Monday, March 3, 2014

Tombong: Punca dan asbab dari sudut perbidanan melayu.



Rahim wanita disokong oleh pelbagai otot, tisu dan ligamen. Disebabkan kelahiran (normal atau pembedahan), lebih- lebih lagi kesukaran ketika bersalin boleh menyebabkan otot, tisu dan ligamen ini semakiin lemah.
Oleh kerana itulah terdapatnya beberapa kekangan di dalam aturcara berpantang yang kelihatan agak remeh, akan tetapi sangat-sangat relevan untuk diikuti.
Antaranya:
  • Berjalan dengan perlahan-lahan tanpa mengentak kaki.
  • Kurangkan aktiviti yang berlawan dengan graviti seperti berjalan dan berdiri lama-lama
  • Pentingnya pemakaian bengkung yang membantu menampung rahim yang tenat ketika berpantang.

  • Perlunya pemakanan herba-herba terpilih yang membantu memperbaiki kembali kerosakan pada tisu, otot dan ligamen sekeliling rahim dan dapat mengecutkan rahim. Multivitamin semata-mata tidaklah mencukupi wahai adik kakak.
  • Jangan angkat benda berat ketika dalam pantang. Berat bagi istilah bidan lama air dalam cerek pun dah dikira berat. Inikan pula nak ddukung anak2 yang besar ketika berpantang. Ice pernah tegur beberapa orang ibu yang selamba dukung anak berusia 2-3 tahun atas alasan anak menangis. Bagi saya, biarlah anak menangis sekarang, dari korang menangis hilang rahim dikemudian harinya.

Air penuh dalam cerek ni pun dah dikira berat.
Akan tetapi, tombong boleh berlaku disebabkan oleh faktor usia kerana wanita yang berumur dan dalam frasa putus haid kekurangan hormon estrogen yang membantu "memegang" rahim ditempat yang sepatutnya.

Sebab itulah dengan NR atau Nona Roguy, pemakanan herba sangat-sangat dititikberatkan meskipun ketika wanita sudah putus haid. Dan herba-herba amalan untuk kewanitaaan dari NR ini sangat-sangatlah menitikberatkan proses imbangan hormon yang mengelakkan berlakunya masalah penyakit puan di usia tua nanti.


Tombong tidak akan keluar secara mendadak atau tiba-tiba. Kebiasaannya ia berlaku secara berperingkat:

Servik adalah permukan rahim

Kedudukan rahim (uterus), servik (pembukaan rahim) dan vagina (faraj)
  • 1st degree: Servik jatuh ke dalam saluran faraj. Kalau istilah perbidanan dipanggil JATUH PERANAKAN. Ketika tahap ini, ibu-ibu akan merasa kencing tidak lawas, senang terkencing ketika batuk dan bersin dan berasa sakit ketika bersama suami. Selalunya bidan akan buat urutan sengkak peranakan untuk menaikkan kembali rahim ibu.
  • 2nd Degree: Servik jatuh ke permukaan pembukaan faraj. Ni kira bila kangkang aje...tak namak. Tapi kalau dijolok masuk faraj, dah terasa dekat pintun faraj. 
  • 3rd Degree: Servik dah di luar faraj. Kiranya jika mengangkang, dah nampak dah servik seperti teur burung puyuh terkeluar dari faraj. Kiranya macm buasir. Cuma buasir dekat belakang. Tombong ni macam "buasir" dekat depan.

  • 4th Degree: Keseluruhan rahim dah terkeluar. Selalunya terjadi kepada wanita-wanita berusia 70 tahun ke atas. Akan tetapi di zaman kurangnya amalan berpantang ni, wanita berusia petengahan 50an pun pernah jadi kes 4th degree prolapsed ni. 

Antara simptom tombong:
  • Rasa "penuh" atau senak dibahagian ari-ari
  • Sakit pinggang (bahagian tungking) yang teramat sangat.
  • Rasa seperti sesuatu nak "terkeluar" dari faraj
  • Sakit ketika bersama suami
  • Susah buang air besar dan kecil
  • Susah berjalan



Saturday, March 1, 2014

Tombong; Mitos yang terzahir.



Zaman dahulu, tombong hanya meniti dari bibir-bibir ibu tua, yang digunakan untuk menakut-nakutkan anak2 gadis atau ibu-ibu muda di dalam pantang.

Masa pertama kali ice dengar pasal tombong pun ketika dimarah arwah moyang kerna panjat pokok rambutan dihalaman rumahnya di Serting, Negeri Sembilan.

"Jangan panjat pokok tinggi-tinggi. Jatuh kang, keluar tombong."

Dari fikiran anak gadis 14 tahun, "Celah mana pulak tombong kelapa nak keluar bawah pokok rambutan ni." Ice hanya tersengih dan menggeleng kepala.mendengar momokan arwah onyang.

Setelah menginjak dewasa, menjadi isteri dan ibu, dan berkecimpung secara serius di dalam bidang Rawatan Penjagaan Pantang, kes pertama diterima mengurut seorang wanita berusia. Ketika mengurut dicelah paha, terpegang sesuatu yang terjolol terkeluar dari celah seluar dalamnya. 

"Eh, apa benda ni?"
Detik hati. Dalam diam menyelak dan terpempan. Masyallah.....tombong. 

Perlahan2 menegur makcik tersebut. Makcik itu hanya mengangguk dan beritahu dia sudah lama keluar tombong. Dalam 12 tahun lamanya. Dia beritahu, akibat mengangkat tong gas ketika berpantang demi jualan mee kari di kedai makan, dia terpaksa akur dengan harga yang perlu dibayar dihari tua. tombong sebesar tapak tangan menjadi saksi.

Ada relevan mengapa anak gadis dilarang mengangkat benda-bend berat.

Lama kemudian, sekali lagi Ice dihuni dengan panggilan telefon seorang wanita beranak dua. Prolapse 2nd degree kerana slip disc. Pernah jatuh menyebabkan disc yang sepatutnya memegang otot rahim menjadi lemah dan akhirnya faraj mengelongsor.

Tahun lepas, 5 kes prolapse Ice attend. Kesemua wanita-wanita ini masih muda. Awal 30-an dan 40-an. Kesemua ada cerita tersendiri. Dan kebanyakkannya, kurangnya penjagaaan diri ketika berpantang. Berpantang ala-ala orang sihat. Anak dalam hari sudah diarak kehulu-hilir. Ada yang sudah memandu pada minggu kedua berpantang. Tak kurang yang mandikan bayi bary lahir dalam keadaan mencangkung. Rata2nya masalah selepas berpantang. Dan rata-rata mereka BANGGA apabila dipanggil ibu moden yang TIDAK BERPANTANG.
Ibu berpantang perlu mengelakkan dari duduk mencangkung

Lalu persoalan yang berbangkit sekarang...
Dimanakah silapnya?

Dimanakah silapnya sehingga tombong yang kebanyakkannya dialami oleh wanita berusia senja, sudah terzahir pada wanita berusia muda?

Apa guna wajah dan badan cantik lagi mantap, tetapi tidak mampu berfungsi sebagai pemuas nikmat suami?

Mengapa dibiarkan faraj yang berharga, dilelong sesuka hati atas nama pemodenan?

Mungkin ada yang tertawa sinis dengan pendapat bidan urut muda seperti saya. Tetapi saya yang menyaksikan sendiri trend tombong dikalangan wanita muda ini hanya boleh berkata; anda belum nampak dan terkena, jangan semberono memijak martabat aturan berpantang.

Bagi saya, tidak salah berpantang lebih...asalkan selamat jiwa dan jasad.


Tombong atau Prolapsed Uterus