Thursday, March 18, 2010

Shhh... 1st week berpantang...my latest update

So...now Ice dah officially dalam tempoh pantang...So this is my latest ukur lilit:

Tempoh selepas bersalin : 1 hari

Berat badan : 65kg (Last Week 73kg)

Pinggang : 36" (Last Week 43")

Pinggul : 40" (Last Week pun 40")

Memandangkan Ice ni bukanlah artis ternama, atau celebrity terkemuka dengan ini Ice exposekan muka Ice time tengah selebet dalam berpantang. So you guys dapat tengok transformasi ice yang sebenar...(Jangan korang kutuk lebey2 sudah....)

Inilah muka Ice yang tengah menembun dengan imbalance hormones and lots and lots of water retention problem-masalah kebiasaan ibu2 dalam pantang.

So saksikanlah Ice yang dalam pantang........


Ni gambar Ice masa birthday putera sulong Ice-3 hari selepas bersalin.- Tengok muka Ice. Pucat dan tak bermaya kan...

And ni masa Ice dah balik rumah dari hospital-hari ke-5:- kalau you all perasan, jari2 Ice bengkak air kan...

And ni masa best friend Ice datang menziarah-hari ke-6:-My double-chin still showing. Muka Ice sembap


- Even after one week, muka Ice still pucat. Sebab kalau seseorang tu undergo ceasear, memang banyak darah yang hilang. It takes few days(sometimes week) to recover. So normal for yang menjalani ceasear. But for those yang undergo normal delivery, by this time, muka you all suppose dah kemerah-merahan. Nak2 kalau makan NR.

So, Ice cadangkan ibu2 yang undergo ceaser macam Ice, please makan iron tablet yang klinik kerajaan bagi tu. So boleh replace darah kita yang banyak hilang.

Ice start makan Phyto Natal masa hari ke-3 selepas bersalin. tapi Air Akar Herbanika Ice dah start since hari pertama.

Buat masa ni, rawatan dalam pantang Ice dah buat adalah:
  • mandi herba
  • bertungku
  • berbengkung
Untuk mengurut, berbarut dan melulur, mungkin minggu depan Ice akan start.

Untuk NR, Ice amalkan
  • pagi sebelum sarapan - 3 biji Phyto Natal + 1 sudu besar Nu3Med + 1 cawan pekat Akar Herbanika
  • Petang - 1 sudu besar Nu3 Med
Kalau kalian tengok. dari gambar hari ke-3 Ice sampai la hari ke-7, sembab air atau "water retention" dalam badan Ice semakin berkurangan. Semua itu disebabkan Ice rajin mengamalkan Air Akar Herbanika. Kalau Ice dahaga je, Ice minum air akar ni. Nanti Ice update lagi next week, k.

Dan yang penting, always keep warm...pakai stokin...elakkan berkipas terlalu banyak dan elakkan bersejuk...

Chiow....Muaksss XOXOXO

Shhh... My second angel has arrived...


Tanggal 10hb March 2010, Ice telah selamat melahirkan seorang baby boy pada pukul 9.43 pagi di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang secara cesarean. Cuma beza kali ni, I was not put to sleep, so i manage to hear my baby cries and able to see him fresh from womb!!! What a miracle!

Sebenarnya tengahari Isnin-8 March; Ice dah rasa lain macam. Tapi Ice still pegi keje. Sampai kat tempat keja, Ice rasa tak sedap hati. So Ice amik half day, jumpa gynea Ice time lunch hour. Masa nak check urine, Ice datang tanda-blood show. Tapi x sakit apa. So doctor suruh balik dulu and kalau tak ada apa2 esok pagi baru pergi admit hospital.

So Ice pun take the opportunity jalan2 gi Jaya Jusco bukit Tinggi dengan hubby. Siap shopping laptop lagi...Hehehe...Ice siap buat treatment rambut and pegi attend manicure.

Bila malam, Ice rasa lain jek...Ice online dengan customer NR and siapkan kerja2 tertangguh. Malam tu jugak Ice print buku e-Book-Shhh... rahsia IBU!!! and Ice siapkan parcel untuk semua order customer. So harap hubby dapat hantar semuanya by tomorrow. Ice tido pukul 12 tgh malam. Dalam pukul 12.20am, tiba2 Ice rasa macam baby kicking kuat sangat. Tapi Ice layan jek tido...

Tiba2 Ice rasa ada benda panas keluar kat bawah tu... Mula2 sikit. Ice ingat darah. Bila Ice cuba bangun...masyaallah!!! air ketuban Ice dah pecah!!!! Banyak giler. Hubby tak tunggu lama, angkut anak bawak pergi rumah sis in law Ice. Ice siap2kan apa yang patut. By 12.30am Ice n hubby dah on the way to hospital. 12.50am tiba2 Ice dah rasa contraction. setiap 10 minit. Duration 1 minute.

Sampai kat emergency room, diorang check and path tak buka lagi. But the doctor gave me 2 options. Memandangkan interval between 1st and 2nd pregnancy Ice tak sampai setahun, they ask me to decide sama ada Ice nak go through normal or C-section delivery. Ice pilih normal coz kalau boleh Ice nak ramai anak. So they start to pantau Ice. Ice warded malam tu jugak.

The same day ice warded,Qarnain-my eldest son, demam panas. Ice dah tak keruan. Dugaan Allah time tu memang hebat. Ice masih rasa contraction. Yang semakin kerap dan panjang. tapi path still tak buka-3 cm jek. Ice risaukan Qarnain.

So pukul 10.30 malam, diorg dak masukkan ICe dalam labour room-induced...Ice tahan sakit contraction sampai pukul 9 pagi keesokkannya-10 March. Bila path still tak buka, and contraction makin lemah, doctor decide untuk Ice undergo C-section. Ice pasrah.

Pukul 9.30 pagi, Ice dah masuk operation theater. Hubby xder masa tu.Tapi Ice dah biasa masa 1st baby dulu kena Ceaser. So xder la takut sangat. Diorang buat kerja so smoothly. tak sedikitpun Ice rasa sakit. By 9.43am, Ice dengar suara baby Ice- Haidar Umair... Alhamdulillah.... Hilang segala sengsara sakit Ice tengok baby.


Berat baby Ice 3.77kg. Terkejut Ice. Tapi yang paling syukur, dia sihat.So now nak tumpu part berpantang pulak... Doktor advice Ice untuk gap 3 tahun for 3rd baby. Dan disebabkan pregnancy yang dekat dengan kaedah ceaser, Ice cuma ada last opportunity untuk mengandung. Tapi Ice bersyukur, sekurang-kurangnya Ice dah cuba dan dah ada dua anak.

Ice sedih jugak sebab kalau boleh Ice nak 5 orang anak. tapi doctor cakap luka pembedahan lama Ice dah fractured disebabkan contraction yang berpanjangan dan luka ceaser Ice yang dulu masih fresh. Ice harap, bila Ice berpantang kali ni dan amalkan NR secara konsisten selama 3tahun berturut-turut, peluang Ice untuk mengandung lebih dari 3 orang anak lebih cerah.

Kalau ketumbuhan Ibu Ice boleh hilang dalam masa 6 bulan dengan NR, tak mustahil luka rahim Ice pun boleh sembuh dalam masa tu kan...Whatever it is..too Allah I pledge...May HE give me the opprtunity for more children in the future...Yang penting Ice kena berusaha...

Sunday, March 7, 2010

39 weeks of my 2nd pregnancy...

Salam semua...

Semalam dah officially 39 minggu usia kandungan Ice. Di bawah gambar latest Ice.

Masa ni lagi berapa hari nk terbesalin. gamabr edit pakaikan tudung. Hehehe


Perasan tak muka and tangan Ice dah bloating? Well, it's about time though... Lagipun itulah tanda-tanda dekat nak bersalin kan. So, hubby dah tolong ukurkan bahagian-bahagian badan Ice tadi (sebab tangan Ice x sampai).hehehehe

Usia kandungan : 39 weeks

Berat badan : 73kg (Last Week 72kg)

Pinggang : 43" (Last Week 42 1/2")

Pinggul : 40" (Last Week 39")

Will update by next week, Insyallah...

Shhh... Akar Herbanika boleh diamalkan ketika mengandung?


Yes... untuk ibu-ibu yang mengandung usah gusar. NR sememangnya boleh diamalkan ketika mengandung. Ice amalkan ketika masih di hari pertama usia kandungan lagi (sebab Ice x tau yang Ice pregnant, kan).

And apa yang pasti, dengan Air Akar ni dapat mengelakkan Ice dari mabuk ketika hamil. And Ice lebih bertenaga bila dibuat amalan ketika mengandung.

So, today Ice nak tunjukkan cara-cara untuk menyediakan air minuman Akar Herbanika kepada semua....



1. Masukkan satu uncang Akar Herbanika ke dalam mug.

2. Campurkan dengan air panas. Selalunya, bila akar ni dicampur dengan air panas, dia akan automatik bertukar warna.

3. Ni Ice x rendam lama-lama. Sebab untuk preggers mummy, minum Air akar ni kena nipis2 jek. Ni dalam tempoh 60 saat dah jadi warna camni. So, bolehlah angkat uncang akar tu keluar...

4. So, setiap kali lepas buat air akar ni, disarankan untuk "tos"kan akar tadi. Baru disimpan ke dalam freezer. Bila ibu-ibu nak buat balik, keluarkan dan rendam balik macam step 1 tadi... And lastly...

Abaikan tudung toncitku. Just tgk badan badakku. Hehehe

5. Ice minum.....

sampai habis...hatta serdak dia sekalipun... Sebab khasiat banyak pada serdaknya...

So, kepada ibu-ibu yang sedng mengandung yang mengalami masalah di bawah:

  • pening kepala
  • rasa nak pitam
  • loya-loya
  • senang penat
  • cepat mengah
  • sembelit
sila-silalah mengamalkan air Akar Herbanika ini secara nipis2. Dan yang untuk dalam pantang, kena buat satu paket satu mug, diminum pekat-pekat, 3 kali sehari...

Sebarang pertanyaan, sila-silalah.... Ehem :)

Tuesday, March 2, 2010

38 weeks of my 2nd pregnancy...


Hehehe...gambar di sensor....nk tunjuk gemuk tu je :)



Dear reader…

Lip..lap…tup…tap dah masuk 38 minggu usia kandungan I.

Most of my friends and customer nak tengok tranformasi I dari saat-saat terakhir kehamilan, saat berpantang and saat selepas berpantang.

Semua nak tengok keberkesanan NR. Tetapi lebih ramai yang nak tau rutin harian I ketika dalam pantang.

Hehehe… Ok…I take this as a challenge. So hopefully selepas ini ramai yang percaya akan keberkesanan NR terutamanya set bersalin.

Below are my latest details:-

Usia kandungan : 38 minggu ++

Berat badan : 72 kg (Time anak dara – 48kg; Selepas lahirkan Qarnain – 53kg; Target – 50kg-53kg)

Ukur lilit pinggang : 42 ½ inches ( Time anak dara – 24; Selepas lahirkan Qarnain-29; Target 26)

Punggung : 39 ¾ inches: ( Time anak dara – 38; Selepas lahirkan Qarnain – 39; Target-38 coz I tak suka bontot kecik2 sgt…hehehe)
Will update more next week...Insyallah...Itupun kalau x meletup lagi.... Heheheh.

God Bless...