Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

Shhh...My journey back to Kulim...

Last 28th March, Ice dah bertolak balik ke Kulim. Nak sambung tempoh pantang di sana. Kenapa Ice baru nak balik after 2 minggu bersalin? Sebab masa anak first dulu, Ice balik masa hari ke-7 lepas bersalin. So kat tempat jahitan tu terbukak sikit dalam 2 mm.

Sakitnya, nauzubillah...Nasib lepas Ibu Ice dah basuh luka tu dengan uncang cuci dan tempel Phytox yang telah ditumbuk halus kat tempat luka, by the next day luka tu terus kering.

Iyerla...Phytox tu kan ker ekstrak kunyit. Kunyit kan bagus untuk luka... dan ...
uncang cuci ni memang bagus kalau dijadikan sebagai antiseptik sebarang luka....Ice selalu cuci luka tempat ceaser Ice dengan Uncang cuci herbanika ni. Ice selalunya cuci lepas mandi dan waktu petang-2 kali sehari.

Ice akan apply air uncang cuci herbanika ni suam2 pada tempat luka... Memang berkesan...dalam tempoh 24 jam, luka Ice akan kering...



Ni gambar I ngan my family on the way balik Kulim...



Me with Haidar Umair....
ni hari ke-18 lepas bersalin....


Dah sampai.....

Sekian....

Wednesday, March 24, 2010

Shhh...Cara penyediaan batu tungku....


Olla!!!

Today, Ice nak ajar macam mana nak sediakan batu tungku cara tradisional...

1. Panaskan batu sungai. Ice pakai batu sungai sebab dia perangkap haba lebih lama berbanding batu-batu lain


2. Sediakan daun lengkuas dan ratakan di atas kain tuala/batik yang digunakan untuk bertungku.


3.Taburkan sedikit garam kasar



4.Letakkan batu tungku tadi....

5. Rapikan. Pastikan semua daun lengkuas melitupi batu tungku


6.Bungkus dengan kain...


7. Buat bunjut....


8. And boleh start tuam....


Soo...selamat mencuba...!!!

Shhh...2nd week berpantang

Salam sayang...

Hari ni genap 2 minggu Ice dah berpantang... My latest info adalah:

Tempoh selepas bersalin : 14 hari

Berat badan : Nanti malam Ice timbang (Last Week 65kg)

Pinggang : 31" (Last Week 36")
dan buktinya adalah...



Pinggul : Still 40" (Last Week pun 40"). Part ni memang lambat sikit la nak turun...

And menu terbaru yang Ibu ice masakkan adalah....

NI adalah Ikan bakar bersama acar rampai

bersama kerabu pegaga...

Ice nak ceritakan sedikit khasiat pegaga nih. Ia baik untuk ubati penyakit darah tinggi.Dan untuk ibu-ibu dalam pantang, khasiatnya kepada kita adalah ia membantu mengecutkan peranakan dan juga menghilangkan pigmentasi di muka.

Ye la...macam Ice 2 kali menagndiung, pigmentasi tiba2 naik terlalu la banyak. So dengan makan pegaga ni, ia menjadi anti-oksidan yang membantu menghilangkan pigmentasi ni...Memang elok.

Selain itu, ia elok untuk atasi masalah kencing manis juga.

Di bawah ialah gambar latest Ice...hehehe....




Muka Ice still ada water retention...Pipi still kembung...



Ice puas hati sebab dalam masa 2 minggu Ice dapat kembalikan ke"merah"an muka Ice.


Dulu time anak pertama mau2 3 minggu baru muka x nampak pucat. Ini disebabkan oleh Ice amalkan Nu3Med(produk terbaru NR) 2 kali sehari. Ice dah habiskan 2 botol dah.



Ni Ice kat "tempat kerja" Ice...hehehe...

So...apa pendapat korang dengan perubahan terbaru Ice nih???

Saturday, March 20, 2010

Shhh.... Akar Herbanika teman breast feed ku....


Salam semua....

Setelah melihat blog ice ramai ibu-ibu yang berminat nak mencuba NR ketika pantang....Alhamdulillah....

Tetapi mereka takut effect baby... Effect??? Memang la ada....

Salah satunya ialah....susu badan akan menjadi bertambah banyak, dan dengan itu akan mengenyangkan buah hati anda....hehehe. So. xder la dia meragam ibu dia x banyak susu.

Macam Ice contohnya, masa hari ke-5 susu dah melambak2... Itu semua adalah penangan NR. Lebih2 lagi kalau rajin minum air Akar Herbanika. Cuba tengok pic di bawah...

Ni sebelah kanan punya susu-3 ounce (hari ke-5)

Ni sebelah kiri punya susu (dalam breast pump)- 3 ounce (hari ke-5)

So, Ice boleh gerenti, NR takkkan menyebabkan susu Ibu yang dalam pantang kering...sebab NR tidak panas...malah ia membantu mengeluarkan lagi susu badan ibu, lebih2 lagi dengan air akar herbanika tuh...

Tapi kalau masalah ibu yang ada puting kecil atau tersorok, tu NR x boleh buat apa. So Ice cadangkan, sesiapa ada puting yang kecil, semasa waktu mengandung, rajin2la stimulate puting anda agar senang keluar...takpun, kaum papa2 buat overtime sikit ler...hahaha...(cheh, ter lucah lak)...hihihi

Salam sayang....and happy breast feeding!!!!

Thursday, March 18, 2010

Shhh...menu ku dalam pantang

Di bawah ni ada gambar-gambar menu I dalam berpantang. Dibuat khas oleh Ibu tersayang-Kak Bed...

Tiap2 hari, menu berbeza2. tapi I tak ingat la namanya. Nak tanya ibu, dia dah tido...so tomorrow je la i update nama menu I ni yek...



Sup ikan merah

Macaroni Daging

Acar Rampai

Ikan Haruan Salai Masak Asam Cuka

Meu berpantang I hari ke-5

Menu berpantang I hari ke-6. Ikan Siakap Masak Lada Hitam Sup Sayur

Sayur Campur

Ikan Haruan Salai Masak Asam Kering

Menu berpantang I hari ke-8

Kalau you all perasan, air dalam gambar2 ni bukan air teh taw...Itu Air Akar Herbanika...best woo...layan panas2 sebelum makan. So xder la bernafsu sangat nak makan...sebab dah kembung air dulu....

Diingatkan, minum air sejurus lepas makan boleh menyebabkan BUNCIT!!! So, beware...!!!!

Shhh... 1st week berpantang...my latest update

So...now Ice dah officially dalam tempoh pantang...So this is my latest ukur lilit:

Tempoh selepas bersalin : 1 hari

Berat badan : 65kg (Last Week 73kg)

Pinggang : 36" (Last Week 43")

Pinggul : 40" (Last Week pun 40")

Memandangkan Ice ni bukanlah artis ternama, atau celebrity terkemuka dengan ini Ice exposekan muka Ice time tengah selebet dalam berpantang. So you guys dapat tengok transformasi ice yang sebenar...(Jangan korang kutuk lebey2 sudah....)

Inilah muka Ice yang tengah menembun dengan imbalance hormones and lots and lots of water retention problem-masalah kebiasaan ibu2 dalam pantang.

So saksikanlah Ice yang dalam pantang........


Ni gambar Ice masa birthday putera sulong Ice-3 hari selepas bersalin.- Tengok muka Ice. Pucat dan tak bermaya kan...

And ni masa Ice dah balik rumah dari hospital-hari ke-5:- kalau you all perasan, jari2 Ice bengkak air kan...

And ni masa best friend Ice datang menziarah-hari ke-6:-My double-chin still showing. Muka Ice sembap


- Even after one week, muka Ice still pucat. Sebab kalau seseorang tu undergo ceasear, memang banyak darah yang hilang. It takes few days(sometimes week) to recover. So normal for yang menjalani ceasear. But for those yang undergo normal delivery, by this time, muka you all suppose dah kemerah-merahan. Nak2 kalau makan NR.

So, Ice cadangkan ibu2 yang undergo ceaser macam Ice, please makan iron tablet yang klinik kerajaan bagi tu. So boleh replace darah kita yang banyak hilang.

Ice start makan Phyto Natal masa hari ke-3 selepas bersalin. tapi Air Akar Herbanika Ice dah start since hari pertama.

Buat masa ni, rawatan dalam pantang Ice dah buat adalah:
  • mandi herba
  • bertungku
  • berbengkung
Untuk mengurut, berbarut dan melulur, mungkin minggu depan Ice akan start.

Untuk NR, Ice amalkan
  • pagi sebelum sarapan - 3 biji Phyto Natal + 1 sudu besar Nu3Med + 1 cawan pekat Akar Herbanika
  • Petang - 1 sudu besar Nu3 Med
Kalau kalian tengok. dari gambar hari ke-3 Ice sampai la hari ke-7, sembab air atau "water retention" dalam badan Ice semakin berkurangan. Semua itu disebabkan Ice rajin mengamalkan Air Akar Herbanika. Kalau Ice dahaga je, Ice minum air akar ni. Nanti Ice update lagi next week, k.

Dan yang penting, always keep warm...pakai stokin...elakkan berkipas terlalu banyak dan elakkan bersejuk...

Chiow....Muaksss XOXOXO

Wednesday, January 13, 2010

Kukongsi Rahsia Wanitaku.... Set Bersalin NR..




Selama 18 tahun berkecimpung di dalam dunia NR, kebanyakkan feed-back yang di terima tentang keunggulan khasiat Set Bersalin NR adalah dari mulut customer ibu ( Kak Bed). Memang nampak perubahan kepada pelanggan-pelanggan yang menggunakan set ini.

Dalam tempoh berpantang, muka-muka customer nampak merah (tidak pucat), mata nampak cergas dan badan kelihatan segar. Apa yang mengagumkan, ada sesetengah customer yang badannya lagi slim dari badan mereka ketika anak dara dahulu…. Sebagai anak dara, pengalaman mereka banyak I jadikan modal atau bahan untuk menjual produk bersalin ini…

Tetapi tanggal 13 March 2009, akhirnya I berkesempatan juga menggunakan produk Set Bersalin NR ini secara real. Meskipun ketika anak dara dahulu I sudah mula makan Phyto Natal, sudah mula minum air Akar Herbanika, tetapi kali ini penggunaan adalah ketika I berpantang anak sulung - Dzulqarnain.

I melahirkan Qarnain secara caesarean ataupun pembedahan. Tetapi ketika di wad hospital lagi set-set bersalin ni sudah gah I tayangkan di atas locker tepi katil, tanpa mempedulikan jelingan jururawat dan staff nurse yang lalu lalang.

Hari pertama, mereka melarang I minum “jamu” , takut bayi kuning, katanya. Tapi I yang tahu akan perbezaan “jamu” dengan “herba” dengan selamba meneguk air Akar Herbanika di hadapan mereka.

Ok…on March 2009, bermulalah pengalaman I bersama Set Bersalin NR. Dari penjagaan luar ke dalam. Dari atas ke bawah. Antara produk yang I gunakan:

1. Akar Herbanika



Hari pertama, dek penangan air Akar Herbanika, my susu pertama (kolostrum) terlalu banyak. Memandangkan ketika itu I ceaser, so I tak dapat menyusukan Qarnain yang ketika itu berada di dalam nursery. Jadi nurse-nurse itu membantu memerah susu pertama I. Rasa macam lembu pun ada jugak. Hihihi…

Mereka tak habis-habis memuji susu I yang banyak keluar. Sampai bengkak-bengkak susu I dikerjakan. Dan hari seterusnya, I menyusukan Qarnain dengan puasnya, tanpa masalah. Qarnain pun kurang meragam disebabkan cukup minum.

Ketika hari pertama selepas pembedahan, kami digalakkan untuk bangun sendiri. Ketika ingin berjalan ke bilik air, I rasa sakit yang teramat sangat di bahagian yang dibedah (atau dilapah…Hehehe). Sakitnya seperti tempat luka itu dicucuk-cucuk dan dihunus dengan pisau berkali-kali. Tetapi I gagahkan juga pergi ke bilik air.

Disebabkan bersalin di hospital kerajaan, nurse hanya melihat. So I hampir merangkak untuk kebilik air. Setibanya di dalam “bilik kecik” I terus duduk di atas mangkuk tandas. Dan apabila cuba membuang air kecil, tiba-tiba berbondong-bondong darah pekat (atau darah bantal) yang keluar sekali harung dengan kencing .

Selepas 5 minit keluarnya darah bantal itu, I rasa lega yang teramat sangat. Dan ketika ingin berdiri I rasa pelik sangat apabila kesakitan yang I alami tadi hilang dengan sekelip mata- seperti magik!!!!. Dan I keluar dari bilik air dengan berjalan secara tegak, tidak membongkok seperti ketika I masuk ke bilik air tadi.

I percaya, semua ini terjadi kerana amalan I meminum air Akar Herbanika sejak hari pertama I bersalin. At the same time, air Akar Herbanika ini dapat mengeluarkan angin kotor atau "angin meroyan" dari dalam badan kita. So istilah "baby blues" atau meroyan dapat dielakkan.


2. Herbanika Lulur



Masa I pregnant, memang banyak pigmentation kat badan…. You guys tengok la gambar I dalam pantang…leher I hitam, tu tak kira ketiak and celah-celah peha tuh…Tapi I rajin melulur….I pakai lulur NR la… Lulur ni kuning sikit, tapi bagus sangat….Yang pasti, abis jek tempoh pantang, semua pigmentation I hilang…And I got new brand skin…Hehehe…Hubby pun puji….


Lulur ni, kena pakai dengan air florida and I tambah sikit Minyak Berubat Mustajab a.k.a minyak baby….Ia membantu menghilangkan daki degil, menghaluskan kulit dan yang penting menutup liang-liang roma wanita dalam pantang dari dimasuki angin…. You guys kena tahu, time kita dalam pantang, we must keep ourselves warm…jangan dedahkan diri dengan angin-angin sejuk.. Sebab tu 24-7, 44 days, ibu I x bukak kipas untuk I….Panas and melekit jgn cerita la…Tapi yang penting, badan I x masuk angin…..


3. Phyto Natal




Phyto Natal…satu-satunya supplement untuk makan ketika dalam pantang. Disebabkan ceaser, after 3 days baru I start makan. Itupun ibu bagi 2 biji jek (suppose 3-4 tablets). Ni untuk melawaskan pembuangan air besar. You guys pun sedia maklum yang ketika dalam pantang masalah sembelit la yang buat kita tak selesa….

So memandangkan NR memang expertise dalam bab “buang-membuang” nih so I memang lega sangat bila amalkan Phyto Natal…. Dalam sehari, I ketandas adalah dalam sekali dua… And yang penting, xyah teruk2 meneran. Sistem kumbahannya agak rilek dan tidak stressfull…Hehehe

Masa tu, kalau you guys makan Phyto Natal, cuba-cubalah teropong apa yang keluar…Macam I banyak bendalir (liquid) asing yang keluar-menandakan during I pregnant, I memang mengalami sedikit water retention atau kembung air… Ada orang yang keluar angin 24 jam-so dia ni memang kembung angin…So apa yang keluar tu adalah bendasing yang perlu dikeluarkan dari badan kita sepanjang tempoh berpantang.

Tapi bab yang paling best, darah nifas I x berbau bangkai… Tuan puan jangan tak tahu, ada wanita yang dalam pantang mengalami masalah darah nifas berbau. Sampai suami sendiri pun tak mahu duduk dekat…Bau darah nifas yang teruk seakan-akan bau bangkai dan meloyakan.Ini semua dapat diatasi dengan Phyto Natal.

Phyto Natal juga membantu mengeluarkan darah bantal (nifas) dan angin (meroyan) dari sistem tubuh. Insyallah, dengan pengamalan yang berterusan selama 44 hari dengan Phyto Natal dapat mengelakkan ibu-ibu yang baru bersalin dari "baby blues" atau gila meroyan. Ia turut membantu mengimbangi emosi ibu-ibu selepas bersalin dan memperbaiki kembali hormon kewanitaan kita.


4. Herbanika Barut



Dan perut I ibu bengkungkan selepas 5 hari. Itupun longgar-longgar. Just xnak kasi perut mengeleber….Kalau yang bersalin normal, on the spot dah boleh bengkung dah…So sepanjang berpantang, I akan ikat bengkung ikut keselesaan I, tapi memang berbengkung tak lepas la



Malam pun I bengkung. Bengkung yang ibu jahitkan ni sedap sebab dia wrap-up dari paha sampai bawah breast. Pakai sendiri pun senang. Tapi I bukan bengkung kosong. Ibu pakaikan I Herbanika Barut, yang dimasak dengan asam jawa. Titik sedikit minyak herbanika.





Nak pakai paste ni pun kena panas suam kuku. Supaya haba tu dapat pecahkan lemak dan mudahkan ia diserap masuk ke dalam liang roma perut. Time berbengkung ni I paling suka sebab rasa badan tegap dan kemas. Disebabkan rajin berbengkung, alhamdulillah I dapat balik figure I after 44 hari….Syiok giler….

Ada juga barut yang bentuk paste. So tunggu sapu ajer. Tapi I lebih prefer yang masak coz bagi I itu lebih effective…


5. Minyak Herbanika


Minyak Herbanika Bersalin ni ibu gunakan untuk mengurut I. Tapi kalau x mengurut, I just sapu satu badan lepas mandi, so membantu menyegarkan urat badan I. Minyak ni a bit panas dari Minyak Berubat Mustajab, so xdigalakkan untuk baby.

Minyak ni juga bagus untuk lelaki dan wanita yang dah berusia untuk disapu pada anggota badan yang lemah dan dibawa tidur….Bila sapu minyak ni, terasa seperti ada yang mengurut segala urat dan sendi badan…memang selesa…








6. Uncang Cuci Herbanika


I buat cebok dan rendam kewanitaan I selepas habis darah nifas. Uncang Cuci Herbanika ni ibu masak dalam periuk tanah (kaca pun boleh), letak garam kasar and sirih.
Buat rendam dan cebok pun kena panas suam kuku. Kalau orang yang kena jahit kat bawah tu, memang cepat luka sembuh dengan kaedah rawatan nih. Tapi kalau untuk yang ceaser macam I, ibu buat basuh luka pembedahan. Cepat ajer nampak kering luka tu.

Bila dah 44 hari, baru ibu suruh “meruang”. Caranya, pakai cotton facial dan rendam dalam air Uncang Cuci Herbanika. Kemudia cotton facial itu dimasukkan dalam faraj dan kita “pusingkan” seakan mengorek kotoran keluar dari dalam faraj. Hari pertama, banyak jugak darah nifas yang tertinggal di celah dinding rahim keluar…Lepas diamalkan selalu, kapas jadi bersih menandakan tiada lagi kotoran tertinggal di dalam rahim kita…

Puan-puan kena ingat….darah yang tertinggal di dalam rahim kita tu kalau tak dibersihkan boleh menjadi benih-benih kanser. Sebab makanan kanser adalah darah-darah kotor.


7. Minyak Berubat Mustajab



And yang paling best, Minyak Berubat Mustajab a.k.a minyak baby. Minyak ni banyak kegunaannya. Diantaranya:

1. Memudahkan pusat baby tertangggal. Time Qarnain dulu, hari ke-5 dah tertanggal. Caranya, just tuang minyak ni (biar bergenang) kat pusat baby. Kemudian terus pakaikan pampers dan baju.

2. I sapu pada alat sulit QarnainI. Ini untuk mengelakkan angin pasang (pada baby boy). Untuk baby girl, bagus untuk mengelakkan alat sulit mereka mengalami rashes atau keputihan (baby pun boleh mengalami keputihan tau…)

3. I sapu perut Qarnain. Ni nak elakkan kembung perut.

4. I sapu satu badan Qarnain. Minyak ni bagus untuk membina otot-otot baby supaya mereka x lembik. Qarnain time 1 minggu kalau diniarapkan dah boleh angkat kepala. And he starts to crawl when he is 5 months old….Tak percaya??? Amalkan pada baby-baby you all….

5. I even pakaikan untuk muka dan kepala Qarnain….Kalau nak baby you all mata bulat, cubalah




















6. I pakai pada pad. Ia membantu mengelakkan kuman pada takungan darah nifas I and it’s sooo refreshing…. Untuk luka episiotomi, sangat-sangat membantu. Cepat sembuh luka. caranya, titikkan sebesar 50sen pada cotton facil, lepas tu lekap kat kewanitaan, lebih elok tempat luka tu and then pakai pad. :)

And untuk yang nak tengok keajaiban NR, sila lihat my pic...Dari I mengandung sampai after I abis pantang....
  Dengan bapak Ice


Masa ni dah minggu ke 34 (ice bersalin minggu ke 37)



Masa ni Dzulqarnain baru 4 bulan...dan Ice tengah mengandung 5 minggu ;)


Macam manapun, penjagaan dalam pantang tetap penting. Kalau produk mahal dan bagus sekali pun, kalau tak berpantang dengan betul, memang susah untuk kurus balik. Sebab tu, ibu I jaga I tertib macam orang dulu-dulu.

Dari penjagaan makan, minum, rehat dan yang penting rawatan...mesti tip top. Xleh salah langkah..i dapat pijak rumput kat halaman rumah pun lepas 44 hari. Bak kata ibu I " Kalau rumah terbakar sekalipun, akak jangan keluar rumah..." Hehehe...Melampau kan?

Tapi itulah cliche yang cuba disampaikan oleh ibu tersayang I a.k.a confinement lady I. Untuk yang ingin mencuba Set Bersalin NR beserta dengan khidmat nasihat dalam pantang, jangan malu-malu contact I.... I'm happy to share the secret of beauty and healthy untuk wanita yang mementingkan penjagaan diri...

Sekian sudah...God Bless..... xoxoxo