR, sila hubungi 012-7225184

Wednesday, September 27, 2017

Ruginya Banyak Minum Air Kosong Selepas Bersalin

Foto Siti Aishah.
Air kosong sebaiknya digantikan dengan air rebusan herba, chicken broth, jus-jus buah dan juga sirap




Faham secara terang
Bukan tuduh secara melulu.


Ketika hamil, water retention atau kegemukan air akan berlaku pada setiap ibu. 25% berat badan ibu adalah disebankan gemuk air.
Allah jadikan air lebihan dalam badan ini utk melembutkan otot2 dan tisu2 ibu utk mengembang.
Lengan, bontot, peha dan perut mesti kena mengembang. Ini semua proses nak mudahkan bersalin.
Sbb tu kita tgk ramai ibu hamil boyak ketika hamil.
Dan bila tamat tempoh bersalin, lebihan air ini terperangkap dalam tubuh ibu.
Salah satu cara bidan2 lama nak kurangkan atau eliminate terus gemuk air ni, mereka akan suruh ibu itu amalkan air rebusan herba dari halia tua, jintan hitam, serai, halba dan daun pandan.
Kalau air rebusan ni, takde catu2. Blh minum 1 tempayan kalau nak.
So tak valid kalau orang kata cara pantang Melayu Lama tak boleh banyak2 minum air.

Foto Siti Aishah.
Ramai pengamal air kosong mengalami kulit bdan dan perut yang menggeleber

So yang bidan2 lama tak bagi amalkan ialah air kosong atau air masak.
Sebab amalan air masak yang berlebihan boleh akibatkan gemuk air tu susah nak dikeluarkan. End up badan ibu masih boyak selepas bersalin.
Sebab tu kita tgk pengamal air kosong ni....even badan dah kurus balik lepas pantang tapi kulit menggeleber.
Selain itu, amalan air kosong yang banyak boleh menyebabkan faraj ibu berair...so ibu mudah kena lelehan sulit lepas pantang.
Habis je pantang, dok pakai pantyliner. Sedangkan masa anak dara dulu takde macam tu....
Sbb tu pantang air amalan Pantang Melayu adalah air kosong je....
Ibu blh amlkan kopi, air rebusan herba, jus2 buah, air sirap pandan, sup ayam, etc2.
Benda2 ni insyallah tak memudaratkan badan.

Lelehan sulit mengakibatkan wanita terpaksa bergantung kepada pantyliner seumur hidup

Bila ramai yang cakap apa masalahnya kalau faraj berlecak dari amalan air kosong?
Masalah pertama, tak selesalah. Kalau bawah tu berhingus je.
Masalah kedua, faraj wanita ada tahap kelembapan yang sesuai. Faraj yang sihat hanya basah di dalam. Tidak meleleh keluar. Jika faraj terlalu berlecak, akan mengakibatkan mudah terkena jangkitan bakteria. Lalu mengakibatkan infeksi pada kawasan pangkal servik.
Bahaya tak bahaya jugaklah.. kalau infeksi merebak dan berlarutan, ia boleh mengakibatkan hakisan mulut rahim utk jangka masa panjang.
Masalah ketiga, maruah dengan suami. Isteri yang berlecak akan mengakibatkan slauran faraj longgar dan bising ketika bersama.
So....celah mana korang nak kata setakat basah tu normal?
Orang lain elok lembapnya.....awak sorang berhingus srott srett kat bawah

Foto Siti Aishah.
Pantau kepekatan / kejernihan air kencing anda untuk mengetahui sama anda dehidrasi atau tidak

Ada yang mempertikaikan, jika tak minum air kosong 2 litre dalam pantang....tak ke nanti kencing jadi kotor sbb dehidrasi? Mana nak cukup susu badan? Tak keringkah tekak sebab panas?
Khasiat herba yang saya kongsikan pada part 1 tadi
Halia
Jintan
Halba
Serai
Pandan
Semua mempunyai khasiat sebagai pelawas air kencing, mencuci buah pinggang dan pundi kencing, mengeluarkan lebihan air dari dalam tubuh, meningkatkan pengeluaran susu ibu
Pengamal air herba kencingnya jernih. Dan banyak. Menunjukkan proses cuci pundi kencing dan buah pinggang tidak terjejas.
Bagaimana saya tahu?
Saya amalkannya sepanjang 3 kali berpantang czer.
.
Pengamal air herba susunya meriah.
Bagaimana saya tahu?
7 tahun membantu ibu2 berpantang, inilah perkongsian mereka. Dah ramai yg share bagaiman amalan air yang sesuai dalam pantang membantu pengeluaran susu badan yang banyak dan pekat.
.
Pengamal air herba tidak akan rasa panas.
Bagaimana saya tahu.
Sebab saya tahu bezakan antara herba dan jamu. Dan saya tahu herba akan membantu jika SUKATANNYA direneh dengan betul.
.
Anda tahu?
Hanya yg pernah amalkan shj tahu khasiatnya.
Yang tak pernah berpantang cara yang betul....op cozz la tak tahu.
.
Sama juga jika ibu tu amalkan air kosong. Dia hanya cukupkan bilangan air dalam tubuh. Tetapi ada side effect. Perut boyak. Faraj lecak. Kulit menggeleber. Susu biasa2 je.
So kenapa nak fokus dpt 1 kebaikan kalau blh dibuat secara serampang 2 mata?
Sebabbbb.....
Yang dia tahu.....
Orang kata....
Orang kata.....
Orang kata.......
Hadap orang kata...
Diri sendiri binasa.
Try dulu kak cik......baru blh pertikaikan.
Ada benda blh pakai akal.
Ada benda kena cuba baru blh kecam.

Foto Siti Aishah.
Akar herbanika yang dibuat basahan tekak. nak minum 1 tempayan pun tak apa.

Ni contoh kepekatan air herba yg dibuat basahan tekak sepanjang hari. 2 jug itu dibuat cair sebegini.
Utk ubat....kita buat pekat. Hanya 1 mug sekali minum. 3 kali sehari.
So rasa2nya...dengan air yang hampir sejernih air kosong ni....adakah ia akan membuatkan ibu dehidrasi?
Eh...xyah pikirlah.
Cuba dulu baru tahu

Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana2 pihak copy paste mana2 status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan.

Blessed Beauty menawarkan Pakej berpantang untuk sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Kami merupakan Agensi NR (Nona Roguy) berdaftar.

Untuk Pertanyaan servis dan jualan produk NR, sila hubungi 012-7225184

Thursday, July 13, 2017

Cara Merawat Hidrosil/Hydrocele (cecair di dalam testis) Pada Bayi Dengan NR



Apa itu Hydrocele?
Hydrocele terdiri dari 2 perkataan,  “hydro” yang bererti air dan “cele” yang artinya kantung. Kantung air ini terletak di dalam kantung buah penyawa bahagian alat sulit lelaki dan berisi air dari rongga perut (bukan air dari usus ). 
Gejala yang dapat dilihat adalah pembesaran kantung zakar bayi(salah satu atau kedua-duanya). 


Bagaimana kantung ini terbentuk pada bayi? 
Ketika dalam kandungan ibu, pembentukan testis berlaku pada perut bayi. Sekitar 7 bulan, testis tersebut akan turun ke scrotum. Dan ruang antara scortum dan testis akan tertutup secara perlahan-lahan.
Tetapi, ada bayi yang tidak tertutup ruangnya itu. Maka air dari rongga perut bayi akan memenuhi ruang kantung buah penyawa bayi dan menyebabkan Hydrocele.
Cara rawatan NR untuk masalah Hydrocele pada bayi
1. Lakukan tuaman bunjut Halba, Jintan Hitam dan Sireh yang disalai pada bayi setiap kali selepas mandi. Lakukan rawatan tuaman ini 2 kali sehari.
2. Sapukan Minyak Berubat Herba NR pada bahagian alat sulit bayi setiap kali selepas tuaman dilakukan.
3. Sapu Krim Syifa NR pada alat sulit bayi setiap kali menukar lampin bayi.
4. Bayi yang menyusu badan ibu secara eksklusif:-
  • Ibu amalkan Akar Herbanika NR secara konsisten. 3-5 mug sehari
  • Ibu amalkan juga Madu Tenaga Segar yang tinggi kandungan habatus sauda yang membantu menguatkan sel-sel darah pada bayi yang menyusu badan
  • Ibu amalkan supplemen Mawar Segar NR yang membantu menguatkan organ-organ dalaman bayi melalui susu badan



Penghargaan:
Sh. Nadiah Barakbah, Konsultan NR
Sh. Anisah Barakbah, Pengasas NR

Blessed Beauty menawarkan Pakej berpantang untuk sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Kami merupakan Agensi NR (Nona Roguy) berdaftar.

Untuk Pertanyaan servis dan jualan produk NR, sila hubungi 012-7225184

Thursday, September 15, 2016

Kembung Perut dan Badan Berangin Selepas Tamat Pantang. Mana Silapnya?



Badan senang dimasuki angin selepas tempoh pantang betsalin ni banyak puncanya. Antaranya:

1. Kerap berlapar. Kadang2 ibu asyik fikir nak berdiet sampai menjadi kembung. Dan angin ni boleh transfer kepada bayi melalui susu ibu juga ya.

2. Kurang minum air di dalam pantang. Nak selamat, amalkan minum air herba. Utk elakkan masalah kewanitaan dikemudian hari

3. Pemakanan ibu masa dalam pantang. Jika anda jenis tak berpantang makan dan makan makanan jenis berangin. Pulut, nangka, cempedak, Kobis, kacang panjang, kangkung, terung, keledek, keladi, rebung, pucuk paku, kentang, kacang dal, labu, soya, asparagus, petai, tembikai, tembikai susu, nangka, cempedak, pisang, sukun, sengkuang.

Amalan soya buat ibu dalam pantang membuatkan ibu tmudah dihinggapi penyakit angin selepas bersalin.


4. Amalan minuman berangin seperti teh dan milo (sesetengah ibu mudah berangin denagn milo) dan juga soya

5. Amalan pemakanan nasi sejuk atau nasi yang dipanaskan banyak kali. Sama juga pemakanan laksa, bihun dan kuewteow di dalam pantang.

6. Amalan pemakanan lauk atau minuman yang tidak dipanaskan sepenuhnya (ada sisa2 sejuk)

7. Tidak memakai stokin.

8. Tidak memakai baju lengan panjang dan seluar panjang/kain batik yang menutup seluruh kaki.

Ibu asyik "berlenggeng" selepas bersalin mudah disampuk angin.

9. Tidak memakai param atau lulur dan juga berbengkung yang mengelakkan angin jahat dari masuk ke dalam badan ibu ketika tempoh berpantang.

10. Tak bertuam dan bersauna herba. Kedua2 rawatam ini sangat2 terbukti dapat membantu mengeluarkan lebihan angin dari tubuh ibu.

11. Mandi waktu hujan, senja dan malam ketika dalam pantang.

12. Rajin berkipas dan berair cond ketika dalam tempoh berpantang

13. Tidak lawas dan sembelit

14. Suka keluar rumah di waktu senja dan malam ketika dalam pantang.

15. Tidak amalkan pemakanan herba yang membantu mengeluarkan lebihan angin dari dalam badan ibu. Angin mudah memasuki badan ibu ketika waktu hamil. Dan kadang2 pemakanan ibu yang tidak sihat dan juga akibat kurang selera akibat loya mengakibatkan ibu hamil ini sangat2 mudah dimasuki angin.

Cara mencegah masalah angin di dalam badan ibu.

1. Kawal pemakanan sejak mengandung. Elakkan makan makanan berangin dan elakkan  berlapar 

Healthy food leads to healthy mom!

2. Pantau kelawasan pembuangan air besar. Makan makanan berserat dan herba yang melawaskan proses detoksifikasi.

3. Belajar cara dan aturan berpantang yang betul


Cara menrawat masalah angin  yang dihidapi selepas tamat tempoh berpantang

1. Amalkan Phyto Natal dan Akar Herbanika NR (Nona Roguy) mengikut sukatan yang sesuai dengan anda -------> konsultasi 012-722 5184

2. Bertuam dan bersauna. Amalkan sehari sekali dan kurangkan apabila badan semakin selesa

Ehsan Ensiklopedia Perbidanan Melayu

3. Sapu Minyak Herbanika NR setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur --------> pembelian 012-722 5184

4. Pantang balik makan dan minuman berangin. Kali ni lajak sehingga 6 bulan atau setahun ikut pada kondisi kesihatan badan. Once dah sihat, boleh makan semula makanan dan minuman2 yang dipantang tetapi dalam skala merasa dan besederhana.

5. Elakkan mandi malam dan minum ais.



-INI ILMU PERBIDANAN MELAYU LAMA
- SHARE JIKA BERMANAFAAT




Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana2 pihak copy paste mana2 status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Mana- mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan undang-undang. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan wanita. Terima kasih.



Blessed Beauty menawarkan Pakej berpantang untuk sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Kami merupakan Agensi NR (Nona Roguy) berdaftar.

Untuk Pertanyaan servis dan jualan produk NR, sila hubungi 012-7225184

Thursday, March 10, 2016

JENIS-JENIS MEROYAN

1. MEROYAN API
- ibu akan menjadi bengis, baran, cepat marah sampai ketahap menjerit- jerit dan lupa diri. (Ensiklopedia Perbidanan Melayu)
- ada keadaan di mana sang ibu memghempas dan membaling anak yang tidak berhenti menangis.
- saya pernah dihubungi seorang ibu yang kecewa dengan dirinya kerana sejak dia melahirkan anak, setiap kali dia memarahi suami, habis pinggan mangkuk pasu kacanya pecah dibaling meskipun hanya disebabkan perkara2 yang kecil. Contohnya; lupa angkat kain baju jemuran yang ditimpa hujan
- mudah naik tangan dan kaki terhadap anak2 kecil yang lain atas kesilapan yang kecil. Ibu yang sihat akan mampu bersabar meskipun anak2 buat perangai. Kalau marah pun marah yang tidak mencederakan. Sekadar marah mulut. Tetapi ibu yang meroyan, even anak buat benda sikit pun si ibu mudah mengamuk2 dan kadang2 buat benda yang mencederakan anak.
- mood swing yg ketara. Tengah bergelak suka, dan bila ada yang tidak berkenan boleh mendadak menengking orang dalam sekelip mata.
- perbezaan dari sifat anak dara atau sebelum bersalin sangat2 ketara. Dulu masa anak dara tak reti marah, sebelum bersalin sangat penyayang, akan tetapi lepas bersalin si ibu cepat melenting dan bengis.
- lebih ketara bila dalam keadaan haid kerana ketika haid hormon wanita banyak digunapakai.
- bila dalam keadaan meroyan si ibu jadi lupa diri. Bila dah reda dia tak ingat dia pernah marah atau pukul anak melainkan ada orang yg beritahu.





2. MEROYAN KENTUNG
- Ibu menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh sehingga berlarutan. Kadang2 mereka tidak dapat bezakan antara anak dengan bantal (Ehsan Ensiklopedia Perbidanan Melayu)
- Pengalaman saya, selepas kematian anak saya menjadi seperti bangkai bernyawa. Tidak mampu lelapkan mata teringatkan arwah.
Berjalan 24 jam sekeliling rumah bermula 10mlm sehingga subuh tanpa sedar.
Kadang2 sedang ketawa pun air mata tiba2 merembes keluar dan saya boleh menangis secara spontan
- Pernah mengurut seorang pelanggan yang tiba2 mendodoi "anak" yang merupakan bantal sedangkan bayi beliau ada di sebelah beliau.
- Ada satu kes pelanggan ni tengah bercakap2 dengan saya tiba2 air mata beliau mengalir laju. Saya tanya kenapa menangis, dia cakap dia pun tak tahu kenapa dia sedih. Ibu saya bg signal mulut "meroyan."
- Meroyan jenis ini berlaku kebanyakkannya kepada ibu yang kehilangan anak. Baik selepas keguguran atau kematian anak selepas bersalin.
- Ada juga disebabkan oleh tekanan jiwa ketika dalam pantang. Buat ibu2 yang ditekan, disogok dan diasak dengan pelbagai tekanan seperti kematian ahli keluarga, suami yang buat hal, keluarga yang banyak perangai, etc.
- Sangat2 sensitif selepas bersalin sedangkan sebelum bersalin si ibu merupakan wanita yg sangat tenang.
- ada juga berlarutan bertahun2 lamanya.
- ibu yang mengalami meroyan kentung akan memasuki frasa major depression dan perlu bergantung sepenuhnya kepada pil penenang. Ada kes sehingga membunuh diri.


3. MEROYAN URAT
- Menurut Ensiklopedia Perbidanan Melayu, meroyan urat ialah keadaan dimana ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot.
- Kejung urat ini selalu berlaku ketika cuaca sejuk, atau jika sang ibu tersilap makan benda2 yang bersifat sejuk.
- Kekejangan urat akan berlaku sekali sekala. Tetapi jika tidak diubati, lama kelamaan ia akan menjadi semakin kerap dengan kekejangan yang semakin extreme.
- Ini berlaku buat ibu2 yang melakukan kerja2 berat atau banyak menggunakan urat besar sejurus lepas bersalin. Ketiadaan rehat pada urat2 besar wanita mengakibatkan urat semakin tenat dan akhirnya mengalami kerosakan.


4. Meroyan Lendir.
- Menurut Ensiklopedia Perbidanan Melayu, antara simptom2 meroyan lendir ialah ibu sentiasa pucat, lesu, mata pudar, keguguran rambut dan badan menjadi susut.
- Semua wanita lepas bersalin akan merasa penat. Tetapi bg penghidap meroyan lendir, simptom2 di atas adalah terlalu extreme.
- Dari pengalaman say merawat pelanggan yang alami meroyan lendir ini, ibu kelihatan terlalu pucat dan kurus seperti penghidap pesakit kanser sedangkan mereka sihat luaran dalaman.
- Ada kes ibu yang kerap tertidur ketika bekerja. Dia merasa sangat2 letih dan tidak bermaya meskipun sudah cukup tidur dan senaman.
- Keguguran rambut yang extreme sehingga jika tanggalkan tudung pun rambut mudah lekang.
- istilah mata pudar ini adalah mata ibu tidak nampak bercahaya dan cergas. Layu dan mengantuk.
- ibu2 ini selalunya mengalami maslah dingin seks terhadap pasangan.
- antara penyebab utama berlakunya meroyan lendir ialah apabila darah kotor dan angin jahat di dalam tubuh tidak dikeluarkan sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang.


5. MEROYAN TINGGAL
Ibu tiba2 asyik berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang melarikan diri dari rumah. Ibu yang mengalami masalah begini mungkin tidak mahu bayinya sendiri. Dia sering tertawa, mengilai seperti dirasuk atau dalam kes yang teruk tidak mengenali suami sendiri (Ensiklopedia Perbidanan Melayu)
Dalam kes yg pernah saya jumpa, pelanggan saya merupakan seorang anak yg "dibuang" oleh ibunya sejak dalam pantang. Ibu beliau sehingga sekarang dalam keadaan tidak waras, membebel sorang2 dan suka berjalan keliling luar rumah.
Kesnya, ibu beliau menghadapi tekanan apabila bapa beliau berkahwin lain ketika isteri sedang sarang memgandungkan dia.
Pernah di kampung saya, seorang wanita yang kuat membebel dan kelihatan agak lucu. Bebelannya mampu didengar jiran2 sednagkan orang kampung tahu dia tinggal bersendirian.
Selalunya perubahan utk meroyan jenis ini agak nyata atau obvious...dan extreme. Dan akan berlaku selepas bersalin dan makin teruk dari hari ke sehari.
Ada tahap sehingga menjadi ganas. Dan meroyan jenis ini kebiasaanya ibu suka bersendirian dan melayan kata2 sendiri.

6. MEROYAN BULU
Ibu sentiasa seram sejuk, bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeleter kesejukkan sehinggan boleh menyebbakan kancing gigi. Adakalanya mereka kelihatan seperti kena sampuk (Ensiklopedia Perbidanan Melayu)
Jika berlarutan, ibu akan mula meghidap rheumatoid arthiritis atau keradangan sendi. Zaman dahulu arthiritis kebanyakkanya menyerang wanita yang putus haid. Tetapi zaman sekarang, sudah ramai ibu2 muda menghidp arthiritis.
Dari sudut perbidanan melayu, meroyan bulu ini berlaku apabila ibu banyak bermain air dan bersejuk2 ketika dalam pantang. Mencemuh amalan memakai stokin, berlama2 dibilik mandi, terlalu banyak ber air cond atau berkipas akan membuatkan badan diserang sejuk2 selepas tempoh berpantang.


7. MEROYAN KULIT
Ibu akan merasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kelakuan kera. Akibat dari sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami sakit kulit (Ensiklopedia Perbidanan Melayu)
- Kadang2 bila saya jaga ibu2 dalam pantang, ada antara mereka sudah mengalami maslaag kegatalan kulit ini. Orang panggil gegata. Itu tandanya darah kotor tak habus keluar jadi kekotoran itu keluar melaluu liang roma peluh.
- Keadaan ini boleh disurutkan dengan amalan mandi serum atau mandian air rebusan daun2 berubat dan wangi seperti pandan, serai dan yang paling penting SIREH.
- Kegatalan ini akan berterusan jika darah2 nifas tidak habis dikeluarkan sepanjang tempoh berpantang



Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana2 pihak copy paste mana2 status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Mana- mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan undang-undang. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan wanita. Terima kasih.

Blessed Beauty menawarkan Pakej berpantang untuk sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Kami merupakan Agensi NR (Nona Roguy) berdaftar.

Untuk Pertanyaan servis dan jualan produk NR, sila hubungi 012-7225184