Showing posts with label NR. Show all posts
Showing posts with label NR. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

Shhh...Cara penyediaan batu tungku....


Olla!!!

Today, Ice nak ajar macam mana nak sediakan batu tungku cara tradisional...

1. Panaskan batu sungai. Ice pakai batu sungai sebab dia perangkap haba lebih lama berbanding batu-batu lain


2. Sediakan daun lengkuas dan ratakan di atas kain tuala/batik yang digunakan untuk bertungku.


3.Taburkan sedikit garam kasar



4.Letakkan batu tungku tadi....

5. Rapikan. Pastikan semua daun lengkuas melitupi batu tungku


6.Bungkus dengan kain...


7. Buat bunjut....


8. And boleh start tuam....


Soo...selamat mencuba...!!!

Shhh...2nd week berpantang

Salam sayang...

Hari ni genap 2 minggu Ice dah berpantang... My latest info adalah:

Tempoh selepas bersalin : 14 hari

Berat badan : Nanti malam Ice timbang (Last Week 65kg)

Pinggang : 31" (Last Week 36")
dan buktinya adalah...



Pinggul : Still 40" (Last Week pun 40"). Part ni memang lambat sikit la nak turun...

And menu terbaru yang Ibu ice masakkan adalah....

NI adalah Ikan bakar bersama acar rampai

bersama kerabu pegaga...

Ice nak ceritakan sedikit khasiat pegaga nih. Ia baik untuk ubati penyakit darah tinggi.Dan untuk ibu-ibu dalam pantang, khasiatnya kepada kita adalah ia membantu mengecutkan peranakan dan juga menghilangkan pigmentasi di muka.

Ye la...macam Ice 2 kali menagndiung, pigmentasi tiba2 naik terlalu la banyak. So dengan makan pegaga ni, ia menjadi anti-oksidan yang membantu menghilangkan pigmentasi ni...Memang elok.

Selain itu, ia elok untuk atasi masalah kencing manis juga.

Di bawah ialah gambar latest Ice...hehehe....




Muka Ice still ada water retention...Pipi still kembung...



Ice puas hati sebab dalam masa 2 minggu Ice dapat kembalikan ke"merah"an muka Ice.


Dulu time anak pertama mau2 3 minggu baru muka x nampak pucat. Ini disebabkan oleh Ice amalkan Nu3Med(produk terbaru NR) 2 kali sehari. Ice dah habiskan 2 botol dah.



Ni Ice kat "tempat kerja" Ice...hehehe...

So...apa pendapat korang dengan perubahan terbaru Ice nih???

Thursday, March 18, 2010

Shhh...menu ku dalam pantang

Di bawah ni ada gambar-gambar menu I dalam berpantang. Dibuat khas oleh Ibu tersayang-Kak Bed...

Tiap2 hari, menu berbeza2. tapi I tak ingat la namanya. Nak tanya ibu, dia dah tido...so tomorrow je la i update nama menu I ni yek...



Sup ikan merah

Macaroni Daging

Acar Rampai

Ikan Haruan Salai Masak Asam Cuka

Meu berpantang I hari ke-5

Menu berpantang I hari ke-6. Ikan Siakap Masak Lada Hitam Sup Sayur

Sayur Campur

Ikan Haruan Salai Masak Asam Kering

Menu berpantang I hari ke-8

Kalau you all perasan, air dalam gambar2 ni bukan air teh taw...Itu Air Akar Herbanika...best woo...layan panas2 sebelum makan. So xder la bernafsu sangat nak makan...sebab dah kembung air dulu....

Diingatkan, minum air sejurus lepas makan boleh menyebabkan BUNCIT!!! So, beware...!!!!

Shhh... 1st week berpantang...my latest update

So...now Ice dah officially dalam tempoh pantang...So this is my latest ukur lilit:

Tempoh selepas bersalin : 1 hari

Berat badan : 65kg (Last Week 73kg)

Pinggang : 36" (Last Week 43")

Pinggul : 40" (Last Week pun 40")

Memandangkan Ice ni bukanlah artis ternama, atau celebrity terkemuka dengan ini Ice exposekan muka Ice time tengah selebet dalam berpantang. So you guys dapat tengok transformasi ice yang sebenar...(Jangan korang kutuk lebey2 sudah....)

Inilah muka Ice yang tengah menembun dengan imbalance hormones and lots and lots of water retention problem-masalah kebiasaan ibu2 dalam pantang.

So saksikanlah Ice yang dalam pantang........


Ni gambar Ice masa birthday putera sulong Ice-3 hari selepas bersalin.- Tengok muka Ice. Pucat dan tak bermaya kan...

And ni masa Ice dah balik rumah dari hospital-hari ke-5:- kalau you all perasan, jari2 Ice bengkak air kan...

And ni masa best friend Ice datang menziarah-hari ke-6:-My double-chin still showing. Muka Ice sembap


- Even after one week, muka Ice still pucat. Sebab kalau seseorang tu undergo ceasear, memang banyak darah yang hilang. It takes few days(sometimes week) to recover. So normal for yang menjalani ceasear. But for those yang undergo normal delivery, by this time, muka you all suppose dah kemerah-merahan. Nak2 kalau makan NR.

So, Ice cadangkan ibu2 yang undergo ceaser macam Ice, please makan iron tablet yang klinik kerajaan bagi tu. So boleh replace darah kita yang banyak hilang.

Ice start makan Phyto Natal masa hari ke-3 selepas bersalin. tapi Air Akar Herbanika Ice dah start since hari pertama.

Buat masa ni, rawatan dalam pantang Ice dah buat adalah:
  • mandi herba
  • bertungku
  • berbengkung
Untuk mengurut, berbarut dan melulur, mungkin minggu depan Ice akan start.

Untuk NR, Ice amalkan
  • pagi sebelum sarapan - 3 biji Phyto Natal + 1 sudu besar Nu3Med + 1 cawan pekat Akar Herbanika
  • Petang - 1 sudu besar Nu3 Med
Kalau kalian tengok. dari gambar hari ke-3 Ice sampai la hari ke-7, sembab air atau "water retention" dalam badan Ice semakin berkurangan. Semua itu disebabkan Ice rajin mengamalkan Air Akar Herbanika. Kalau Ice dahaga je, Ice minum air akar ni. Nanti Ice update lagi next week, k.

Dan yang penting, always keep warm...pakai stokin...elakkan berkipas terlalu banyak dan elakkan bersejuk...

Chiow....Muaksss XOXOXO

Shhh... My second angel has arrived...


Tanggal 10hb March 2010, Ice telah selamat melahirkan seorang baby boy pada pukul 9.43 pagi di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang secara cesarean. Cuma beza kali ni, I was not put to sleep, so i manage to hear my baby cries and able to see him fresh from womb!!! What a miracle!

Sebenarnya tengahari Isnin-8 March; Ice dah rasa lain macam. Tapi Ice still pegi keje. Sampai kat tempat keja, Ice rasa tak sedap hati. So Ice amik half day, jumpa gynea Ice time lunch hour. Masa nak check urine, Ice datang tanda-blood show. Tapi x sakit apa. So doctor suruh balik dulu and kalau tak ada apa2 esok pagi baru pergi admit hospital.

So Ice pun take the opportunity jalan2 gi Jaya Jusco bukit Tinggi dengan hubby. Siap shopping laptop lagi...Hehehe...Ice siap buat treatment rambut and pegi attend manicure.

Bila malam, Ice rasa lain jek...Ice online dengan customer NR and siapkan kerja2 tertangguh. Malam tu jugak Ice print buku e-Book-Shhh... rahsia IBU!!! and Ice siapkan parcel untuk semua order customer. So harap hubby dapat hantar semuanya by tomorrow. Ice tido pukul 12 tgh malam. Dalam pukul 12.20am, tiba2 Ice rasa macam baby kicking kuat sangat. Tapi Ice layan jek tido...

Tiba2 Ice rasa ada benda panas keluar kat bawah tu... Mula2 sikit. Ice ingat darah. Bila Ice cuba bangun...masyaallah!!! air ketuban Ice dah pecah!!!! Banyak giler. Hubby tak tunggu lama, angkut anak bawak pergi rumah sis in law Ice. Ice siap2kan apa yang patut. By 12.30am Ice n hubby dah on the way to hospital. 12.50am tiba2 Ice dah rasa contraction. setiap 10 minit. Duration 1 minute.

Sampai kat emergency room, diorang check and path tak buka lagi. But the doctor gave me 2 options. Memandangkan interval between 1st and 2nd pregnancy Ice tak sampai setahun, they ask me to decide sama ada Ice nak go through normal or C-section delivery. Ice pilih normal coz kalau boleh Ice nak ramai anak. So they start to pantau Ice. Ice warded malam tu jugak.

The same day ice warded,Qarnain-my eldest son, demam panas. Ice dah tak keruan. Dugaan Allah time tu memang hebat. Ice masih rasa contraction. Yang semakin kerap dan panjang. tapi path still tak buka-3 cm jek. Ice risaukan Qarnain.

So pukul 10.30 malam, diorg dak masukkan ICe dalam labour room-induced...Ice tahan sakit contraction sampai pukul 9 pagi keesokkannya-10 March. Bila path still tak buka, and contraction makin lemah, doctor decide untuk Ice undergo C-section. Ice pasrah.

Pukul 9.30 pagi, Ice dah masuk operation theater. Hubby xder masa tu.Tapi Ice dah biasa masa 1st baby dulu kena Ceaser. So xder la takut sangat. Diorang buat kerja so smoothly. tak sedikitpun Ice rasa sakit. By 9.43am, Ice dengar suara baby Ice- Haidar Umair... Alhamdulillah.... Hilang segala sengsara sakit Ice tengok baby.


Berat baby Ice 3.77kg. Terkejut Ice. Tapi yang paling syukur, dia sihat.So now nak tumpu part berpantang pulak... Doktor advice Ice untuk gap 3 tahun for 3rd baby. Dan disebabkan pregnancy yang dekat dengan kaedah ceaser, Ice cuma ada last opportunity untuk mengandung. Tapi Ice bersyukur, sekurang-kurangnya Ice dah cuba dan dah ada dua anak.

Ice sedih jugak sebab kalau boleh Ice nak 5 orang anak. tapi doctor cakap luka pembedahan lama Ice dah fractured disebabkan contraction yang berpanjangan dan luka ceaser Ice yang dulu masih fresh. Ice harap, bila Ice berpantang kali ni dan amalkan NR secara konsisten selama 3tahun berturut-turut, peluang Ice untuk mengandung lebih dari 3 orang anak lebih cerah.

Kalau ketumbuhan Ibu Ice boleh hilang dalam masa 6 bulan dengan NR, tak mustahil luka rahim Ice pun boleh sembuh dalam masa tu kan...Whatever it is..too Allah I pledge...May HE give me the opprtunity for more children in the future...Yang penting Ice kena berusaha...

Friday, February 12, 2010

sHHH... BeTuL KeR NR PaNaS...???

Aiya...Manyak panas woooo.........

Salam semua…
Hari ni I a bit free. Esok dah cuti Chinese New Year. So tak banyak kerja nak buat. Customer I kebanyakkannya Chinese, so I xnak la kacau orang tengan holiday mood. So, apa kerja yang paling I suka buat..??? Browse the internet. I mesti la tengok blog-blog berkaitan kesihatan dan kecantikan. Dan I terpanggil untuk melihat feed back customer on Set Bersalin NR. Sebab I pun tengah tunggu hari je kan… Nak share la mana yang patut dengan bakal-bakal ibu diluar sana.
Tiba pada satu blog dari bakal ibu http://www.nanotpiji.blogspot.com/ , I terbaca tulisan beliau seperti di bawah…

Tapi ade antara
ibu2 ni cakap set NR ni panas, so ibu ni punye
solution camni

"bila
mula nak amik phytonatal tu..mula2 amik in a
minimum dose sbb NR ni tgk pd
kesesuaian bdn masing2..mula2 amik 1 tablet, then
if ok naikkan 2 tablet and
so on...sbb klu ikutkan kt botol dia, sekali amik
between 2-4 tablets"


Ada plak ibu ni yang suggess macam ni

"bab panas biasalah
herba tapi kita boleh kurangkan dos dia. cuba try
ambik 1 biji dulu ke, the
tengok baby cirit tak. kalau ok carry on.kalau baby
cirit, pecah dua, lepas
tu tgk camana. "


kalau ikut cakap ibu ni betul gak
sebab semua yang berasaskan herba mmgla panas. So pandai2la kite adjust agar
sesuai ngan kite.


Haaaa……betul ker NR ni panas?????


Emmm….mari I ceritakan, mengapa kadang-kadang ada pengguna merungut mengatakan produk kesihatan kesayangan I ni panas……

Actually, NR ni TIDAK panas…..berikut adalah jawapannya:
  1. Produk NR, tak kira la set bersalin ker, set biasa ker…kalau sesiapa yang makan confirm kena bekejar ke jamban…. Betul tak? So….kalau dah ada proses kumbahan yang berlaku selepas makan NR, maksudnya produk ni tak panas. Produk yang PANAS akan menyebabkan SEMBELIT….
  2. Produk NR ni selamat diamakan oleh semua, hatta baby sekalipun. (Sila baca ~~ Haaa…!!! NR bukan jamu…???)
So kenapa bila makan NR, ada yang rasa badan dia panas….?

Ini semua disebabkan oleh badan kita sendiri… Salah satu elemen penting tubuh adalah hormon.
Kekadang, tanpa kita sedari dengan lebihan hormon dalam badan meyebabkan kegemukan berlebihan, kepanasan dan gangguan emosi.

Di sini I nak tekankan tentang kepanasan. Selama ini pemakanan kita bukan kita jaga sangat pun, kan? Even sumber makanan zaman sekarang pun tak boleh percaya. Even ayam pun berhormon.

So memandangkan environment kita terdedah kepada sumber-sumber hormon berlebihan ini, so, tak hairanlah badan kita pun jadi tempat simpanan hormon. So bila makan NR, mestilah dia dapat trace apa yang salah dan slack nya dalam badan kita.

NR bukannya pemakanan maintain kurus semata-mata, ia juga merupakan makanan kesihatan yang MEMBANTU MENGOREK SEGALA KEKOTORAN DAN MASALAH DALAMAN BADAN…!!! Bila dia dah dapat detect badan kita penuh dengan angin panas-yang disebabkan oleh hormon tadi, dia kenalah korek keluar kotoran tu…takkan dia nak duduk derk jek…rugi la duit kiter kalau camtu, betul tak???

So masa proses pengorekkan keluar inilah kita akan merasa badan kita panas…. Bukan NR tu yang panas. Even I yang dah makan NR since 10 tahun, kalau time raya(especially) lepas makan berlambak2 benda berlemak, memang banyak benda yang NR akan korek.

NR tak akan bagi chance untuk bendasing yang tak berguna menempel dalam tubuh kita. So, jangan terkejut kalau ada yang start makan NR tiba2 jerawat naik mendadak, badan tiba2 rasa penat, mata rasa mengantuk, keputihan keluar banyak….Ni semua adalah PROSES PEMULIHAN di mana NR dah dapat detect masalah dalam badan kita. And dia dah bersedia nak korek keluar semua benda-benda tu…

So kalau customer I tanya apa nak buat kalau PROSES PEMULIHAN sudah memulakan kerja pada badan mereka…I akan jawab….TERUSKAN makan NR sampai semua pulih macam biasa. Sebab dia tengah bekerja dengan badan kita untuk mengimbangi hormon dalaman badan kita.

Sampai bila kena teruskan? Itu terpulang pada badan masing-masing. Kalau dah banyak sangat harta-harta karun yang badan kita kumpul, lama la masa dia nak bersihkan. Kalau kita yang jenis dari dulu jaga makan…insyallah, sekejap ajer PROSES PEMULIHAN ini mengambil masa.

So, Ice nak tekankan di sini….NR TIDAK PANAS…. Ia Cuma membantu mengeluarkan panas dalam badan yang terjadi dari pelbagai faktor seperti hormon dan angin, Lagipun, kalau dah nama herba….mana boleh panas….Lainlah kalau JAMU…CONFIRM PANAS!!!!
Dan untuk masalah seperti di dalam blog di atas…I cadangkan makan Phyto Natal tu seperti mana yang disyorkan 3-4 tablet sehari) Tak perlu mengurangkan dos kalau masih boleh bertahan. Jika ibu-ibu mengurangkan dos tablet semata-mata kerana mengalami kepanasan badan, so NR tidak dapat membantu anda mengeluarkan angin panas dalam tubuh anda. Selagi ibu-ibu masih berulang ke tandas, tiada apa yang patut ditakutkan untuk teruskan pengambilan Phyto Natal seperti biasa. Tengok2 juga anak yang menetek susu ibu tu. Kalau dia pun lawas buang air besar, so should be no problem…. Any question, call je la Ice.


So, jangan keliru and jangan bimbang ye….
God Bless......

Wednesday, February 10, 2010

sHHH... nAk kUrUs? nAk bUAng kEtUmbUhAn? sIlA bAcA.....

Masa mula-mula makan NR, ibu I memang berniat nak kuruskan badan ala-ala Seniwati Sarimah. Dia mengalami masalah kegemukan mendadak selepas melahirkan I. Pada ketika umur baru mencecah 35, berat dia dah menjangkau 70kg ++. Dah pelbagai cara digunakan. Semua tak berkesan. (Cuma tinggal nak buat liposuction jek…hehehehe) Sampailah dia berjumpa dengan NR (pada masa itu dikenali sebagai Nona Roguy)

Dalam masa dia mengamalkan NR, ibu I turut melakukan morning walk (sehingga kini menjadi rutin harian) dan menjaga diet pemakanan. Selepas menjadi pengamal tegar selama 6 bulan (non-stop), bukan sahaja berat badan ibu I berkurangan, jerawat bernanah (kekuningan) beliau turut hilang. Dan yang paling menakjubkan, even masalah endometriosis atau ketumbuhan dalam rahim beliau turut hilang!!!

Ibu I telah menjalani 2 kali pembedahan pembuangan ketumbuhan tersebut sehingga ke tahap doktor ingin membuang rahim ibu I memandangkan ketumbuhan tersebut masih lagi wujud setiap kali selepas pembedahan.

Rupa-rupanya, selain membantu mengeluarkan lebihan minyak, lemak dan bendasing dalam badan untuk menguruskan badan beliau. Proses PEMBUANGAN ini secara tidak langsung telah membantu membersihkan darah Ibu I . Dengan keadaan darah yang sihat, sel-sel kanser tersebut seakan-akan merajuk untuk terus hidup dan menempel di rahim ibu I….

Kesimpulannya, setiap ketumbuhan di dalam badan kita boleh diumpamakan seakan sebatang pokok. Makanan pokok ketumbuhan ini adalah darah2 yang kotor. Makin lama kita mengumpulkan bahan toksik dalam badan, makin bertambah kotor darah kita. Jadi pokok ketumbuhan ini makin subur.

Tetapi dengan NR, setelah melalui proses kumbahan yang berterusan, ia membantu membersihkan darah secara tidak langsung. Dengan sumber darah yang bersih, pokok ketumbuhan ini sekan layu tidak berbaja. Oleh itu dengan kurangnya sumber makanan yang penting -iaitu darah kotor- akarnya akan menjadi lemah dan ia akan mati dengan sendirinya.
So, kesimpulannya, NR membantu mengorek keluar akar punca ketumbuhan tersebut. Manakala, prosedur pembedahan hanya seperti mencantas batang pokok ketumbuhan ini. Jika sebatang pokok, kita cantas banyak kali pun tetap dia akan tumbuh balik, kan....??? Sebab itulah tidak hairan apabila seseorang menjalani pembedahan pembuangan ketumbuhan (fibroid, cycst, etc...), ketumbuhan itu akan datang balik dan kadang-kadang lebih besar dari yang dahulu.

Itulah cliché yang I boleh sampaikan tentang bagaimana NR membantu menghilangkan ketumbuhan dalam rahim atau endometriosis yang dialami oleh ibu I selam 10 tahun. Tetapi kalian kena ingat, pokok ketumbuhan ini dapat hidup semula jika kita tidak maintain kebersihan darah kita dan menjaga sumber pemakanan kita. Oleh itu, rajin-rajinlah “membuang” tiap-tiap hari untuk menjamin mutu darah yang bersih. Kalau anda mengalami kesukaran “membuang” makan aje NR. Memang mudah dan mujarab. Insyallah.


My ibu at the age of 54

Ibu at Age 58




Takkan nak buang “benda” tu pun sayang kot…Bukan boleh buat batu geliga cincin pun… Buang je la….

Monday, January 18, 2010

sHHH,,,,Haaa...!!!! NR bukan jamu???

"NR bukan jamu ker??? "

"Ish...NR kan herba....."

"Herba n jamu
kan sama...."



Ish...finin....finin.... :)

Bagi yang tak tahu perbezaannya, mari I ceritakan….

Kalau jamu, semestinya panas….So baby xboleh makan. Tapi NR, baby seawal usia 1 bulan boleh makan. Caranya, letakkan separuh cubit serbuk angin ke dalam susu…Insyallah, bayi tidak akan mengalami kembung perut dan senang buang air besar (tak sembelit).

Untuk Qarnain, I berikan dia NR seawal dalam hari. Seminggu sekali, I berikan air akar herbanika (nipis-nipis) untuk mengelakkan kembung. Alhamdulillah, sehingga sekarang, Qarnain tidak mengalami masalah kembung.

Dan yang paling I suka, ketika dia demam, I akan berikan sedikit serbuk Lawas Angin untuk membantu membuang angin panas dalam badan, Dan Qarnain akan mula kentut-kentut dan keesokannya tersenyum semula…

Ada nampak kembung x perut boboy i nih...?? Hehehe

Kalau jamu, lelaki tak boleh makan. Tapi my father dah mengamalkan NR sejak 18 tahun yang lalu. Dan I turut memberikan NR kepada hubby untuk maintenance supaya senang “melabur” dan supaya membantu mengurangkan toksik, memandangkan beliau merupakan perokok yang tegar satu masa dahulu.

Dan seperti penjagaan “kewanitaan” begitu juga NR dapat memelihara “kelakian” para pria….Bau badan hubby sudah tiada dan bau peluhnya tidak sekuat ketika sebelum dia mencuba NR.

At the end of the day, meskipun dia agak me”nembun” selepas jadi Daddy, tetapi tidaklah terlalu drastik. Hati kalau dah happy, nak tak nak badan mesti naik punya… yang penting BMI ok and x lah sampai terbalik timbang…..

Hubby I ketika masih "berdarah manis"
Hubby setelah bergelar Daddy

Dan kalau jamu, wanita mengandung dan period tidak mungkin boleh makan. Tapi ketika I mengandungkan Qarnain, sejak usia kandungan sehari (sebab I pun tak tahu ketika itu yang I dah pregnant kan…), I dah start makan NR! Dan alhamdulillah, kandungan I selamat. Dan sihat..!!!

Kalau NR ni jamu, mesti panas kan…So mesti effect kandungan kan….Tetapi, I rasa superb sangat time mengandung. Siap boleh poco-poco lagi masa I 5 bulan pregnant. Alhamdulillah, I x alami langsung morning sickness atau apa-apa alahan…

Same goes on my second pregnancy. Kedua-dua pregnancy I still maintain sihat dan superb….Actually, air Akar Herbanika, kalau diamalkan, memang banyak membantu dalam bab-bab morning sickness nih…tak percaya, cubalah…..

Kes time anak dara pulak, time I period la paling I suka makan NR....selalunya I makan Phyto Clense. I suka makan NR sebab ia membantu melancarkan pengeluaran darah haid I. So xder la tersekat...And kalau nak cerita bab senggugut, u guys mesti x percaya kalau I cakapkan sejak i datang period sampai sekarang I xpernah alami senggugut...

Cuba you guys fikir, kalau la NR tu jamu, boleh ker I makan time darurat camtu...of cozz tak boleh kan...Silap2 xkeluar darah kotor I...so, tepuk dada, tanyalah minda....

Oleh itu, ingin I tekankan disini bahawa NR ADALAH HERBA, BUKAN JAMU!!! Jadi janganlah takut, wahai pembaca/pengguna… Kami boleh jamin yang NR adalah mesra alam dan mesra manusia….

Kepada yang memerlukan lebih keterangan, just call me-012-722 5184(Ice). Anytime...

Wednesday, January 13, 2010

Kukongsi Rahsia Wanitaku.... Set Bersalin NR..




Selama 18 tahun berkecimpung di dalam dunia NR, kebanyakkan feed-back yang di terima tentang keunggulan khasiat Set Bersalin NR adalah dari mulut customer ibu ( Kak Bed). Memang nampak perubahan kepada pelanggan-pelanggan yang menggunakan set ini.

Dalam tempoh berpantang, muka-muka customer nampak merah (tidak pucat), mata nampak cergas dan badan kelihatan segar. Apa yang mengagumkan, ada sesetengah customer yang badannya lagi slim dari badan mereka ketika anak dara dahulu…. Sebagai anak dara, pengalaman mereka banyak I jadikan modal atau bahan untuk menjual produk bersalin ini…

Tetapi tanggal 13 March 2009, akhirnya I berkesempatan juga menggunakan produk Set Bersalin NR ini secara real. Meskipun ketika anak dara dahulu I sudah mula makan Phyto Natal, sudah mula minum air Akar Herbanika, tetapi kali ini penggunaan adalah ketika I berpantang anak sulung - Dzulqarnain.

I melahirkan Qarnain secara caesarean ataupun pembedahan. Tetapi ketika di wad hospital lagi set-set bersalin ni sudah gah I tayangkan di atas locker tepi katil, tanpa mempedulikan jelingan jururawat dan staff nurse yang lalu lalang.

Hari pertama, mereka melarang I minum “jamu” , takut bayi kuning, katanya. Tapi I yang tahu akan perbezaan “jamu” dengan “herba” dengan selamba meneguk air Akar Herbanika di hadapan mereka.

Ok…on March 2009, bermulalah pengalaman I bersama Set Bersalin NR. Dari penjagaan luar ke dalam. Dari atas ke bawah. Antara produk yang I gunakan:

1. Akar Herbanika



Hari pertama, dek penangan air Akar Herbanika, my susu pertama (kolostrum) terlalu banyak. Memandangkan ketika itu I ceaser, so I tak dapat menyusukan Qarnain yang ketika itu berada di dalam nursery. Jadi nurse-nurse itu membantu memerah susu pertama I. Rasa macam lembu pun ada jugak. Hihihi…

Mereka tak habis-habis memuji susu I yang banyak keluar. Sampai bengkak-bengkak susu I dikerjakan. Dan hari seterusnya, I menyusukan Qarnain dengan puasnya, tanpa masalah. Qarnain pun kurang meragam disebabkan cukup minum.

Ketika hari pertama selepas pembedahan, kami digalakkan untuk bangun sendiri. Ketika ingin berjalan ke bilik air, I rasa sakit yang teramat sangat di bahagian yang dibedah (atau dilapah…Hehehe). Sakitnya seperti tempat luka itu dicucuk-cucuk dan dihunus dengan pisau berkali-kali. Tetapi I gagahkan juga pergi ke bilik air.

Disebabkan bersalin di hospital kerajaan, nurse hanya melihat. So I hampir merangkak untuk kebilik air. Setibanya di dalam “bilik kecik” I terus duduk di atas mangkuk tandas. Dan apabila cuba membuang air kecil, tiba-tiba berbondong-bondong darah pekat (atau darah bantal) yang keluar sekali harung dengan kencing .

Selepas 5 minit keluarnya darah bantal itu, I rasa lega yang teramat sangat. Dan ketika ingin berdiri I rasa pelik sangat apabila kesakitan yang I alami tadi hilang dengan sekelip mata- seperti magik!!!!. Dan I keluar dari bilik air dengan berjalan secara tegak, tidak membongkok seperti ketika I masuk ke bilik air tadi.

I percaya, semua ini terjadi kerana amalan I meminum air Akar Herbanika sejak hari pertama I bersalin. At the same time, air Akar Herbanika ini dapat mengeluarkan angin kotor atau "angin meroyan" dari dalam badan kita. So istilah "baby blues" atau meroyan dapat dielakkan.


2. Herbanika Lulur



Masa I pregnant, memang banyak pigmentation kat badan…. You guys tengok la gambar I dalam pantang…leher I hitam, tu tak kira ketiak and celah-celah peha tuh…Tapi I rajin melulur….I pakai lulur NR la… Lulur ni kuning sikit, tapi bagus sangat….Yang pasti, abis jek tempoh pantang, semua pigmentation I hilang…And I got new brand skin…Hehehe…Hubby pun puji….


Lulur ni, kena pakai dengan air florida and I tambah sikit Minyak Berubat Mustajab a.k.a minyak baby….Ia membantu menghilangkan daki degil, menghaluskan kulit dan yang penting menutup liang-liang roma wanita dalam pantang dari dimasuki angin…. You guys kena tahu, time kita dalam pantang, we must keep ourselves warm…jangan dedahkan diri dengan angin-angin sejuk.. Sebab tu 24-7, 44 days, ibu I x bukak kipas untuk I….Panas and melekit jgn cerita la…Tapi yang penting, badan I x masuk angin…..


3. Phyto Natal




Phyto Natal…satu-satunya supplement untuk makan ketika dalam pantang. Disebabkan ceaser, after 3 days baru I start makan. Itupun ibu bagi 2 biji jek (suppose 3-4 tablets). Ni untuk melawaskan pembuangan air besar. You guys pun sedia maklum yang ketika dalam pantang masalah sembelit la yang buat kita tak selesa….

So memandangkan NR memang expertise dalam bab “buang-membuang” nih so I memang lega sangat bila amalkan Phyto Natal…. Dalam sehari, I ketandas adalah dalam sekali dua… And yang penting, xyah teruk2 meneran. Sistem kumbahannya agak rilek dan tidak stressfull…Hehehe

Masa tu, kalau you guys makan Phyto Natal, cuba-cubalah teropong apa yang keluar…Macam I banyak bendalir (liquid) asing yang keluar-menandakan during I pregnant, I memang mengalami sedikit water retention atau kembung air… Ada orang yang keluar angin 24 jam-so dia ni memang kembung angin…So apa yang keluar tu adalah bendasing yang perlu dikeluarkan dari badan kita sepanjang tempoh berpantang.

Tapi bab yang paling best, darah nifas I x berbau bangkai… Tuan puan jangan tak tahu, ada wanita yang dalam pantang mengalami masalah darah nifas berbau. Sampai suami sendiri pun tak mahu duduk dekat…Bau darah nifas yang teruk seakan-akan bau bangkai dan meloyakan.Ini semua dapat diatasi dengan Phyto Natal.

Phyto Natal juga membantu mengeluarkan darah bantal (nifas) dan angin (meroyan) dari sistem tubuh. Insyallah, dengan pengamalan yang berterusan selama 44 hari dengan Phyto Natal dapat mengelakkan ibu-ibu yang baru bersalin dari "baby blues" atau gila meroyan. Ia turut membantu mengimbangi emosi ibu-ibu selepas bersalin dan memperbaiki kembali hormon kewanitaan kita.


4. Herbanika Barut



Dan perut I ibu bengkungkan selepas 5 hari. Itupun longgar-longgar. Just xnak kasi perut mengeleber….Kalau yang bersalin normal, on the spot dah boleh bengkung dah…So sepanjang berpantang, I akan ikat bengkung ikut keselesaan I, tapi memang berbengkung tak lepas la



Malam pun I bengkung. Bengkung yang ibu jahitkan ni sedap sebab dia wrap-up dari paha sampai bawah breast. Pakai sendiri pun senang. Tapi I bukan bengkung kosong. Ibu pakaikan I Herbanika Barut, yang dimasak dengan asam jawa. Titik sedikit minyak herbanika.





Nak pakai paste ni pun kena panas suam kuku. Supaya haba tu dapat pecahkan lemak dan mudahkan ia diserap masuk ke dalam liang roma perut. Time berbengkung ni I paling suka sebab rasa badan tegap dan kemas. Disebabkan rajin berbengkung, alhamdulillah I dapat balik figure I after 44 hari….Syiok giler….

Ada juga barut yang bentuk paste. So tunggu sapu ajer. Tapi I lebih prefer yang masak coz bagi I itu lebih effective…


5. Minyak Herbanika


Minyak Herbanika Bersalin ni ibu gunakan untuk mengurut I. Tapi kalau x mengurut, I just sapu satu badan lepas mandi, so membantu menyegarkan urat badan I. Minyak ni a bit panas dari Minyak Berubat Mustajab, so xdigalakkan untuk baby.

Minyak ni juga bagus untuk lelaki dan wanita yang dah berusia untuk disapu pada anggota badan yang lemah dan dibawa tidur….Bila sapu minyak ni, terasa seperti ada yang mengurut segala urat dan sendi badan…memang selesa…








6. Uncang Cuci Herbanika


I buat cebok dan rendam kewanitaan I selepas habis darah nifas. Uncang Cuci Herbanika ni ibu masak dalam periuk tanah (kaca pun boleh), letak garam kasar and sirih.
Buat rendam dan cebok pun kena panas suam kuku. Kalau orang yang kena jahit kat bawah tu, memang cepat luka sembuh dengan kaedah rawatan nih. Tapi kalau untuk yang ceaser macam I, ibu buat basuh luka pembedahan. Cepat ajer nampak kering luka tu.

Bila dah 44 hari, baru ibu suruh “meruang”. Caranya, pakai cotton facial dan rendam dalam air Uncang Cuci Herbanika. Kemudia cotton facial itu dimasukkan dalam faraj dan kita “pusingkan” seakan mengorek kotoran keluar dari dalam faraj. Hari pertama, banyak jugak darah nifas yang tertinggal di celah dinding rahim keluar…Lepas diamalkan selalu, kapas jadi bersih menandakan tiada lagi kotoran tertinggal di dalam rahim kita…

Puan-puan kena ingat….darah yang tertinggal di dalam rahim kita tu kalau tak dibersihkan boleh menjadi benih-benih kanser. Sebab makanan kanser adalah darah-darah kotor.


7. Minyak Berubat Mustajab



And yang paling best, Minyak Berubat Mustajab a.k.a minyak baby. Minyak ni banyak kegunaannya. Diantaranya:

1. Memudahkan pusat baby tertangggal. Time Qarnain dulu, hari ke-5 dah tertanggal. Caranya, just tuang minyak ni (biar bergenang) kat pusat baby. Kemudian terus pakaikan pampers dan baju.

2. I sapu pada alat sulit QarnainI. Ini untuk mengelakkan angin pasang (pada baby boy). Untuk baby girl, bagus untuk mengelakkan alat sulit mereka mengalami rashes atau keputihan (baby pun boleh mengalami keputihan tau…)

3. I sapu perut Qarnain. Ni nak elakkan kembung perut.

4. I sapu satu badan Qarnain. Minyak ni bagus untuk membina otot-otot baby supaya mereka x lembik. Qarnain time 1 minggu kalau diniarapkan dah boleh angkat kepala. And he starts to crawl when he is 5 months old….Tak percaya??? Amalkan pada baby-baby you all….

5. I even pakaikan untuk muka dan kepala Qarnain….Kalau nak baby you all mata bulat, cubalah




















6. I pakai pada pad. Ia membantu mengelakkan kuman pada takungan darah nifas I and it’s sooo refreshing…. Untuk luka episiotomi, sangat-sangat membantu. Cepat sembuh luka. caranya, titikkan sebesar 50sen pada cotton facil, lepas tu lekap kat kewanitaan, lebih elok tempat luka tu and then pakai pad. :)

And untuk yang nak tengok keajaiban NR, sila lihat my pic...Dari I mengandung sampai after I abis pantang....
  Dengan bapak Ice


Masa ni dah minggu ke 34 (ice bersalin minggu ke 37)



Masa ni Dzulqarnain baru 4 bulan...dan Ice tengah mengandung 5 minggu ;)


Macam manapun, penjagaan dalam pantang tetap penting. Kalau produk mahal dan bagus sekali pun, kalau tak berpantang dengan betul, memang susah untuk kurus balik. Sebab tu, ibu I jaga I tertib macam orang dulu-dulu.

Dari penjagaan makan, minum, rehat dan yang penting rawatan...mesti tip top. Xleh salah langkah..i dapat pijak rumput kat halaman rumah pun lepas 44 hari. Bak kata ibu I " Kalau rumah terbakar sekalipun, akak jangan keluar rumah..." Hehehe...Melampau kan?

Tapi itulah cliche yang cuba disampaikan oleh ibu tersayang I a.k.a confinement lady I. Untuk yang ingin mencuba Set Bersalin NR beserta dengan khidmat nasihat dalam pantang, jangan malu-malu contact I.... I'm happy to share the secret of beauty and healthy untuk wanita yang mementingkan penjagaan diri...

Sekian sudah...God Bless..... xoxoxo