Monday, October 27, 2014

Bahana amalan soya dalam pantang.



Soya. Menjadi trend bagi ibu-ibu muda zaman sekarang. Baik yang anak dara. Ibu mengandung. Dan juga ibu berpantang.

Tak perlu saya kupas keburukan soya dari sudut perubatan moden. Sebab segala info boleh didapati melalui journal dan juga pendapat pakar-pakar perubatan sakit puan seperti Dr. Hamid Arshat sendiri.

Lebih elok dan molek saya kupas dari segi perbidanan melayu lama. Saya akan kupaskan mengapa soya tidak elok diamalkan sepanjang tempoh berpantang; dari pengalaman saya yang mengubat dan mengurut pesakit-pesakit saya yang ditulah soya.

Soya. Merupakan biirin jenis kekacang yang bersifat sejuk. Sama seperti kacang tanah, kacang dhal dan kacang gajus yang perlu dielakkan ketika dalam tempoh berpantang. Mahupun diamalkan secara extreme sebagai amalan harian wanita. Akan tetapi, soya yang telah melalui proses fermentasi seperti tempe, adalah selamat diamalkan terutama di dalam masyarakat Jawa. Apa-apapun pengamalannya perlulah dalam konteks besederhana.


BAHANA SOYA

Bila memakan makanan bersifat sejuk, perkara yang paling ketara pada ibu-ibu ialah kepucatan pada wajah, tapak kaki dan tumit. Tumit yang pucat menandakan rahim tidak sihat. Sepatutnya, tapak kaki dan tumit ibu-ibu yang berpantang perlu kelihatan "merah"atau segar; menunjukkan proses penyembuhan selepas bersalin sedang berlaku. Dan untuk jangka masa lama, ibu-ibu ini mudah terkena sakit tumit dimana memijak pada bahagian tumit akan menjadi satu kesakitan yang tidak tertahan. Ini menunjukkan rahim mereka sudah tenat.

Dipercayai ada 2 point utama yang menandakan kesakitan dibahagian rahim iaitu dibahagian antara buku lali dan tapak tumit, luar dan dalam bahagian kaki (sila rujuk gambar). Kesakitan dari poin-poin ini mampu menular keseluruh bahagian bawah tumit dan tapak kaki.



Kemudian, badan ibu-ibu yang mengamalkan benda-benda sejuk sepanjang tempoh berpantang mudah rasa penat dan tidak bertenaga. Ini kerana urat-urat yang disogokkan dengan benda-benda sejuk ini akan mudah menjadi lemah. Perlu diingatkan, urat adalah nadi badan. Urat yang sihat akan membawa darah keseluruh tubuh badan dan otak akan jadi segar. Tetapi urat yang tidak sihat membuatkan anda rasa penat sepanjang hari. Belum lagi ibu-ibu yang mudah terkena masalah asam urat (arthiritis) dimana mudah rasa seram sejuk selepas tamat tempoh berpantang.



Dari segi seksual, ibu-ibu yang amalkan soya dan benda-benda sejuk lain ketika berpantang akan mengalami masalah Sexual Depress atau Kemurungan Seks. Senang cerita; MATI PUTIK. Allah jadikan beberapa kawasan disekitar faraj (seperti klitoris) dan beberapa bahagian tubuh (seperti puting, punggung, ketiak) mempunyai daya rangsang seksual yang tinggi (berlain-lainan bagi setiap individu). Akan tetapi, wanita yang "kesejukan"ini akan rasa kebas dan tidak merasa nikmat seperti sebelumnya. Tiada lagi "garang"nya wanita diranjang menyebabkan hubungan seksual bersama suami sangat-sangat hambar.



Bayi yang dikandung akan mudah mendapat benih kanser jika si ibu pengamal tegar soya. Ini kerana kandungan Estrogen yang terlalu tinggi boleh menyumbang kepada masalah ketidakseimbangan hormon apabila anak-anak ini baligh (kerana hormon akan mula berfungsi ketika anak dara datang haid dan anak teruna matang).

Bayi yang menyusu dari ibu-ibu pengamal soya mudah terkena penyakit kembong perut dan angin pasang (samada di zakar atau di pusat). Dan ada dari feed back pesakit saya mengatakan anak-anak mudah terkena penyakit kulit. Wallhualam.

Hernia atau angin pasang pusat.
Jika dari sudut perubatan moden, seorang wanita perlu mempunyai hormon yang seimbang untuk mudah hamil. Tetapi dari sudut perbidanan, seorang wanita perlu menyeimbangkan 4 elemen alam iaitu tanah, api, air dan angin supaya dikira sebagai sihat. Jika terlebih salah satu dari elemen alam ini, maka akan menyebabkan masalaah kesuburan seorang wanita. Disebabkan itulah amalan soya (angin) yang keterlaluan boleh menyebabkan masalah dalam mendapatkan zuriat.



Oleh itu, adalah terbaik bagi ibu-ibu untuk mengelakkan pengamalan soya ketika mengandung dan berpantang. Jika anda memerlukan cara lain untuk tambah susu, anda boleh amalkan minuman Susu Berbadam. Atau mengikut cara orang cina yang mengamalkan minuman kurma merah. Orang India pula menambah susu dari herba Halba. Dan pegaga sangat elok juga sebagai milk booster yang sihat dan selamat.


Bagi saya, minum soya tidak ada masalah. Tetapi MENGAMALKANNYA sehingga 2 gelas soya sehari, agak keterlaluan. Habit atau tabiat pemakanan yang extreme boleh menyumbang kepada masalah sakit dalaman seseorang individu. Apapun yang dilakukan dan diamalkan perlulah dalam konteks besederhana.


2 comments:

  1. Tq kak utk perkongsian..rasa nya ramai dah yg sedar akan keburukan soya ni kan. Sebab selama ni kita selalu di momok kan yg soya bagus utk dpt anak yg kulit putih dsb. Sy pun da tinggalkan soya dlm kehidupan seharian. Salah satu sebab bila sy bc soya adalah peng aktif kepada cyst. (Dl sy ada cyst).

    ReplyDelete
  2. Baru rancang nak beli soya buat stok pantang nanti. Tingkatkan pengambilan protein katanya. Terima kasih kak.

    ReplyDelete