Wednesday, October 19, 2011

Diet masa pantang. Jangan berlapar, tapi jgn terover makan...


Salam sayang semua,

Post kali ini ingin Ice menjawab satu soalan dari pembaca setia blog Ice. Agak rumit masalahnya, tapi menarik sekali untuk dikupas. Soalannya berbunyi begini...

"Kak Ice, saya dah nekad anak ke-dua ni saya nak fully breastfeed baby saya. Tapi saya tak tahan sebab selalu sangat rasa lapar. Tapi kadang-kadang masa dalam pantang tu kalau dah lapaar pun, saya ignore(abaikan) je. Sebab saya pun nak kurus gak macam saya anak dara dahulu. Tapi bila saya berlapar, susu macam sedikit la. Macam mana ye kak Ice...?"

Rumit kan....??? Wanita yang dilahirkan dengan 9 nafsu kali ini menginginkan 2 keinginan dalam satu masa. Keinginan pertama, nak fully breastfeed baby sehingga 2 tahun. Keinginan ke-dua, nak tampil kurus seperti anak dara (sebab dengan set bersalin NR ni dia dah lose 19kg,melangkaui berat badan selepas bersalin anak pertama. Lagi 5 kg dapat berat badan anak dara).

Ibu-ibu yang menyusukan bayi mengalami perubahan hormon yang drastik. Sebab itu ibu yang breastfeeding baby ni cepat terasa lapar. So di sini Ice cadangkan untuk mengatasi rasa lapar and at the same time tak mahu tambah kalori yang berlebihan dalam tubuh, ibu boleh mencuba simple meal seperti di bawah:

  • Oatmeal - well, tiada siapa dapat menafikan kebaikan oat yang tinggi kandungan serat. Ia juga boleh membantu meningkatkan bilangan susu badan dan mengenyangkan perut dalam masa yang sama! Tapi feedback yang Ice terima... "Tak lalu la Ice nak makan oat" and Ice boleh cakap satu benda je.... kalau dah sayang anak, makan jadam pun Ice sanggup.... Kita bukan hidup seorang ye ibu-ibu...kita sekarang dah hidup untuk anak2, so kena banyak berkorban. Baru namanya kasih ibu....
  • Biskut kraker (atau nama glamer biskut mayat). Yang terbaik yang tiada inti atau bukan dari butter base (biskut mentega). Yang tawar tu lagi bagus. Biskut ni you all nak makan satu tin pun takpe....amik yang whole meal punya lagi bagus.
  • Kalau dah makan lebih dari 6 kali sehari, Ice cadangkan you guys kena start mengunyah buah2an. Tapi pastikan bukan durian yer.... Dalam pantang buah tempatan is a big NO...NO...NO.... Just buahan import. Yang terbaik adalah oranges (high vitamin C-bagus untuk luka) and red apple sahaja. Tapi jangan lak kome makan siap nyicah kuah rojak yer. Tu nak tempah gatal anu namanya (sebab ada petis)
  • Tak salah makan banyak bila dah lapar. Tapi Ice cadangkan makan 6 kali sehari. Breakfast, brunch, lunch, tea, dinner and supper. Breakfast, lunch and dinner makan proper food but in MINIMUM intake. Yang part brunch, tea and supper tu baru makan kudapan ringan seperti biskut or oat. And perlu diingatkan, nak cepat kurus time pantang, timing makan kena konsisten. Kalau breakfast kul 8, pkl 8 la korg makan. Jgn sekejap cepat sekejap lambat. Sebab kalau badan kita dalam keadaan berlapar secara berlebihan, itu yang jadi isu, makan pun secara berlebihan.Bila badan tak surut-surut, salahkan lak Set Bersalin NR...Hehehehe.... ;)
  • And then bagi yang dalam pantang, kalau nak senang, breakfast tu buatlah Susu Madu Berbadam untuk tambahkan susu. Resepi klik di sini ---Susu Madu Berbadam. Resepi ni Ice ambil dari buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu. -
  • Untuk minuman pula, ibu-ibu boleh minum Milo, Horlick and sekali sekala Kopi. Kopi tak boleh selalu sebab kandungan kafein yang tinggi dan sesiapa yang suka minum kopi, segala zat dalam badan akan hilang setiap kali kita buang air kecil. So better minum milo and horlick yang kurang gula.
  • Dan sesiapa yang menggunakan Set Bersalin NR, jika rajin minum air Akar Herbanika, insyaallah banyak lah susu ibu tu and cepatlah surut badan si ibu... Dan bagusnya minum air akar ni, kita boleh minum sebanyak mana kita nak time dalam pantang. Dia takkan menyebabkan water retention atau kegemukan air. Sebab dalam pantang memang ibu-ibu tak boleh minum banyak air nanti kembang urat. Tapi dengan air Akar Herbanika ni nak minum 10 mug pun boleh. Tapi dengan syarat, minum kenalah menghirup pakai sudu. Barulah cepat hilang haus dan taklah boroi perut tu (sesiapa yang perut boroi sekarang pun boleh start minum stail menghirup pakai sudu ni...insyallah...)

So ibu-ibu ni janganlah berlapar semata-mata nak kurus. Dan janganlah makan sampai tak ingat dunia semata-mata lapar. Ada caranya. Tapi apa pun kat dunia ni takkan menjadi kalau kita TAK KONSISTEN dan TAK BERDISPLIN.

Untuk mengetahui lebih lanjut aturcara berpantang, ibu-ibu boleh beli buku panduan berpantang Shhh...Rahsia Ibu Anggun Berpantang Edisi Ke-dua.
Sekian dulu dari Ice.... Peringatan sayang... Berdiet bukan kena berlapar. Tapi perlu makan makanan seimbang dalam kuantiti terkawal. ;)

Love always.
Ice

No comments:

Post a Comment