Thursday, October 20, 2011

Kenapa makan set bersalin NR baby saya jadi kembung???




"salam..nk tny..klu mkn NR ni baby akn kembung ke?baby asyik kembung je..kesian tgknye.. "


Pertanyaan baru Ice terima malam tadi dan sebenarnya bukan Zara sahaja yang bertanya begitu. Ramai.... dan terbaik adalah dengan memberi penjelasan di dalam blog Ice ni.

Ok, NR tidak akan menyebabkan newborn anda kembung. Sebab kalau baby anda kembung, ibunya dahulu akan terkena kembung angin itu. Tetapi selalunya ibu yang mengamalkan Phyto Natal dan air Akar Herbanika ni lawas membuang air besar dan senang buang angin.

Fenomena kembung pada new born adalah normal dan selalunya kembung yang kronik terjadi kerana:
1. Sistem penghadaman bayi tidak berapa lancar lagi
2. Sistem badan ibu ketika mengandung juga menjadi penyumbang utama kepada kembong angin dikalangan bayi baru lahir. Lebih-lebih lagi ibu yang ketika mengandung yang suka minum ais, makan buah-buahan yang menjalar atau sayuran menjalar yang kebanyakkan berangin sedikit sebanyak memberi impak pada kandungan.
3. Ibu-ibu di dalam pantang yang suka berkipas angin dan berair cond, atau memakan benda-benda berangin ketika berpantang, atau meminum air sejuk/ais ketika dalam pantang akan menyebabkan angin mudah masuk ke dalam badan ibu dan angin jahat ini akan disalurkan ke dalam badan newborn melalui susu ibu.

Jika newborn anda kembung-kembung dan tidak lawas membuang air besar, diharapkan ibu-ibu jangan terus berhenti dari mengamalkan Phyto Natal dan air Akar Herbanika. Tetapi dalam masa yang sama, sila buat tuaman pada perut bayi dan juga sapu perut bayi dengan Minyak Berubat Herba NR.

Tuaman bayi boleh dibuat dengan menggoreng lada hitam yang dicampurkan dengan garam kasar dan bunjutkan lada hitam itu di dalam sapu tangan lalu menuam sekeliling perut, paha dan tapak kaki bayi setiap kali selepas mandi dan bila ada masa lapang.

Kemudian sapukan satu badan bayi dengan minyak berubat herba. Minyak ni boleh menggantikan minyak telon. Sapu dari hujung rambut bayi sehingga hujung kaki. Lebihkan dibahagian perut dan celah paha dan kemudian pakaikan bengkung bayi. Bayi pun kena selalu pakai stokin dan sarung tangan serta perlu sentiasa berbedung untuk elakkan angin memasuki badan bayi.

Satu cara lagi adalah meniarapkan bayi di atas tilam lembut dan tepuk lembut belakang bayi. Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan kain atau menelangkup ke atas tilam (lihat gambar baby ice yang paling first. Itu Haidar masa dalam hari lagi Ice dah telangkupkan dia untuk buang angin dia and tuam dengan tungku jintan dia)

Ibu-ibu di dalam pantang juga perlu mengelakkan dari terdedah kepada kipas angin dan air cond kerana ini akan menyebabkan angin mudah masuk ke dalam badan dan angin jahat ini akan masuk ke dalam badan newborn melalui susu ibu.

Sebab itulah ibu dalam pantang ni tak boleh bersejuk-sejuk. Kena selalu dalam keadaan panas sentiasa. Dan cara rawatan NR untuk menghalang angin jahat masuk ke dalam tubuh ibu lalu menyebabkan kembung pada newborn adalah:

1. Setiap pagi dan petang selepas mandi herba, sapu Minyak Herbanika satu badan.
2. Pakai baju lengan panjang dan sentiasa berstokin
3. Pastikan ibu-ibu rajin berpeluh (maksudnya jgn la pergi tebeng tepi kipas atau aircond. bukan buat aktiviti fizikal sehingga berpeluh yer...)
4. Rajin-rajin berlulur dengan Herbanika Lulur NR kerana lulur NR ni akan seal atau tutup segala liang roma ibu dari dimasuki angin jahat. Panduan buat lulur---> klik sini
5. Makan Phyto Natal supaya senang buang air dan minum air Akar Herbanika pekat-pekat supaya senang ibu-ibu buang angin.


Ingin diingatkan sekali lagi, Set Bersalin NR ni baby friendly. Baby akan senang buang air dan buang angin kalau ibunya makan NR. Tapi kalau ibunya tak jaga pemakanan dan juga ketika mengandung dan berpantang dan juga tidak menjaga tertib berpantang, effect dia bukan hanya kepada si ibu, tapi akan tertempias pada newborn juga.

Oleh itu pesan Ice, tolong jangan berhenti mengambil herba NR dalam pantang. Sebab bila herba NR ni dapat merawat penyakit angin jahat dalam badan ibu, automatik newborn anda tidak akan mengalami kembung-kembung lagi.

Salam sayang buat semua

2 comments:

  1. kalau ada g6pd boleh pakai tak minyak herba tu

    ReplyDelete
  2. Salam saya mempunyai masalah sembelit dan awal awal pantang saya menghadapi masalah buasir, kalau makn 2 biji sehari masalah sembelit hilang cuma baby akan terus cirit birit 3 hingga 4 kali sehari. Kemudian bila saya kurangkn pengambilan phytonatal sebiji jer sehari baby ok cuma saya akan sembelit balik dan sungguh nightmare.

    ReplyDelete