Friday, October 21, 2011

Apa itu "Healing Crisis" atau "Proses Pemulihan" dengan NR?



PROSES PENYEMBUHAN SECARA SEMULAJADI DAN KEKAL OLEH NR

  • Badan kita membuang keracunan keluar dari sistem badan kita dan memberi peluang badan untuk menyembuhi dirinya sendiri.
  • Krisis pemulihan ini berlaku akibat dari peningkatan aktiviti sistem pembuangan semulajadi badan kita seperti paru-paru, buah pinggang, talian perut dan kulit.
  • Kesan tindakan ini sepatutnya tidaklah terlalu ketara bagi si pesakit, sehingga mengganggu keselesaan pesakit, tetapi ia harus dianggap sebagai petunjuk yang baik bahawa badan kita sedang berusaha dalam proses pemulihan
  • Kebiasaannya, kesan ini mungkin memakan masa di antara satu minggu sehingga sebulan.
  • Anda sangat-sangat digalakkan supaya JANGAN BERHENTI mengamalkan herba ini sekiranya menghadapi krisis ini, TETAPI TERUSKAN untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Antara Simptom Krisis Pemulihan

1. Sistem Pernafasan
  • Jika terdapat perkumpulan/kongesi di dalam sinus, pesakit akan menunjukkan gejala demam selsema.
  • Jika terdapat perkumpulan di dalam paru-paru, pesakit akan menunjukkan gejala batuk-batuk.
  • Cara yang tersebut di atas cara yang terbaik sistem badan kita mengeluarkan lendir yang terkumpul di dalam badan.
2. Buah Pinggang
  • Pesakit akan merasa perlu untuk buang air kecil lebih kerap, dan air kencing tersebut akan mempunyai warna dan bau yang lain dari biasa.
3. Perkumpulan Dalam Sistem Pemakanan
  • Pesakit akan merasa perlu membuang air besar dan kentut dengan kerap.
4. Kulit
  • Kejadian ruam kulit, jerawat, atau masalah kulit mungkin berlaku atau nampak bertambah teruk sebelum mula beransur sembuh.
Selalunya jerawat yang keluar semasa proses pemulihan adalah jerawat pasir. Tetapi jika timbulnya jerawat batu, bermaksud sistem dalaman anda sungguh bertoksik.
  • Tetapi kalau NR dah keluarkan, NR akan hilangkan juga gejala kulit ini. Jadi jangan sekali2 berhenti mengamalkan NR sehingga hilang segala kesan dari proses pemulihan.

5. Penyakit Arteritis
  • Kadangkala merasa lebih sakit dari biasa pada tempat-tempat yang terlibat selama 2-3 hari selepas rawatan. Keadaan sakit ini akan berkurangan selepas masa tersebut.
6. Sistem Pembuangan Air Besar
  • Kekerapan membuang air besar menunjukkan banyak bahan kumbahan yang perlu dibersihkan dari sistem badan.
7. Tempat Sulit
  • Keputihan yang berpanjangan atau secara tiba-tiba, kegatalan di tempat sulit, keluarnya lelehan cecair jernih yang tidak berbisa adalah salah satu simptom proses pemulihan ke atas tempat sulit yang mungkin bermasaalah bakteria atau fungus.
Keputihan
  • Dinasihatkan makan NR sehingga gejala-gejala ini hilang dengan sendiri.

8. Melalui Mulut
  • Terjadinya pembentukan ulser mulut atau lidah yang menunjukkan sistem dalaman badan kita banyak angin panas yang cuba disingkirkan dengan NR.

Keberkesanan pembersih dalaman NR dapat dilihat di antara 3-6 bulan pertama penggunaannya di mana pada jangkamasa inilah pemulihan sistem dalaman sedang berlaku bagi memulihkan penyakit yang telah dikeluarkan sebelum ini. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment