Selama Ice menjadi Confinement Lady, Ice banyak mendengar kisah kaum ibu yang mengandung, mengelakkan hubungan intim dengan suami sepanjang mengandung. Ada yang isteri itu sendiri yang menolak kerana alasan penat, takut dan kurang bernafsu, dan ada pula orang lelaki yang menolak atas alasan kuno seperti takut "tercucuk" bayi, takut dengan keadaan perut yang membukit atau isteri tidak seseksi dahulu.
Bila ice attend kelas Gentle Birth AMANI, salah satu info yang sangat menarik minat Ice adalah dimana galakkan ibu dan ayah bercumbu sebelum dan ketika proses bersalin itu sendiri (boleh dilakukan ketika kontraksi sudah mula terasa bila di rumah atau di dalam wad tertutup di hospital. Tapi di Indonesia, penceramah tu cakap, selamba je suami-suami mereka menggentel puting ibu ditempat terbuka. lol )
Ini kerana melalui aktiviti berjimak ketika mengandung dan bercumbuan ketika ibu sedang sakit bersalin, ia membantu ibu-ibu mengandung menzahirkan sendiri hormon oxytocin, dimana hormon ini Allah jadikan sebagai bahan untuk melancarkan proses bersalin itu sendiri.
Mari Ice kupas dengan lebih lanjut, apa itu hormon oxytocin.
Apakah itu OXYTOCIN?
Kedinginan seks ketika mengandung. Pasangan harus terbuka berbincang masalah ini dari menyimpannya dan menjadi sekam di dalam perkahwinan. |
Bila ice attend kelas Gentle Birth AMANI, salah satu info yang sangat menarik minat Ice adalah dimana galakkan ibu dan ayah bercumbu sebelum dan ketika proses bersalin itu sendiri (boleh dilakukan ketika kontraksi sudah mula terasa bila di rumah atau di dalam wad tertutup di hospital. Tapi di Indonesia, penceramah tu cakap, selamba je suami-suami mereka menggentel puting ibu ditempat terbuka. lol )
Ini kerana melalui aktiviti berjimak ketika mengandung dan bercumbuan ketika ibu sedang sakit bersalin, ia membantu ibu-ibu mengandung menzahirkan sendiri hormon oxytocin, dimana hormon ini Allah jadikan sebagai bahan untuk melancarkan proses bersalin itu sendiri.
Mari Ice kupas dengan lebih lanjut, apa itu hormon oxytocin.
Apakah itu OXYTOCIN?
- Lebih dikenali sebagai "Hormon Cinta' kerana ia wujud ketika kita berjimak, membantu kesuburan, kontraksi ketika bersalin dan ketika pengeluaran susu ibu. Hormon ini membuatkan ibu merasa selesa dan membangkitkan perasaan dan sikap keibuan seorang wanita.
- Oxytocin memberikan rangsangan kontraksi yang sungguh kuat dimana membantu menipis dan membuka ruang servik ibu, membantu menggerakkan bayi ke bawah dan keluar dari saluran peranakan, membantu mengeluarkan uri dan mengelakkan tumpah darah selepas uri dikeluarkan.
Kekurangan OXYTOCIN boleh menyebabkan:
- kontraksi semakin perlahan dan berhenti, dan memanjangkan tempoh bersalin.
- menyebabkan pendarahan berlebihan selepas pengeluaran uri
- kemungkinan memerlukan campurtangan dalam proses kehamilan alami (seperti induce/forceps/ vacuum/ c-sect)
Prosedur forcep dan vacuum
Cara-cara untuk menghasilkan OXYTOCIN secara semulajadi tanpa bantuan hormon tiruan. (dilakukan ketika tahap pertama kehamilan, dimana kontraksi sedang berlaku)
- Sentiasa berada di dalam keadaan tenang, selesa dan yakin.
- Jauhi gangguan seperti orang yang anda tidak suka, atau gangguan bunyi atau prosedur bersalin yang sangat-sangat anda tidak selesa
- sentiasa berada di dalam keadaan tegak (berbaring sangat-sangat mengganggu proses bersalin secara alami) kerana dalam posisi ini dan dengan bantuan tarikan graviti, bayi mudah keluar.
Pasangan sentiasa memastikan ibu dalam postur yang betul dan dalam keadaan yang tenang dan terkawal, dan yang lebih penting dalam keadaan yang membuatkan ibu itu selesa. |
- Rangsang atau stumulasikan bahagian puting atau bahagian klitoris sebelum bersalin, dan terus menyusukan bayi sejurus selepas melahirkan bayi anda.
- Elakkan epidural analgesia kerana ia memperlahan atau membantutkan pengeluaran oxytocin ibu ketika bersalin (Dr Sarah J. Buckley MD 2005)
Pitosin dimasukkan melalui salur IV |
Manakala, dengan hormon pitosin, walaupun dengan dos yang kecil, drip yang dimasukkan melalui salur IV masih berterusan, maka kesakitan itu kadaag-kadang dirasa agak keterlaluan bagi ibu yang sedang bersalin kerana ianya merupakan sakit yang berterusan. Dan kandungan pitosin jika diberi terlalu banyak, boleh menyebabkan tekanan pada bayi dan seterusnya berkemungkinan ibu menjalani pembedahan.
Bersalin tetap sakit. Namun kesakitan secara semulajadi lebih mudah ditanggung. Allah tidak akan memberikan kesakitan yang tidak mampu ibu hadapi ketika bersalin. Itu janji-Nya. |
Oleh itu, jangan jadikan alasan mengandung untuk kaum ibu mengelak dari disentuh. Mengandung tidak memberikan anda diskaun dari melayan suami. Ingatlah...
Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud: "Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak. Kemudian suami itu bermalam dalam keadaan marah, maka isterinyaitu dilaknat oleh para malaikat sehingga waktu pagi"
Dan kepada suami pula, tanggungjawab anda tidak berhenti setakat menanam benih di dalam rahim isteri. Gauilah mereka, kerana melalui perbuatan anda itu, sedikit sebanyak membantu sang isteri menghadapi proses bersalin yang lebih senang. Sentiasa berada bersama isteri ketika mereka bersalin dan belailah mereka agar mereka mudah merasa tenang dan akhirnya memudahkan mereka melahirkan zuriat kalian
.
Indah bukan ciptaan Allah?
Subhanallah....
Perkongsian yg menarik :)
ReplyDelete