Sunday, October 9, 2011

MEROYAN…..MITOS ATAU FAKTA?



Ramai yang pernah mendengar istilah meroyan. Kalau boss HR (pompuan) selalu marah2 tak tentu hala, mulalah korang bisik2 sesama sendiri “Gila meroyan dia tu”. Kalau mak kita tiba2 mulut pot pet 24 jam, bapak korang mesti cakap “Kamu ni megoyan ke Munah?” Kenapa semua simptom ini tertuju khas kepada kaum wanita? Kenapa meroyan tiada pada lelaki hatta kepada lelaki yang nak jadi pompuan sekalipun….?
Sebab……Pompuan ni ada kelebihan satu organ dari lelaki yang dinamakan RAHIM….. Dan apa kena mengena rahim wanita dengan meroyan? Menurut Ensiklopedia perbidanan Melayu, salah satu punca MEROYAN adalah kerana darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna atau teratur, yang seterusnya menjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita.
Apakah darah bantal? Ia adalah sejenis darah yang terkumpul selama SEMBILAN BULAN di dalam merian (peranakan) bersama uri yang dikenali sebagai “bantal” atau “alas bayi”.- Kesan tertinggal darah bantal akan dikupas pada post yang akan dating-
Efek kalau darah bantal tidak habis keluar adalah, bahagian sulit akan berbau busuk meskipun dah di tonyoh Daia mahupun Sunquick. Ini kerana darah busuk lagi berbau ini masih melekat atau tersangkut seperti ketulan kecil atau besar di dalam lapisan tisu rahim.
Sekiranya berlarutan di dalam tempoh berpantang, darah busuk ini akan menyebabkan beberapa simptom berikut:
  • Sakit kepala (migraine) yang sangat2 kuat
  • Kemurungan
  • MEROYAN (baby blues / mother’s blues)
Dari segi perubatan Islam, keadaan badan ibu yang lemah ketika berpantang dan juga keadaan ibu yang kotor dengan darah nifas menyebabkan ibu berada di dalam keadaan fragile dengan anasir-anasir halus seperti syaitan laknatullah. Sebab itu ibu ketika berpantang, dilarang keluar berjalan-jalan di luar rumah, terutamanya ketika waktu maghrib.
Ini kerana ibu-ibu akan mudah mendengar bisikan-bisikan halus yang mendorong mereka melakukan perbuatan diluar jangkaan manusia. Kita tidak boleh menafikan fakta ini kerana sudah banyak kes dimana ibu-ibu dalam pantang cuba mencederakan diri mereka sendiri dan juga ada sehingga ketahap membunuh bayi mereka tanpa sedar.
Mari kita kupas lebih lanjut tentang Gila Meroyan. Gila meroyan ada beberapa jenis iaitu:-
1. Meroyan Api
a. Ibu jadi bengis, garang, cepat marah sehingga ketahap menjerit0jerit dan boleh lupa diri.
b. Kemarahan adalah melampau sehingga kadang-kadang menghempas atau membaling anak sendiri (macam pernah dengar je kan kes ni baru2 ni)
2. Meroyan Kentung
a. Ibu jadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa.
b. Adakala kelihatan seperti budak bodoh, sehingga jika berlarutan tidak boleh membezakan antara bantal dan anak. Didodoi la si bantal sedangkan anak dok meraung2.
3. Meroyan Urat
a. Ibu mengalami keteganganh urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot
4. Meroyan Lendir
a. Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar, dan keguguran rambut serta badan menjadi susut.
5. Meroyan Tinggal
a. Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri atau mengambil peluang untuk lari dari rumah.
b. Ada juga yang tak mahu pandang, susukan atau dukung bayi sendiri
c. Ibu akan sering tertawa, mengilai ataupun tidak mengenali suami sendiri
6. Meroyan Bulu
a. Ibu sentiasa berasa seram sejuk, bulu roma dok standing 24 hours, dan kadang kala menggeletar kesejukan sehingga tahap kancing gigi
b. Kadang kelihatan seperti tersampuk.
7. Meroyan Kulit
a. Ibu berasa gatal satu badan dan tergaru-garu

Kaedah rawatan Meroyan.
1. Dari sudut Islam:
  • Mandi air yang telah dijampi dengan bacaan2 berikut:
· Al-Fatihah 7x
· Selawat Nabi 100x
· Al-Ikhlas 33x
· Selawat al-Aqashah 7x
· Doa Haikal sepenuhnya dan ayat yang terakhir diulang sebanyak 7x
  • Jika pesakit tenat- mandi 44 hari
  • Jika penyakit ringan – mandi 7 hari
  • Jika ibu bersalin rasa kurang selesa atau seram sejuk – cukup mandi 3 hari
Ikhsan Ensiklopedia Perbidanan Melayu
2.
    Dari perubatan NR:
- Minum air akar herbanika pekat2 sebanyak yang boleh dan amalkan makan phyto natal sehingga hari ke-100.
- Sentiasa pastikan badan ibu dalam keadaan panas.

Selain itu, ibu diminta selalu mengingati Allah. Sentiasa berselawat. Dan kaum keluarga terutamanya suami harus faham akan keadaan isteri yang diserang meroyan. Suami diminta banyak bersabar dan tidak jemu memberi semangat kepada isteri.
Kedengaran sungguh ironik akan penyakit ini, tetapi dengan arus pemodenan, ia dianggap mitos sedangkan dari segi saintifik, ia terbukti wujud. Oleh itu, ibu-ibu yang sedang berpantang…tolonglah dengar pesanan orang tua meskipun kedengaran agak lucu dan kolot. Untuk ibu-ibu yang akan berpantang, perbanyakkanlah ilmu tentang aturcara berpantang sebelum menempuh tempoh 44 hari ini. Dan kepada suami, perisaikan rumah dan keluarga sentiasa dengan ayat suci Al-Quran dan pastikan anda tidak membebankan isteri ketika mereka berpantang.

Harap post Ice kali ini dapat membantu bagi mereka yang mencari mitos dalam realiti…
Salam sayang buat pembaca, moga kalian sentiasa dilindungi-Nya



1 comment:

  1. Pernah tengok darah bantal tu masa slps lahirkan anak kedua.

    Masa tu..nak pi toilet bersihkan tubuh.

    Sekali keluar setongkol macam tu..panik jugak..sbb kali pertama tengok.

    MIL ckp..eloklah dah keluar..darah tu lah bantal baby..

    Legaa rasa. Tak sangka bahaya kalau tak dikeluarkan.

    Thanks ice..berkongsi info

    ReplyDelete