Monday, October 27, 2014

Bahana amalan soya dalam pantang.



Soya. Menjadi trend bagi ibu-ibu muda zaman sekarang. Baik yang anak dara. Ibu mengandung. Dan juga ibu berpantang.

Tak perlu saya kupas keburukan soya dari sudut perubatan moden. Sebab segala info boleh didapati melalui journal dan juga pendapat pakar-pakar perubatan sakit puan seperti Dr. Hamid Arshat sendiri.

Lebih elok dan molek saya kupas dari segi perbidanan melayu lama. Saya akan kupaskan mengapa soya tidak elok diamalkan sepanjang tempoh berpantang; dari pengalaman saya yang mengubat dan mengurut pesakit-pesakit saya yang ditulah soya.

Soya. Merupakan biirin jenis kekacang yang bersifat sejuk. Sama seperti kacang tanah, kacang dhal dan kacang gajus yang perlu dielakkan ketika dalam tempoh berpantang. Mahupun diamalkan secara extreme sebagai amalan harian wanita. Akan tetapi, soya yang telah melalui proses fermentasi seperti tempe, adalah selamat diamalkan terutama di dalam masyarakat Jawa. Apa-apapun pengamalannya perlulah dalam konteks besederhana.


BAHANA SOYA

Bila memakan makanan bersifat sejuk, perkara yang paling ketara pada ibu-ibu ialah kepucatan pada wajah, tapak kaki dan tumit. Tumit yang pucat menandakan rahim tidak sihat. Sepatutnya, tapak kaki dan tumit ibu-ibu yang berpantang perlu kelihatan "merah"atau segar; menunjukkan proses penyembuhan selepas bersalin sedang berlaku. Dan untuk jangka masa lama, ibu-ibu ini mudah terkena sakit tumit dimana memijak pada bahagian tumit akan menjadi satu kesakitan yang tidak tertahan. Ini menunjukkan rahim mereka sudah tenat.

Dipercayai ada 2 point utama yang menandakan kesakitan dibahagian rahim iaitu dibahagian antara buku lali dan tapak tumit, luar dan dalam bahagian kaki (sila rujuk gambar). Kesakitan dari poin-poin ini mampu menular keseluruh bahagian bawah tumit dan tapak kaki.



Kemudian, badan ibu-ibu yang mengamalkan benda-benda sejuk sepanjang tempoh berpantang mudah rasa penat dan tidak bertenaga. Ini kerana urat-urat yang disogokkan dengan benda-benda sejuk ini akan mudah menjadi lemah. Perlu diingatkan, urat adalah nadi badan. Urat yang sihat akan membawa darah keseluruh tubuh badan dan otak akan jadi segar. Tetapi urat yang tidak sihat membuatkan anda rasa penat sepanjang hari. Belum lagi ibu-ibu yang mudah terkena masalah asam urat (arthiritis) dimana mudah rasa seram sejuk selepas tamat tempoh berpantang.



Dari segi seksual, ibu-ibu yang amalkan soya dan benda-benda sejuk lain ketika berpantang akan mengalami masalah Sexual Depress atau Kemurungan Seks. Senang cerita; MATI PUTIK. Allah jadikan beberapa kawasan disekitar faraj (seperti klitoris) dan beberapa bahagian tubuh (seperti puting, punggung, ketiak) mempunyai daya rangsang seksual yang tinggi (berlain-lainan bagi setiap individu). Akan tetapi, wanita yang "kesejukan"ini akan rasa kebas dan tidak merasa nikmat seperti sebelumnya. Tiada lagi "garang"nya wanita diranjang menyebabkan hubungan seksual bersama suami sangat-sangat hambar.



Bayi yang dikandung akan mudah mendapat benih kanser jika si ibu pengamal tegar soya. Ini kerana kandungan Estrogen yang terlalu tinggi boleh menyumbang kepada masalah ketidakseimbangan hormon apabila anak-anak ini baligh (kerana hormon akan mula berfungsi ketika anak dara datang haid dan anak teruna matang).

Bayi yang menyusu dari ibu-ibu pengamal soya mudah terkena penyakit kembong perut dan angin pasang (samada di zakar atau di pusat). Dan ada dari feed back pesakit saya mengatakan anak-anak mudah terkena penyakit kulit. Wallhualam.

Hernia atau angin pasang pusat.
Jika dari sudut perubatan moden, seorang wanita perlu mempunyai hormon yang seimbang untuk mudah hamil. Tetapi dari sudut perbidanan, seorang wanita perlu menyeimbangkan 4 elemen alam iaitu tanah, api, air dan angin supaya dikira sebagai sihat. Jika terlebih salah satu dari elemen alam ini, maka akan menyebabkan masalaah kesuburan seorang wanita. Disebabkan itulah amalan soya (angin) yang keterlaluan boleh menyebabkan masalah dalam mendapatkan zuriat.



Oleh itu, adalah terbaik bagi ibu-ibu untuk mengelakkan pengamalan soya ketika mengandung dan berpantang. Jika anda memerlukan cara lain untuk tambah susu, anda boleh amalkan minuman Susu Berbadam. Atau mengikut cara orang cina yang mengamalkan minuman kurma merah. Orang India pula menambah susu dari herba Halba. Dan pegaga sangat elok juga sebagai milk booster yang sihat dan selamat.


Bagi saya, minum soya tidak ada masalah. Tetapi MENGAMALKANNYA sehingga 2 gelas soya sehari, agak keterlaluan. Habit atau tabiat pemakanan yang extreme boleh menyumbang kepada masalah sakit dalaman seseorang individu. Apapun yang dilakukan dan diamalkan perlulah dalam konteks besederhana.


Thursday, October 23, 2014

Rawatan Meruang. Cara dan khasiat.


Rawatan meruang dilakukan setiap kali berhadas besar. Samada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersenggama dengan suami.

Bidan2 terdahulu sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:
1. Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
2. Mencegah dari keputihan
3. Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
4. Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri.
Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.

POSISI MERUANG:

1. Duduk di atas toilet bowl


2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah



3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl


CARA MERUANG:

1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan. Jika saya...saya gunakan Barra Gel NR.


2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar) sambil rilekkan paha
, perut dan bahagian ari2. Jika anak dara...memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama shj.




3. Korek dicelah2 dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.



Melalui proses ini...kalian akan dapat merasa "kemantapan" tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi...maka ia bermaksud faraj anda sangat2 memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak....maksudnya faraj anda tidak rapi.
Kita boleh masukkan sekali barra gel ketika meruang di dalam faraj. Kerana barra gel ini adalah dari komposisi natural dan mampu mengatasi masalah "kekeringan faraj". Selepas dikorek bersama barra gel.....bilas sehingga bersih.

Ini juga merupakan cara2 untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada lagi darah selepas diruang farajnya beberapa kali... wanita itu tidak wajib solat.
Dan bagi yg nak jaga extra dalaman faraj...lepas dah meruang...bilas dna lap kering....meruang lagi sekali dengan minyak berubat herba. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Selamat mencuba!

Tuesday, October 21, 2014

Kenali jenis najis Bayi NR!



Soalan lazim ibu-ibu yang mengamalkan Phyto Natal:

"Kak, anak saya kerap berak je lepas saya makan Phyto Natal. Normal ke?"

"Ice, boleh tak saya nak sambung makan Phyto Natal balik. Anak saya dah 6 bulan. Saya berhenti sebab anak saya asyik berak-berak je dulu."

"Saya berhenti makan NR sebab PANAS. Anak saya asyik berak-berak."


Walaupun dah banyak kali saya tekankan kepada ibu-ibu bahawa Set Bersalin NR sangat-sangat baby friendly  dan juga tidak panas , masih ada ibu-ibu menuduh barangan NR ini tidak sesuai diamalkan bagi ibu-ibu yang menyusu badan. Oleh itu saya ingin menerangkan khasiat perubatan Set Bersalin NR (teruamanya PhytoNatal) kepada ibu dalam pantang, dan seterusnya untuk bayi yang menyusu  badan 100% dari ibu yang mengamalkan Phyto Natal . Saya gelarkan bayi ini sebagai Bayi NR.

Untuk ibu-ibu ini, saya cadangkan anda melihat beberapa perkara untuk pastikan sama ada masalah kekerap membuang air besar pada bayi anda adalah normal atau tidak. Antaranya:


1. Adakah bayi anda menangis 24 jam seperti terseksa ketika membuang air?


2. Adakah punggung bayi anda merah dan melecet (akibat kekerapan buang air)?

3. Berapa banyak pamperskah yang ditukar dalam 1 jam?

4. Adakah najisnya sedikit (secalit) atau banyak (penuh pampers sehingga terkeluar dari pampers)?



Jika bayi anda tidak meragam. Punggung tidak merah. Bayi anda buang air besar yang penuh pampers kurang dari 3 kali sehari, maka ianya NORMAL!


Konsep NORMAL dalam pembuangan air besar bagi bayi baru lahir ialah:
Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kalikah yang dikira paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada dia menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari juga dianggap normal dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar.Bayi yang menyusu formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit. - Babycenter.com.my



Di bawah, ingin saya terangkan jenis-jenis najis Bayi NR pula
  • Mekonium
    • Hadir pada hari-hari terawal kelahiran. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus bayi semasa dalam rahim dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Walaupun kotoran ini sukar ditanggalkan, mekonium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik.


  • Lawas
    • Sifat najis bayi yang normal ialah kuning cerah seperti biji sawi dan baunya kemanis-manisan. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam. 
    • Bayi NR selalunya akan membuang 3 kali sehari dengan  kadar najis yang banyak (kadang-kadang sampai terkeluar pampers)
    • Di sinilah fungsi NR utk membantu mengeluarkan birubilin dari badan Bayi Nr lalu membantu mengurangkan penyakit kuning bayi.

  • Terkencit
    • Najis ni selalu wujud pada Bayi NR. Dan ibu-ibu menganggap najis ini seperti cirit birit sedangkan ia adalah najis yang "terkeluar"ketika Bayi NR membuang angin (kentut). Ini kerana bayi baru lahir mana la mampu nak kontrol keluarnya najis masa kentut kan? Perlu diingatkan, bayi juga kadang-kadang banyak angin disebabkan ibu-ibu mereka yang makan banyak benda berangin masa mengandung dahulu. So bila NR di dalam susu ibu mampu mengesan lebihan angin dalam badan bayi, of course lah angin-angin ini akan dibongkar melalui kentut. 
    • Selalunya bila Bayi NR kerap keluar najis beginilah buatkan ibu-ibu tadi menghentikan pemakanan Phyto Natal atas alasan bayi mereka cirit-birit. Sedangkan ibu-ibu tidak perlu risau selagi Bayi NR mereka kelihatan selesa dan tidak meragam, maka ia menunjukkan proses pembersihan dalaman tidak memudaratkan Bayi NR anda.
    • Bayi NR yang kerap buang air dan kentut kelihatan lebih selesa dan ceria. Dan kebanyakkan bayi-bayi ini susah nak kena penyakit kembung dan juga Hernia

  • Kembung / Angin
    • Menurut bidan kampung, najis bayi yang kehijauan menunjukkan bayi mengalami kembung angin. Kadang-kadang jika ibu tersilap makan benda berangin, bayi mereka secara automatik akan keluar najis bewarna hijau. Dengan Phyto Natal, najis ini mudah keluar tanpa perlu Bayi NR mengalami sebu-sebu perut yang boleh membuatkan mereka menangis sepanjang malam.



So, kepada ibu-ibu yang telah/ingin mengamlkan set bersalin NR, sila pantau keadaan jenis najis Bayi NR anda. Jangan berdasarkan sikap AGAK-AGAK anda, anda kerugian besar apabila menjadi wanita yang tidak mengamalkan herba ketika dalam pantang.

Sebab kebanyakkan wanita yang tidak mengamalkan apa-apa herba ketika dalam pantang, akan mula merasa kesakitan tubuh badan dan bermasalah di bahagian faraj selepas 6 bulan bersalin. Anak-anak anda semakin kuat dan membesar. tetapi ibu-ibunya pula semakin penat dan tenat.

Akan tetapi pengamalan Phyto Natal perlu juga dipantau dan dihentikan dengan kadar segera jika:
  1. Bayi anda kelihatan  tidak selesa selepas anda mengamalkan Phyto Natal
  2. Bayi terlalu kerap buang air  (extreme: lebih 3 pampers penuh najis dalam tempoh1 jam) selepas anda mengamalkan Phyto Natal
Kerana kadang kala ada bayi yang dilahirkan dengan perut yang over sensitif. Terutamanya bayi pra-matang. So ibu-ibu boleh teruskan sahaja minum Akar Herbanika tanpa Phyto Natal, dan bila bayi anda sudah kelihatan sedikit kuat, anda boleh mula semula amalkan Phyto Natal.

Bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak, tiada alasan untuk anda tidak mengamalkan herba ketika dalam pantang bukan?





Sunday, October 19, 2014

TIPS BERPANTANG SENDIRI: Cara elakkan "berendam"air.



Tahukah anda: Ibu berpantang tidak boleh "bermain air"?

Hatta untuk aktiviti2 di bawah ini sekalipun iaitu:-
1. Basuh baju
2. Basuh pinggan
3. Mandikan bayi
4. Mandi

Sebab.....bila si ibu ni selalu bermain dengan air, urat-urat ibu akan senang kembang. Dan ibu boleh terkena bentan urat yang mengakibatkan tangan dan kaki kebas-kebas, demam dan menggigil.

Tetapi bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri, maka anda tidak ada alasan untuk tidak melakukan rutin harian tersebut. Cara-cara ini Ice belajar dari pelanggan-pelanggan Ice yang berpantang sendiri.

1. Basuh Baju

  • Kan dah ada kemudahan basuh baju menggunakan mesin basuh. Akan tetapi jika mesin basuh anda adlah semi auto, maka Ice cadangkan berhati-hati ketika memindahkan baju basah yang hendak dikeringkan (spin). Jangan angkat sekaligus kerana baju basah kan berat. So apa kata anda angkat sedikit demi sedikit, dan yang penting kenalah pakai sarung tangan. Takpun, tunggulah suami balik baru suami keringkan untuk anda.
Jangan angkat kain basuhan yang berat ketika dalam pantang
  • Bagi yang fully auto, tiada masalah kan.Tetapi masalahnya akan timbul bila ingin menyidai baju. Ice pernah tegur pelanggan yang berdiri  hampir sejam untuk menyidai baju di luar rumah dalam tempoh berpantang. Sebab lepas dia sidai je baju-baju basah tu, dia tiba-tiba nak pitam.. Ibu ice ajar Ice beli penyangkut baju banyak(hanger). Lepas tu baju yang dah di basuh, ibu-ibu boleh gantungkan dengan hanger. Masa sangkutkan baju ni, ibu-ibu janganl;ah gatal-gatal berdiri. buat di atas lantai sambil bersimpuh.  Jangan diangkat baju2 ini (sebab berat). Hamparkan sahaja di atas bakul baju. Tunggu suami balik baru suami sidaikan di ampaian luar.
Elakkan aktiviti yang memerlukan ibu terlalu lama berdiri.

2. Basuh pinggan.
  • Anak 5 orang. Masih kecil. Pinggan masuk semestinya salah satu benda yang paling menyesakkan untuk diuruskan ibu. Ada 3 pilihan di sini. 
    • Serahkan tanggungjawab membasuh pinggan kepada orang lain (suami / anak yang lebih besar)
Didik suami dan anak-anak membantu kerja rumah.
    • Pakai pinggan pakai buang. Kos pun murah shj.
    • Basuh juga pinggan TETAPI dengan menggunakan sarung tangan getah. And tolong ya ibu-ibu. Masa basuh pinggan ni jangan lah berdiri. Ambil bangku tinggi , dan duduk sambil basuh pinggan.


3. Mandikan bayi
  • Dari ilmu Gentle Birth yang saya belajar, bayi baru lahir tidak dimandikan untuk 3 hari pertama selepas kelahiran mereka. Cukup hanya lap2 mereka dengan kain yang dibasahkan dengan air suam. Ini bagi membantu vernix menyerap ke kulit bayi. (Apa itu Vernix)
Bayi yang diselaputi vernx
  • Kemudian, bayi hnya dimandikan SEKALI sehari sahaja. Cukup. Bayi tidak aktif berpeluh. kalau mereka kepanasan dan naik ruam, anda boleh gunakan tepung ubi untuk redakan ketidakselesaan bayi anda. Tepung ubi lebih selamat dari krim-krim kimia dan bedak-bedak talkum dipasaran.
  • Ibu boleh lap-lap sahaja bayi. Kemudian tunggu suami pulang dari kerja untuk mandikan bayi. Kalau suami jenis pulang lambat, suruh suami mandikan bayi dahulu sebelum ketempat kerja. Akan tetapi, kalau dah mandikan pagi-pagi (630pagi); pastikan:
    • Air suam panas. Jangan terlalu sejuk
    • Jangan basahkan kepala bayi. Hanya basuhkan muka
    • Selepas mandi, tolong tuam bayi sehingga suhu badan bayi kembali panas (selesa). Tuam keseluruhan badan ya. Jangan di perut shj. tutup kipas dan tuam bayi sampai bayi tak menangis kesejukkan lagi. Masa tuam tu, balut bayi dalam tuala kering. Selak tuala bila nak tuam suatu bahagian badan bayi.
    • Pakaikan minyak sederhana panas di dada dan belakang bayi. untuk elakkan paru-paru bayi berair)
    • Pakaikan bengkung di dada bayi menutup sehingga perut. Kadang-kadang ada ibu bapa hanya menutup salah satu bahagian. Jadi, konsep bengkung tu dh tak valid dah pada bayi.
Pemakaian bengkung bayi yang betul. Credit : zaqeilsbabyz.blogspot.com

4. Mandi.
  • Kadang-kadang ada ibu habit mandi lama-lama di dalam bilik air. Nak belek apa pun tak tahulah. Kalau ibu-ibu bawah jagaan Blessed Beauty Confienment, memang kami akan pastikan ibu-ibu hanya mandi 10 minit; maksimum!. Jangan berlama-lama di bilik mandi. Amalan berlama di tandas boleh menyebabkan ibu-ibu mudah terkena penyakit arthritis (sakit sendi) bila menginjak tua.
  • Mandi bagi ibu-ibu berpantang hanyalah sehari sekali sahaja!. So mandilah ketika waktu Dhuha (ketika matahari sudah meninggi) dan di waktu petang, cukuplah sekadar lap2 sahaja badan.
Mengikut ilmu bidan-bidan lama, ibu-ibu yang selalu bermain air ketika dalam tempoh berpantang mudah kelihatan lesu, mengalami maslah faraj berair, akan berlarutan sakit tumit dan kulit badan mudah lembik dan berkedut.


Monday, March 3, 2014

Tombong: Punca dan asbab dari sudut perbidanan melayu.



Rahim wanita disokong oleh pelbagai otot, tisu dan ligamen. Disebabkan kelahiran (normal atau pembedahan), lebih- lebih lagi kesukaran ketika bersalin boleh menyebabkan otot, tisu dan ligamen ini semakiin lemah.
Oleh kerana itulah terdapatnya beberapa kekangan di dalam aturcara berpantang yang kelihatan agak remeh, akan tetapi sangat-sangat relevan untuk diikuti.
Antaranya:
  • Berjalan dengan perlahan-lahan tanpa mengentak kaki.
  • Kurangkan aktiviti yang berlawan dengan graviti seperti berjalan dan berdiri lama-lama
  • Pentingnya pemakaian bengkung yang membantu menampung rahim yang tenat ketika berpantang.

  • Perlunya pemakanan herba-herba terpilih yang membantu memperbaiki kembali kerosakan pada tisu, otot dan ligamen sekeliling rahim dan dapat mengecutkan rahim. Multivitamin semata-mata tidaklah mencukupi wahai adik kakak.
  • Jangan angkat benda berat ketika dalam pantang. Berat bagi istilah bidan lama air dalam cerek pun dah dikira berat. Inikan pula nak ddukung anak2 yang besar ketika berpantang. Ice pernah tegur beberapa orang ibu yang selamba dukung anak berusia 2-3 tahun atas alasan anak menangis. Bagi saya, biarlah anak menangis sekarang, dari korang menangis hilang rahim dikemudian harinya.

Air penuh dalam cerek ni pun dah dikira berat.
Akan tetapi, tombong boleh berlaku disebabkan oleh faktor usia kerana wanita yang berumur dan dalam frasa putus haid kekurangan hormon estrogen yang membantu "memegang" rahim ditempat yang sepatutnya.

Sebab itulah dengan NR atau Nona Roguy, pemakanan herba sangat-sangat dititikberatkan meskipun ketika wanita sudah putus haid. Dan herba-herba amalan untuk kewanitaaan dari NR ini sangat-sangatlah menitikberatkan proses imbangan hormon yang mengelakkan berlakunya masalah penyakit puan di usia tua nanti.


Tombong tidak akan keluar secara mendadak atau tiba-tiba. Kebiasaannya ia berlaku secara berperingkat:

Servik adalah permukan rahim

Kedudukan rahim (uterus), servik (pembukaan rahim) dan vagina (faraj)
  • 1st degree: Servik jatuh ke dalam saluran faraj. Kalau istilah perbidanan dipanggil JATUH PERANAKAN. Ketika tahap ini, ibu-ibu akan merasa kencing tidak lawas, senang terkencing ketika batuk dan bersin dan berasa sakit ketika bersama suami. Selalunya bidan akan buat urutan sengkak peranakan untuk menaikkan kembali rahim ibu.
  • 2nd Degree: Servik jatuh ke permukaan pembukaan faraj. Ni kira bila kangkang aje...tak namak. Tapi kalau dijolok masuk faraj, dah terasa dekat pintun faraj. 
  • 3rd Degree: Servik dah di luar faraj. Kiranya jika mengangkang, dah nampak dah servik seperti teur burung puyuh terkeluar dari faraj. Kiranya macm buasir. Cuma buasir dekat belakang. Tombong ni macam "buasir" dekat depan.

  • 4th Degree: Keseluruhan rahim dah terkeluar. Selalunya terjadi kepada wanita-wanita berusia 70 tahun ke atas. Akan tetapi di zaman kurangnya amalan berpantang ni, wanita berusia petengahan 50an pun pernah jadi kes 4th degree prolapsed ni. 

Antara simptom tombong:
  • Rasa "penuh" atau senak dibahagian ari-ari
  • Sakit pinggang (bahagian tungking) yang teramat sangat.
  • Rasa seperti sesuatu nak "terkeluar" dari faraj
  • Sakit ketika bersama suami
  • Susah buang air besar dan kecil
  • Susah berjalan



Saturday, March 1, 2014

Tombong; Mitos yang terzahir.



Zaman dahulu, tombong hanya meniti dari bibir-bibir ibu tua, yang digunakan untuk menakut-nakutkan anak2 gadis atau ibu-ibu muda di dalam pantang.

Masa pertama kali ice dengar pasal tombong pun ketika dimarah arwah moyang kerna panjat pokok rambutan dihalaman rumahnya di Serting, Negeri Sembilan.

"Jangan panjat pokok tinggi-tinggi. Jatuh kang, keluar tombong."

Dari fikiran anak gadis 14 tahun, "Celah mana pulak tombong kelapa nak keluar bawah pokok rambutan ni." Ice hanya tersengih dan menggeleng kepala.mendengar momokan arwah onyang.

Setelah menginjak dewasa, menjadi isteri dan ibu, dan berkecimpung secara serius di dalam bidang Rawatan Penjagaan Pantang, kes pertama diterima mengurut seorang wanita berusia. Ketika mengurut dicelah paha, terpegang sesuatu yang terjolol terkeluar dari celah seluar dalamnya. 

"Eh, apa benda ni?"
Detik hati. Dalam diam menyelak dan terpempan. Masyallah.....tombong. 

Perlahan2 menegur makcik tersebut. Makcik itu hanya mengangguk dan beritahu dia sudah lama keluar tombong. Dalam 12 tahun lamanya. Dia beritahu, akibat mengangkat tong gas ketika berpantang demi jualan mee kari di kedai makan, dia terpaksa akur dengan harga yang perlu dibayar dihari tua. tombong sebesar tapak tangan menjadi saksi.

Ada relevan mengapa anak gadis dilarang mengangkat benda-bend berat.

Lama kemudian, sekali lagi Ice dihuni dengan panggilan telefon seorang wanita beranak dua. Prolapse 2nd degree kerana slip disc. Pernah jatuh menyebabkan disc yang sepatutnya memegang otot rahim menjadi lemah dan akhirnya faraj mengelongsor.

Tahun lepas, 5 kes prolapse Ice attend. Kesemua wanita-wanita ini masih muda. Awal 30-an dan 40-an. Kesemua ada cerita tersendiri. Dan kebanyakkannya, kurangnya penjagaaan diri ketika berpantang. Berpantang ala-ala orang sihat. Anak dalam hari sudah diarak kehulu-hilir. Ada yang sudah memandu pada minggu kedua berpantang. Tak kurang yang mandikan bayi bary lahir dalam keadaan mencangkung. Rata2nya masalah selepas berpantang. Dan rata-rata mereka BANGGA apabila dipanggil ibu moden yang TIDAK BERPANTANG.
Ibu berpantang perlu mengelakkan dari duduk mencangkung

Lalu persoalan yang berbangkit sekarang...
Dimanakah silapnya?

Dimanakah silapnya sehingga tombong yang kebanyakkannya dialami oleh wanita berusia senja, sudah terzahir pada wanita berusia muda?

Apa guna wajah dan badan cantik lagi mantap, tetapi tidak mampu berfungsi sebagai pemuas nikmat suami?

Mengapa dibiarkan faraj yang berharga, dilelong sesuka hati atas nama pemodenan?

Mungkin ada yang tertawa sinis dengan pendapat bidan urut muda seperti saya. Tetapi saya yang menyaksikan sendiri trend tombong dikalangan wanita muda ini hanya boleh berkata; anda belum nampak dan terkena, jangan semberono memijak martabat aturan berpantang.

Bagi saya, tidak salah berpantang lebih...asalkan selamat jiwa dan jasad.


Tombong atau Prolapsed Uterus

Thursday, February 27, 2014

Urutan Melayu....pantang hilang di dunia...tak akan lapuk dek zaman.



25hb Februari 2014, telah melakar satu sejarah baru di dalam bidang profesion urutan melayu apabila para pengamal urutan Melayu telah diiktiraf secara terbuka dan gilang gemilang di dalam adat istiadat Konvokesyen MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL AMALAN PROFESIONAL URUTAN MELAYU MamaCare bawah naungan bersama LPPKN, EDUSKILL, GAPERA, HAMA dan NBOS yg dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Meskipun Ice dan hubby sebenarnya lebih dibawah program Persatuan Warisan Urutan Melayu Malaysia atau HAMA, kami turut berbangga untuk mampu menghadirkan diri ke majlis ini atas sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Tidak sia-sia rasanya belajar di bawah naungan Eduskill apabila masa depan kami, para pengamal urutan Melayu, turut diperjuangkan oleh Eduskill itu sendiri.

Semoga pengamal urutan Melayu akan mampu berdiri setanding dengan para pengamal perubatan tradisional yang lain dan semoga urutan melayu akan kembali menyinar dipersada perubatan tradisional di Malaysia.