Tuesday, March 20, 2012

Ketumbuhan dalam rahim. Pembedah vs Herba.



ketikketokMar 9, 2012 01:22 AM
"Jika anda telah disahkan oleh klinik mempunyai fibroid, cyst dan dinasihatkan membuat pembedahan, atau sakit berlebihan ketika haid..makanlah SALAMON selama 1-2 minggu. Selepas itu buatlah pemeriksaan semula di klinik."

Salam,
Saranan di atas diperolehi dari ruang komen blogpost ice untuk tajuk

"Bertangas... Mantapkan "tiang seri", tajamkan "gigi" dan kembalikan "kegadisan""

Ice tertarik untuk mengupas dengan lebih lanjut saranan yang diberikan oleh ketikketok ini. Dan pandangan Ice ini bukan untuk menyangkal segala saranan beliau. Kerana Ice percaya, opinion is neither wrong nor right. :)
Yang pertama, kita perlu sedar dan tahu bahawa segala ketumbuhan dalaman terutama yang wujud dari rahim wanita berpunca dari sumber darah yang kotor. Semua sedia maklum, darah kotor di sini adalah sama ada dari darah individu yang tidak rajin didetox (dengan kaedah membuang air besar hari2), tau lebihan darah haid yang tidak habis keluar, mahupun darah nifas yang masih berbaki dalam rahim.

Adakah anda lawas?
Kedua, selain dari proses pembuangan air besar, kita juga perlu pastikan darah kotor wanita habis keluar. Disebabkan itulah disarankan agar wanita2 supaya rajin mengamalkan rawatan tangas yang sangat mudah. Caranya sudah tertulis DI SINI.

Berapa yakinkah anda darah bulanan dan nifas anda sudah habis dikeluarkan dari rahim anda?

Ketiga, melalui prosedur pembedahan semata-mata tidak banyak membantu menyelesaikan masalah ketumbuhan ini. Ini kerana, di dalam proses pembedahan, hanya "batang kayu", "daun" dan "ranting" sahaja yang dicantas. Tetapi "akar" nya masih ada. Jadi dengan proses pembedahan ini, ia hanya MENGURANGKAN masalah, bukan MENGHILANGKAN masalah. Ice tahu kerana Ibu Ice mengalami Endometrisis selama 10 tahun. Untuk baca kisah beliau, sila KLIK SINI. Selagi "akar" atau darah yang menjadi sumber makanan segala ketumbuhan ini tidak dirawat, dibersihkan dan dicuci, maka akan tumbuhlah lagi ketumbuhan2 ini. Namanya pun ketumbuhan kan.....

Untuk membunuh sebtang pokok, perlu dibuang akarnya, bukan hanya batangnya.
Keempat, selalunya dengan prosedur membuang ketumbuhan ini, doktor akan lakukan hanya beberapa kali sebelum memberi kata putus untuk BUANG RAHIM! Apa namanya wanita kalau tiada rahim?

Rahim. Kelebihan wanita daripada lelaki. Anugerah Allah yang tidak boleh kita sia-siakan. Jangan mengalah sebelum berjuang.
Jadi sebelum suka2 menadah diri pada pisau pembedahan, tak salah melakukan konsep rawatan secara tradisional. Amalkan makan herba yang membantu melawaskan pembuangan air besar seperti NR dan dari luaran, kita rajin buat tangas kering.
Jangan terlalu mudah menyerah diri di atas meja pembedahan. Dari tanah kita dijadikan, dari tanah juga Allah telah sediakan sumber ubat untuk tubuh badan kita.
Renung-renungkan.....

Tuesday, December 13, 2011

Punca-Punca Ketidaksuburan



"Salam Kak Ice. Saya nak tanyalah.... saya dan hubby dah usaha pelbagai cara untuk mendapatkan baby. Sekarang usia perkahwinan kami nak menjejak 5 tahun. Saya dan hubby dah pg check dengan doctor, dan doc cakap hormon saya tak stabil. Tapi memang pun period saya tak teratur. Boleh akak advisekan apa yang perlu saya buat tak?"


Salam sayang dan terima kasih kepada yang bertanya. Semua pasangan menginginkan cahaya mata sebagai pelengkap sebuah keluarga. Tetapi tidak semua bernasib baik. Tetapi setiap masalah Insyallah ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, hari ni Ice nak kupas satu persatu tentang masalah KETIDAKSUBURAN.

First, mari kita lihat punca-punca yang menyebabkan ketidaksuburan kepada wanita:


1. Imbalance Hormones (Ketidakseimbangan hormon)
Ketidakseimbangan hormon boleh berlaku kepada mereka yang menghidap angin Meroyan. Oleh itu adalah penting wanita yang berpantang menjaga taurcara pantang mereka supaya mudah untuk mereka mengandung kembali.
  • Simptom - Haid tidak teratur (kejap banyak, kejap sikit, kejap lama, kejap sekejap...) lalu effect pada pusingan ovulasi kewanitaan itu sendiri, badan rasa panas tak menentu, mudah naik angin, kekeringan pada rahim, rambut mendadak gugur, jerawat yang kronik (sampai keluar nanah2 warna kuning), kadang2 boleh sebabkan kegemukan dan kadang2 boleh sebabkan kurus yang terlalu extreme.


2. Period Cramp (Senggugut...bukan sensungut yer...)
Kesakitan senggugut yang melampau perlu dipandang serius.
  • Simptom - Kesakitan pada bahagian ari-ari yang melampau ketika datang haid. Dipercayai kerana ketulan darah haid yang tidak lawas dan tersumbat di laluan keluar darah haid. Ada juga mengalami senggugut bangkai dimana darah senggugut yang keluar berbau bangkai.


3. Obesity (Kegemukan terlampau)
Obessiti, salah satu punca ketidaksuburan yang semakin lazim terjadi sekarang. Oleh itu adalah penting untuk wanita menjaga keadaan tubuh badan mereka.
  • Simptom - Bila BMI melebihi kiraan 30. Lemak yang berlebihan dan tebal akan mengganggu perjalanan haid dengan teratur.




4. Pressure (Tekanan dan Stress)
Stress atau tekanan berlebihan mampu mengganggu sistem badan wanita
  • Tekanan dan stress yang berlebihan boleh mengacau hormon kewanitaan kita. Sebab itu pentingnya wanita berada di dalam keadaan yang tenang. So yang nak conceive tu, rajin2 sembahyang wajib dan sunat. Hanya cara tu sahaja kita boleh merasa tenang.


5. Penyakit Puan seperti:
  • Endometriosis - Ibu Ice sendiri mengalami Endo seama 10 tahun selepas kelahiran Ice sebab beliau memang tak pantang masa lahirkan Ice. Ikuti pengalaman beliau DI SINI. Ia adalah situasi dimana pembentukan gumpalan tisu yang mirip selaput rahim yang merebak dan melekat pada bahagian rahim serta bahagian usus besar.

Endometriosis

  • Polip - penonjolan yg berlebihan dari lapisan rahim (mukosa) atau mulut rahim
Polips
  • Sista Ovari - Atau ovarian cyst adalah ketumbuhan dalam ovari

Cyst - Ketumbuhan dalam rahim

  • Tiub Fallopia tersumbat
  • Tiroid Kronik
  • Kadar hormon estrogen yang tinggi

Jika anda mempunyai salah satu simptom di atas, di nasihatkan supaya anda pergi mendapatkan khidmat nasihat pakar. Di lain post, Ice akan ceritakan bagaimana NR membantu wanita yang ingin hamil. Wassalam.....

Wednesday, November 23, 2011

BENTAN...???? Derita Ibu Berpantang.



Salam Sayang semua....

Seperti yang Ice janjikan, malam ni Ice akan sharekan sikit perihal BENTAN. Ini kerana, sudah ramai yang call Ice dan bagitahu masalah mereka yang tiba-tiba demam, atau yang lebih serius sampai tak boleh bangun time berpantang. Dan dari segala simptom yang mereka share, Ice boleh simpulkan ibu-ibu ini sudah BENTAN.

BENTAN? APAKAH IA?

Bentan adalah dimana keadaan ibu berpantang yang tiba-tiba tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat di ketahui puncanya secara tiba-tiba.

Ia selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah.Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang2 selepas tempoh berpantang.


JENIS BENTAN, SIMPTOM, PUNCA DAN CARA RAWATAN.

1. Bentan Urat
  • Badan ibu tiba-tiba lemah, demam, serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukan meskipun tengah-tengah hari buta (siap berselimut tebal pun sejuk lagi), seluruh otot badan tegang dan kekejangan.
Ibu berpantang tidak seharusnya demam

  • Selalunya berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau. Sebab tu Ice selalu pesan kat customer, kerja yang orang berpantang boleh buat hanya: Lipat baju, dan belek baby. Sesiapa yang sibuk-sibuk nak sapu sampah, mop lantai, or cat rumah tu....sendiri mau ingat la.... Kadang-kadang tak boleh terima alasan di0rang. "saya kesiankan mak saya ,kak". Tapi lepas dah bentan, korang still susahkan mereka. Tapi kali ni berkali ganda. Sebab diorang kena jaga korang, bayi yang baru lahir, anak-anak kecil yang lain dan suami korang....So mana relevannya sikap "kesian" kamu tu?
  • Kalau dah jadi macam ni tolong JANGAN MENGURUT. Sebab kalau mengurut, urat tu jadi lagi sakit. Apa yang perlu dilakukan adalah sapu minyak panas (minyak herbanika) keseluruh badan dan start bertungku/bertuam sehingga pecah peluh. Tuaman/tungku perlu dilakukan di seluruh tubuh dengan sekata.

  • Yang amalkan Set Berasalin NR, sila buat rebusan 2 paket akar herbanika, campurkan dengan Madu Yamen NR dan minum suam-suam. Dan minum dengan cara menghirup pakai sudu. Untuk elakkan dari kembang urat dan elakkan dari perut muncit. And makan Phyto Natal 3 biji sehari.
Phyto Natal. Fungsinya merawat rahim.


2. Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim (ari-ari)

  • Kesakitan di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga tumpah darah. Kadang-kadang kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah untuk meluruskan badan si ibu.
  • Selalunya terjadi jika ibu-ibu mengangkat benda-benda berat. Kalau korang nak tahu, masa dalam pantang ni, air dalam cerek tu pun dah dikira berat tau. Sebab tu kalau dalam pantang, janganlah korang nak dukung anak-anak korang yang selain newborn korang tu. Bentan urat peranakan juga boleh terjadi jika ada ibu-ibu langgar pantang berjimak masa dalam tempoh 44/100 hari berpantang. Kalau bersalin normal, tak boleh bersama suami 44 hari. Kalau yang menjalani poembedahan, tak boleh bersama dengan suami 100 hari. Sesiapa yang langgar pantang ni memang parah akibatnya. Bukan sahaja berjimak, kalau korang nak "ringan-ringan" or "stim-stim" ngan suami sehingga menaikkan syahwat pun tak boleh sebenarnya. Sebab tu orang dolu-dolu, kalau time berpantang, memang kena halau suami tu dengan mak bidan/mak mentua...Para suami kena tido luar sampai ibu habis pantang.... Semuanya bersebab. Sebab kita ni pantang jumpa....nak-nak yang darah muda atau bunting pelamin...hehehe
Bukan sahaja berjimak, menaikkan syahwat ibu pun tidak digalakkan sama sekali

  • Kalau keadaan ibu yang bentan urat peranakan ni, digalakkan sapu seluruh badan dengan minyak panas (Minyak Herbanika NR) dan lebihkan dibahagian ari-ari. Kalau yang menggunakan Set Bersalin NR, ambil Herbanika Barut yang paste tu, lumur tebal2 dekat ari-ari. Lepas tu tuam/tungku badan dan lebihkan kat bahagian perut, pinggang dan ari-ari.
Fungsi Herbanika Barut, mengecutkan rahim dan urat-urat yang bengkak

  • Ibu digalakkan baring di atas lantai tanpa alas bantal dan alas punggung dengan 2 biji bantal. Atau ibu boleh sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran keluar darah.

Posisi untuk hentikan darah


3. Bentan Urat Besar (Pinggang)
  • Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu-ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di atas bahagian tongkeng(belakang). Selalunya terjadi kepada ibu bersalin secara pembedahan. Kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan terjingkit-jingkit. Jika dibiarkan, ibu boleh berjalan capik seumur hidup

Sakit pinggang yang kronik simptom bentan urat besar
  • Kalau bentan urat besar ini terjadi, bakar batu tungku. Di atas alas tuala batu tungku, tabur ibu kunyit dan limau nipis yang telah diblender.. Bubuh batu tungku dan balut. Letak kain dibahagian pembukaan faraj dan start bertungku. Lepas dah tungku bahagian pembukaan faraj tu, letak batu tungku atas lantai, lepas tu ibu-ibu disuruh menunggang batu tungku tu dengan posisi satu kaki melutut dan satu kaki lagi menegak sehingga bahagian alat sulit dan dubur berada dia atas batu tungku.Rawatan ini perlu dilakukan selama 3 hari berturut-turut.
  • Bagi yang sampai tahap tumpah darah, buat tangas kering. Caranya klik sini. Cuma bahan tu hanya pakai ibu kunyit dan pati limau nipis.
Bertangas kering elok utnuk kecutkan kembali urat yang bengakak

  • Amalkan minum air Akar Herbanika dan makan Phyto Natal.
Air Akar Herbanika. Penawar bisa bentan

Sebab itulah ibu berpantang digalakkan banyak-banyakkan berehat, jangan terkena hujan hatta tempiasnya sekalipun, jangan suka mandi lama-lama, jangan main air (kalau boleh pinggan pun jangan basuh. Minta tolong orang lain basuhkan), elakkan mandi budak, dan janganlah angkat berat-berat (even anak kecil korang).

Kerana sakit bentan ni memang tak tertanding dan sakitnya boleh buatkan ibu-ibu berpantang merana.

Dan sebab itu ice galakkan setiap wanita PERLU ada 1 batu sungai utk dijadikan batu tungku yang pelbagai guna. Renyah memang renyah. Tapi kalau dah kes emergency macam ni, mmg batu sungai la yang paling sesuai. Lagipun it is free.....!!!


Batu sungai

Sekarang ni musim hujan kan. So ibu-ibu, duduklah dalam rumah je...Sebab tu relevannya pantang orang dulu-dulu dimana ibu-ibi berpantang ni memang tak boleh keluar rumah. 44 hari tak tengok rumput,clichenya. Sebab tu kalau nak pergi check anak kat klinik, suruh je lah suami or ibu anda yang tolong hantarkan bayi tu. Tapi janganlah rumah dah terbakar, korang tak kuar-kuar rumah lak....heheheh....Peace.....

;). As usual, Love Always....

Friday, November 18, 2011

Cara Berpantang untuk Keguguran dengan NR




Salam, Sejak ice keguguran ramai juga yang consult dengan Ice and kebanyakkan mereka tak tahu yang orang keguguran kena BERPANTANG!. Surprise.... Surprise.....

So kepada mereka yang bertanya, Ice akan advise through my experience and of course menggunakan produk NR.


Untuk yang keguguran bawah 3 bulan, digalakkan makan Phyto Cleanse and air Akar Herbanika selama 30 hari. Pada minggu ke2 diamalkan Phytox dan Phyto Cleanse selama 15 hari berturut2.

Phyto Cleanse


Untuk yang keguguran atas 3 bulan, perlu makan Phyto Natal dan air Akar Herbanika selama 30 hari. Pada minggu ke2 diamalkan Phytox dan Phyto Natal selama 15 hari berturut2.



Akar Herbanika

Rawatan yang boleh dilakukan adalah mengurut dan bertungku. Tetapi sesuai dengan keadaan ibu yang sangat fragile, rawatan mengurut itu perlulah lembut dan tidak menekan dibahagian peranakan secara berlebihan
Urutan "Soft Pressure Technique" adalah penting untuk merawat ibu yang masih "Fragile"

Dari segi berjimak, jika keguguran berlaku bawah dari 3 bulan, maka perlukan aktiviti berjimak selama 30 hari. Jika keguguran berlaku pada 3 bulan ke atas, ibu harus berpantang berjimak selama 44 hari.


Dari segi pemakanan, ibu keguguran perlu mengelakkan:


1. Makanan sejuk (segala buah, sayur yang tumbuh secara menjalar etc: labu, timun, kacang panjang....)
2. Makanan berangin (durian, rebung, terung, etc...) 3. Segala ikan yang berbisa (terubuk, cencaru, sardin, pari...)
4. Semua jenis makanan laut
Berpantang makan ini sebaiknya perlu dilakukan sehinggalah ibu hamil semula. Jika tidak mampu, cukuplah berpantang selama 44 hari.

AKIBAT JIKA TIDAK BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN:


Ibu yang mengambil remeh berpantang ketika keguguran akan terdedah kepada gejala-gejala berikut, iaitu:

Kedinginan seks terhadap pasangan adalah akibat tidak berpantang selepas keguguran
a) Tekanan emosi
b) Masalah kesuburan

c) Lemah rahim yang akan mengakibatkan keguguran berulang
d) ketidakseimbangan hormon e) bengkak dan bisa otot peranakan f) bisa-bisa tumit, betis, lutut dan pinggang g) kebas-kebas sendi h) mudah berasa seram sejuk i) demam yang tidak kebah2
j) kedingingan seks

k) kalah dalam perjuangan jimak

Oleh itu, diharapkan kepada mereka yang keguguran, menjaga diri dan berpantang dengan lebih tertib demi kesihatan ibu. Ini kerana berpantang untuk keguguran adalah lebih serius dari berpantang bersalin biasa. Klik Sini.

Jika seseorang itu kerap mengalami keguguran, adalah lebih baik untuk mereka menumpukan seluruh perhatian pada proses berpantang ini kerana kadang2 gugur berulang mungkin terjadi kerana kurangnya penjagaan berpantang ibu ketika keguguran yang lalu.

Sekian entri untuk kali ini.
Love always

Tuesday, November 15, 2011

Kawal Diabetis Ketika Mengandung Dengan Air Akar Herbanika

Salam Ice. Saya baca blog Ice pasal perempuan mengandung boleh minum air akar Herbanika. Kalau kes macam saya boleh tak? Usia kandungan saya 26 minggu dan saya ada diabetes (kencing manis). Saya tahu risiko mengandung dengan kencing manis dimana ia akan effect pada janin kalau tak betul-betul jaga. ice ada suggestion tak?


Salam Sejahtera semua,

Semua sedia maklum, Ice telah mengamalkan minum air Akar Herbanika dan makan Phyto Cleanse seawal usia kandungan Ice 1 bulan. Sebab Ice yakin dengan herba NR ini. Sesiapa yang nak tahu amalan Ice ketika mengandung, sila klik di sini. Atau sesiapa nak tengok Ice sebesar anjing laut ketika pregnant anak ke-2 dulu (bak kata member2 Ice) silalah juga klik pada link di atas...hehehe

Bagi masalah ibu mengandung yang ada diabetes, cara pengamalannya sedikit berbeza. Dan amalan ini akan membantu ibu-ibu mengandung MENGAWAL tahap kencing manis mereka dan membantu mengelakkan sembelit.

Selepas minum air Akar Herbanika ini lazimnya akan membuatkan pengamal kerap buang air kecil. Ini bagus untuk mencuci buah pinggang ibu-ibu ketika mengandung.

Cara penyediaan air Akar Herbanika untuk DIABETIC PREGGERS:

1. Sediakan 2 uncang Akar Herbanika. Terbaik adalah merebus akar ini di dalam periuk tanah atau kaca.

2. Masukkan 2 batang Kulit Kayu Manis 3. Tuangkan air sepenuh periuk . 4. Rebus dengan api sederhana 5. Biarkan sehngga mendidih dan akar telah kembang 6. Tuang ke dalam mug. Minum akar yang telah disejukkan dalam suhu bilik. Terbaik adalah mengamalkan akar ini 5 mug sehari. Selepas 1 bulan, cubalah check balik tahap gula dalam darah. Insyallah akan banyak berkurangan. ;) Untuk rawatan akar kali ini, Ice xgalakkan letak madu ye. Sbb org diabetic tak boleh ambil madu. Ice dah rasa tadi resepi air Akar Herbanika Kayu Manis ni...mmg sedap.... Tetapi harus diingatkan bahawa kawalanan pemakanan ibu berpantang juga adalah sama penting dengan amalan air Akar Herbanika NR ini. Kurangkan gula dalam minuman dan makanan ibu-ibu. Selalu beringat bahawa, segala amalan kita ketika mengandung ini, bukan sahaja effect kepada diri kita, malah turut effect kepada bayi anda. Sesiapa nak mencuba, boleh beli Akar Herbanika ni loose pack dari Ice. Kalau rasa ada perubahan, barulah invest beli satu kotak terus... :) Thanks. Love Always....

*khidmat Nasihat: Sh. Nadiah (Konsultan NR)