Wednesday, March 24, 2010

Shhh...2nd week berpantang

Salam sayang...

Hari ni genap 2 minggu Ice dah berpantang... My latest info adalah:

Tempoh selepas bersalin : 14 hari

Berat badan : Nanti malam Ice timbang (Last Week 65kg)

Pinggang : 31" (Last Week 36")
dan buktinya adalah...



Pinggul : Still 40" (Last Week pun 40"). Part ni memang lambat sikit la nak turun...

And menu terbaru yang Ibu ice masakkan adalah....

NI adalah Ikan bakar bersama acar rampai

bersama kerabu pegaga...

Ice nak ceritakan sedikit khasiat pegaga nih. Ia baik untuk ubati penyakit darah tinggi.Dan untuk ibu-ibu dalam pantang, khasiatnya kepada kita adalah ia membantu mengecutkan peranakan dan juga menghilangkan pigmentasi di muka.

Ye la...macam Ice 2 kali menagndiung, pigmentasi tiba2 naik terlalu la banyak. So dengan makan pegaga ni, ia menjadi anti-oksidan yang membantu menghilangkan pigmentasi ni...Memang elok.

Selain itu, ia elok untuk atasi masalah kencing manis juga.

Di bawah ialah gambar latest Ice...hehehe....




Muka Ice still ada water retention...Pipi still kembung...



Ice puas hati sebab dalam masa 2 minggu Ice dapat kembalikan ke"merah"an muka Ice.


Dulu time anak pertama mau2 3 minggu baru muka x nampak pucat. Ini disebabkan oleh Ice amalkan Nu3Med(produk terbaru NR) 2 kali sehari. Ice dah habiskan 2 botol dah.



Ni Ice kat "tempat kerja" Ice...hehehe...

So...apa pendapat korang dengan perubahan terbaru Ice nih???

Saturday, March 20, 2010

Shhh.... Akar Herbanika teman breast feed ku....


Salam semua....

Setelah melihat blog ice ramai ibu-ibu yang berminat nak mencuba NR ketika pantang....Alhamdulillah....

Tetapi mereka takut effect baby... Effect??? Memang la ada....

Salah satunya ialah....susu badan akan menjadi bertambah banyak, dan dengan itu akan mengenyangkan buah hati anda....hehehe. So. xder la dia meragam ibu dia x banyak susu.

Macam Ice contohnya, masa hari ke-5 susu dah melambak2... Itu semua adalah penangan NR. Lebih2 lagi kalau rajin minum air Akar Herbanika. Cuba tengok pic di bawah...

Ni sebelah kanan punya susu-3 ounce (hari ke-5)

Ni sebelah kiri punya susu (dalam breast pump)- 3 ounce (hari ke-5)

So, Ice boleh gerenti, NR takkkan menyebabkan susu Ibu yang dalam pantang kering...sebab NR tidak panas...malah ia membantu mengeluarkan lagi susu badan ibu, lebih2 lagi dengan air akar herbanika tuh...

Tapi kalau masalah ibu yang ada puting kecil atau tersorok, tu NR x boleh buat apa. So Ice cadangkan, sesiapa ada puting yang kecil, semasa waktu mengandung, rajin2la stimulate puting anda agar senang keluar...takpun, kaum papa2 buat overtime sikit ler...hahaha...(cheh, ter lucah lak)...hihihi

Salam sayang....and happy breast feeding!!!!

Thursday, March 18, 2010

Shhh...menu ku dalam pantang

Di bawah ni ada gambar-gambar menu I dalam berpantang. Dibuat khas oleh Ibu tersayang-Kak Bed...

Tiap2 hari, menu berbeza2. tapi I tak ingat la namanya. Nak tanya ibu, dia dah tido...so tomorrow je la i update nama menu I ni yek...



Sup ikan merah

Macaroni Daging

Acar Rampai

Ikan Haruan Salai Masak Asam Cuka

Meu berpantang I hari ke-5

Menu berpantang I hari ke-6. Ikan Siakap Masak Lada Hitam Sup Sayur

Sayur Campur

Ikan Haruan Salai Masak Asam Kering

Menu berpantang I hari ke-8

Kalau you all perasan, air dalam gambar2 ni bukan air teh taw...Itu Air Akar Herbanika...best woo...layan panas2 sebelum makan. So xder la bernafsu sangat nak makan...sebab dah kembung air dulu....

Diingatkan, minum air sejurus lepas makan boleh menyebabkan BUNCIT!!! So, beware...!!!!

Shhh... 1st week berpantang...my latest update

So...now Ice dah officially dalam tempoh pantang...So this is my latest ukur lilit:

Tempoh selepas bersalin : 1 hari

Berat badan : 65kg (Last Week 73kg)

Pinggang : 36" (Last Week 43")

Pinggul : 40" (Last Week pun 40")

Memandangkan Ice ni bukanlah artis ternama, atau celebrity terkemuka dengan ini Ice exposekan muka Ice time tengah selebet dalam berpantang. So you guys dapat tengok transformasi ice yang sebenar...(Jangan korang kutuk lebey2 sudah....)

Inilah muka Ice yang tengah menembun dengan imbalance hormones and lots and lots of water retention problem-masalah kebiasaan ibu2 dalam pantang.

So saksikanlah Ice yang dalam pantang........


Ni gambar Ice masa birthday putera sulong Ice-3 hari selepas bersalin.- Tengok muka Ice. Pucat dan tak bermaya kan...

And ni masa Ice dah balik rumah dari hospital-hari ke-5:- kalau you all perasan, jari2 Ice bengkak air kan...

And ni masa best friend Ice datang menziarah-hari ke-6:-My double-chin still showing. Muka Ice sembap


- Even after one week, muka Ice still pucat. Sebab kalau seseorang tu undergo ceasear, memang banyak darah yang hilang. It takes few days(sometimes week) to recover. So normal for yang menjalani ceasear. But for those yang undergo normal delivery, by this time, muka you all suppose dah kemerah-merahan. Nak2 kalau makan NR.

So, Ice cadangkan ibu2 yang undergo ceaser macam Ice, please makan iron tablet yang klinik kerajaan bagi tu. So boleh replace darah kita yang banyak hilang.

Ice start makan Phyto Natal masa hari ke-3 selepas bersalin. tapi Air Akar Herbanika Ice dah start since hari pertama.

Buat masa ni, rawatan dalam pantang Ice dah buat adalah:
  • mandi herba
  • bertungku
  • berbengkung
Untuk mengurut, berbarut dan melulur, mungkin minggu depan Ice akan start.

Untuk NR, Ice amalkan
  • pagi sebelum sarapan - 3 biji Phyto Natal + 1 sudu besar Nu3Med + 1 cawan pekat Akar Herbanika
  • Petang - 1 sudu besar Nu3 Med
Kalau kalian tengok. dari gambar hari ke-3 Ice sampai la hari ke-7, sembab air atau "water retention" dalam badan Ice semakin berkurangan. Semua itu disebabkan Ice rajin mengamalkan Air Akar Herbanika. Kalau Ice dahaga je, Ice minum air akar ni. Nanti Ice update lagi next week, k.

Dan yang penting, always keep warm...pakai stokin...elakkan berkipas terlalu banyak dan elakkan bersejuk...

Chiow....Muaksss XOXOXO

Shhh... My second angel has arrived...


Tanggal 10hb March 2010, Ice telah selamat melahirkan seorang baby boy pada pukul 9.43 pagi di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang secara cesarean. Cuma beza kali ni, I was not put to sleep, so i manage to hear my baby cries and able to see him fresh from womb!!! What a miracle!

Sebenarnya tengahari Isnin-8 March; Ice dah rasa lain macam. Tapi Ice still pegi keje. Sampai kat tempat keja, Ice rasa tak sedap hati. So Ice amik half day, jumpa gynea Ice time lunch hour. Masa nak check urine, Ice datang tanda-blood show. Tapi x sakit apa. So doctor suruh balik dulu and kalau tak ada apa2 esok pagi baru pergi admit hospital.

So Ice pun take the opportunity jalan2 gi Jaya Jusco bukit Tinggi dengan hubby. Siap shopping laptop lagi...Hehehe...Ice siap buat treatment rambut and pegi attend manicure.

Bila malam, Ice rasa lain jek...Ice online dengan customer NR and siapkan kerja2 tertangguh. Malam tu jugak Ice print buku e-Book-Shhh... rahsia IBU!!! and Ice siapkan parcel untuk semua order customer. So harap hubby dapat hantar semuanya by tomorrow. Ice tido pukul 12 tgh malam. Dalam pukul 12.20am, tiba2 Ice rasa macam baby kicking kuat sangat. Tapi Ice layan jek tido...

Tiba2 Ice rasa ada benda panas keluar kat bawah tu... Mula2 sikit. Ice ingat darah. Bila Ice cuba bangun...masyaallah!!! air ketuban Ice dah pecah!!!! Banyak giler. Hubby tak tunggu lama, angkut anak bawak pergi rumah sis in law Ice. Ice siap2kan apa yang patut. By 12.30am Ice n hubby dah on the way to hospital. 12.50am tiba2 Ice dah rasa contraction. setiap 10 minit. Duration 1 minute.

Sampai kat emergency room, diorang check and path tak buka lagi. But the doctor gave me 2 options. Memandangkan interval between 1st and 2nd pregnancy Ice tak sampai setahun, they ask me to decide sama ada Ice nak go through normal or C-section delivery. Ice pilih normal coz kalau boleh Ice nak ramai anak. So they start to pantau Ice. Ice warded malam tu jugak.

The same day ice warded,Qarnain-my eldest son, demam panas. Ice dah tak keruan. Dugaan Allah time tu memang hebat. Ice masih rasa contraction. Yang semakin kerap dan panjang. tapi path still tak buka-3 cm jek. Ice risaukan Qarnain.

So pukul 10.30 malam, diorg dak masukkan ICe dalam labour room-induced...Ice tahan sakit contraction sampai pukul 9 pagi keesokkannya-10 March. Bila path still tak buka, and contraction makin lemah, doctor decide untuk Ice undergo C-section. Ice pasrah.

Pukul 9.30 pagi, Ice dah masuk operation theater. Hubby xder masa tu.Tapi Ice dah biasa masa 1st baby dulu kena Ceaser. So xder la takut sangat. Diorang buat kerja so smoothly. tak sedikitpun Ice rasa sakit. By 9.43am, Ice dengar suara baby Ice- Haidar Umair... Alhamdulillah.... Hilang segala sengsara sakit Ice tengok baby.


Berat baby Ice 3.77kg. Terkejut Ice. Tapi yang paling syukur, dia sihat.So now nak tumpu part berpantang pulak... Doktor advice Ice untuk gap 3 tahun for 3rd baby. Dan disebabkan pregnancy yang dekat dengan kaedah ceaser, Ice cuma ada last opportunity untuk mengandung. Tapi Ice bersyukur, sekurang-kurangnya Ice dah cuba dan dah ada dua anak.

Ice sedih jugak sebab kalau boleh Ice nak 5 orang anak. tapi doctor cakap luka pembedahan lama Ice dah fractured disebabkan contraction yang berpanjangan dan luka ceaser Ice yang dulu masih fresh. Ice harap, bila Ice berpantang kali ni dan amalkan NR secara konsisten selama 3tahun berturut-turut, peluang Ice untuk mengandung lebih dari 3 orang anak lebih cerah.

Kalau ketumbuhan Ibu Ice boleh hilang dalam masa 6 bulan dengan NR, tak mustahil luka rahim Ice pun boleh sembuh dalam masa tu kan...Whatever it is..too Allah I pledge...May HE give me the opprtunity for more children in the future...Yang penting Ice kena berusaha...