Friday, May 21, 2010

Shhh... Mengandung dengan NR....Insyallah....

Salam sayang buat semua pembaca....

Today adalah hari yang paling happy buat Ice... Semalam Ice dapat satu email dari pengguna NR yang I persuade makan NR. Kak Fauziah ni stay kat U.K... kalau nak tau kandungan mesej dia...silalah baca.....

***********************************

Assalamualaikum dik,

Apa khabar? adik ingat lagi tak akak ada tulis email pada adik pasal makan NR kalau nak try conceive? well, akak terus berkobar lepas dengar nasihat adik tu dan terus start balik makan NR, minum herbanika tu semua.... Memang mula mula akak teruk jugak pergi toilet sebab lama tak makan, kan? Tapi lepas a few days Alhamdulillah dah ok.

Tapi berkat usaha akak dan juga nasihat adik, dengan izin dan kuasa Allah SWT, Alhamdulillah akak confirmed pregnant hari ni. Baru jer buat test and akak rasa akak kena jugak beritahu adik. Akak dah gemuruh sekarang. Excited dan syukur sangat sangat.

Please doakan so that I will have a healthy pregnancy. Thank you very much for listening and your words of encouragement. After almost one year trying, akak rasa macam mimpi jer.

Thank you dan take care.

Bis,
Kak Fauziah, UK
**********************

Bila baca email Kak Fauziah ni, berderai air mata Ice.... Ice happy sangat dengan berita ni.... Bagi Ice, adalah satu kepuasan dapat berkongsi kebaikan dan membantu wanita-wanita (seperti kak fauziah ni) di luar sana menjadi sihat dan subur...

Sesungguhnya semuanya datang dari kuasa Allah S.W.T. Dan Ice akan terus berkongsi kebaikan NR untuk semua yang memerlukannya....

Sekarang Ice dah ada sesi berjumpa pelanggan. Setiap hari Sabtu dari pukul 8-12 tgh hari, Ice akan jumpa sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kebaikkan NR.

Kalau yang jauh, nak SKYPE pun boleh...

Sekian dulu untuk malam ini... (baby Ice dah nangis mintak "susu cap gantung")

Tuesday, May 18, 2010

Shhh... Hari Dating Sedunia...!!!!


Bila dah bergelar ibu dan ayah, "dating" bukanlah sesuatu yang mudah...Dulu time bujang, anytime, anywhere, anyhow...on aje... Sekarang, kena fikir kan anak2....

Ni adalah aktiviti kami suami isteri setelah berjaya "mengular" untuk sehari.... Rindu sangat nak keluar berdua....Anak2...? Hehehe...penat2 jer kami bayar nursery kalau tak gunakan sepenuhnya.... :)

Pagi2 aku dah heret hubby ker Plaza Alam Sentral...makan nasi briyani kat Bistro.... Nyum2....
And then kitorang pusing2 kat Plaza Alam Sentral and Anggerik Mall... Lepas tu kami terus menuju ker Jaya Jusco Bukit Tinggi...Tapi on the way ke sana, Ice sempat lagi perah susu....


Kalau kat opis, Ice perah 2 kali...sekali pukul 11 pagi, lagi sekali pukul 5 ptg. Disebabkan asyik sangat berjalan, tak sedar susu dah bengkak...tau2 pukul 2pm je dah sakit.... dalam kereta jugak la Ice projek ebm Ice...nasib pakai manual(budget nak beli yang elektrik xder lagi...huhuuu). Disebabkan terlalu lama, sebelah kanan jer Ice hampir dapat penuh satu botol besar (24ml)

Dan dalam masa 15 minit, inilah hasilnya...disebabkan lupa bawak botol spare, Ice terpaksa beli botol mineral kat Esso nak isi susu Ice...



Pastu Ice layan tgk citer A Nightmare on Elm Street....
Freddy Kruger yang menakutkan...

Citernyer biasa ajer...tapi disebabkan sound sistemnya yang meletops....banyak kali jugak la Ice melompat dan melatah kat dalam tu.....

And then sempena nak meraikan tempoh habis berpantang 60 hari (40 days to go) Ice makan la black forest cake kegemaran ice kat Secret Recipe....nyum2 lagi....
happy giler dapat makan cake....


and mozarella cheese (betul ker aku eja nih....)
with vanilla latte....

Anyhow...end of the day I miss my boys....so we rush back nak tengok permata hati kitorang.... As english proverbs said,"The moment a child is born, the mother is also born." How I miss them...
And rasa lagi best tengok Qarnain kemburkan permainan dia dari barang yang tersusun rapi di shopping store...

or....Ice lebih suka tengok muka tenang Haidar dari tengok muka Freddy Kruger tuh....

Kesimpulannya, creating and capturing memories with my little precious is more FUN!


Thanks Allah for the greatest gift of all....

Wednesday, April 7, 2010

Shhh... Orang ceaser boleh berbengkung...??? Biar betul......

Tak tertetas ker tempat jahitan...? Nanti luka lambat baik...? Takut isi perut terburai...?

Ish...ish...ish...banyak betul mitos dan ulasan tak sahih yang Ice terima dari pembaca blog Ice. Ramai yang terkejut melihat gambar Ice berbengkung meskipun Ice melahirkan anak secara ceasearean...maka ramai yang bertanya..."Ice, orang ceaser boleh ker pakai bengkung...???"

Ice tahu...ramai wanita yang ceaser di luar sana takut untuk berbengkung selepas bersalin. Jadi, mereka melakukan pelbagai rawatan berpantang, tetapi mengenepikan rawatan berbengkung ini tadi...

Sebelum Ice hurai panjang lebar, Ice nak terangkan 2 proses rawatan yang berkait rapat iaitu berbengkung dan berbarut.

Berbengkung adalah rawatan melilit kain keliling pinggang dan paha

gambar ihsan Ensiklopedia Perbidanan Melayu

Berbarut adalah ubat yang disapu pada bahagian yang hendak dibengkung...

gambar ihsan Ensiklopedia Perbidanan Melayu

So hope jangan ada yang keliru lagi yek...Hehehe...

Berbalik pada topik kita tadi...perlu ker orang yang ceaser berbengkung dan berbarut...
Jawapannya....perlu ya amat....

Bilakah masa sesuai untuk ibu bersalin ceaser berbengkung?
Seeloknya keesokan harinya selepas bersalin.Jikalau berbengkung, perlulah dipakai dengan ikatan yang longgar (lebih2 lagi dibahagian jahiatn elakkan sebrang tekanan ikatan). Atau sebaiknya dipakai strap-on binder (ni lebih disyorkan).


contoh strap-on

Perlu dipakai bengkung selama dua minggu berturut-turut mekipun masih terasa kesan jahitannya. (kadang-kadang Ice rasa sengal jugak. Tapi Ice still pakai bengkung. Dan ketika berbengkung, Ice limitkan pergerakan Ice)

Bagaimanakah cara rawatannya?
Sapu Minyak Herbanika dikeliling perut, di atas jahitan (elakkan tempat jahitan), di bahagian pinggang serta pinggul (minyak herbanika panas. So boleh tolong pecahkan ;lemak bahagian pinggang dan pinggul Ice). Kemudian baru dipakai bengkung atau strap-on binder.

Apa susulan selepas dua minggu berikutnya?
Boleh diperketatkan ikatan bengkung atau starp on binder tadi. (time ni la patut diperkemaskan supaya pinggang jadik pinggang kerengga...hehehe)

Bila boleh memakai barut?
Selepas empat minggu baru boleh sapu barut atau ubat periuk pada perut sebelum memulakan rawatan berbengkung (pakai barut ketika masih panas lebih elok. So boleh tolong attack lemak bahagian pinggang dan pinggul kita). Pakai sehingga dua minggu...Lebih bagus jika dilanjutkan sehingga 100 hari (Masa anak pertama dulu Ice pakai sampai 2 bulan. Kesannya memang bagus sangat. Pinggang cepat ramping...)

Kenapa berbarut itu penting?
  • mempercepatkan proses pengecutan rahim (time mengandung kan rahim kita membengkak beribu2 kali ganda)
  • membantu memecahkan angin toksik yang berlendir
  • menyempurnakan pengeluaran darah nifas (ni kalau tak keluar habis boleh sebabkan kita susah nak mengandung lagi tau...)
  • mengelakkan rasa sengal dan pedih dari berlaku pada luka pembedahan (once darah kotor kita dah keluar habis, automatik rasa sakit dan sengal boleh hilang...)
  • mengelakkan rasa ngilu dan pedih pada pelvis ketika berjimak selepas berpantang
Apakah bahana kalau tak berbengkung dan berbarut?
  • perut senang buncit
  • perut confirm mengeleber
  • menyebabkan sakit dan lenguh di bahagian pinggang dan pinggul
  • menyebabkan sakit betis dan tumit
  • sakit nlutut yang menjejaskan pergerakan
  • mempercepatkan penuaan sebelum masa (kalau dah jalan berjingkit-jingkit, tak ker macam nenek kebayan rupe nyer...hehehe)
*semua simptom di atas adalah disebabkan oleh ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranakan, ari-ari dan celah peha

So, now you all tahu la kan kepentingan berbengkung dan berbarut...Nak2 kalau selepas pembedahan...Lagilah kena buat rawatran ini secara insentif....

Ok..untuk penggunaan Herbanika Barut NR, Ice akan tunjukkan cara penyediaan barut. Ni untuk customer yang beli barut serbuk. Kalau yang beli paste Herbanika Barut tu, just sapu jek


So inilah dia Herbanika Barut dalam bentuk serbuk

Tuang 2 sudu besar serbuk Herbanika Barut ke dalam periuk tanah. ( barut perlu dimasak di dalam periuk tanah atau kaca sahaja...stainless steel atau aluminium tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan terhakis...)


Ambil segenggam asam jawa dan campurkan dengan segelas air....


Campurkan air asam jawa...


Inilah rupanya apabila air asam jawa yang digaul dengan serbuk barut


Akhir sekali, masakkan barut dan air asam ini dengan api kecil sehingga sebati. Selepas itu tunggu sampai dia suam-suam kuku sebelum disapu terus pada keliling pinggang dan pinggul. Lagi panas lagi bagus...




Tapi by my personal oponion, better pakai barut serbuk...Lebih effective... So sampai di sini sahaja buat kali ini... Glad to share... Adios...

Shhh...rahsiaku anggun berlulur...

Salam sayang...

Sepanjang tempoh berpantang, Ice menggunakan Herbanika Lulur keluaran NR untuk melulur seluruh badan dan muka Ice. Ice sebenarnya ada banyak pilihan untuk melulur...nak lulur aromaterapi pun boleh, tetapi Ice lebih suka pakai lulur NR.

Lulur NR ni dipakai dengan air florida. So setiap kali lepas pakai, Ice akan rasa seluruh badan Ice hangat jek... Sebenarnya, lulur ni membantu mengelakkan badan kita dari dimasuki angin sejuk. Dan yang bestnya, kalau kita rajin berlulur, kulit bukan sahaja licin tetapi turut melambatkan proses penuaan.

Dan biji-biji lulurnya jugak agak kasar. So kulit pun cepat jadi halus...Ice selalu attack pigmentasi yang melata di keliling leher Ice ni... Selalunya kalau time mengandung, pigmentasi2 ni memang bermaharajalela disekeliling badan Ice. Tapi Alhamdulillah, dengan menggunakan lulur ni, pigmentasi ni boleh hilang kalau kita rajin pakai.

Ice selalu berlulur sebelum mandi herba...Lepas tu Ice akan biarkan selama 1 jam supaya bahan2 dalam lulur ni meresap dalam kulit Ice. Cuma ulur ni memang kuning sikit...Tapi kalau melekat dibaju, senang tanggal selepas dibasuh... No worries.... Di bawah, Ice tunjukkan cara penyediaan Herbanika Lulur NR...

First, ambil 2 sudu besar lulur dan masukkan dalam mangkuk.....


Pastu....masukkan air florida.... Biarkan lulur u mengembang selepas 10 minit, kemudian...

...masukkan air sehingga jadi paste seperti di bawah....

So...now lulur dah sedia untuk dipakai....Bau dia wangi dan setiap kali lepas pakai, kulit licin ya amat....

Happy to share...Daaaa.... ;)

Sunday, April 4, 2010

Shhh... bye bye baby's hair...bye bye....

Supposely masa minggu pertama tu lagi kami kena kekahkan rambut Haidar. Tapi disebabkan kesibukan menjaga Ice dalam pantang, ibu cuma ada masa minggu lepas untuk melangsaikan hutang fitrah yang tertangguh....

Ni muka Haidar semasa tengah berambut...
Sedey jerk muka dia...dia dah taw la tuh ada komplot nak mem"botak"kan dia tak lama lagi...Hehehe...

Tunggu dia tido dulu....Hehehe...pastu pelan2 gunting la rambut dia.....

Part ni la memerluka tahap kesabaran yang paling tinggi...Time Qarnain dulu Ibu Ice amik masa dalam 8 jam nak cukur kepala dia...Tapi dengan Haidar ni, dah terrer la katakan...4 jam jer dah siap.....
TaDa....Inilah hasilnya selepas Haidar botak....tetap macho anak ibu...Muehehehe....

Sekian sudah.... ;)