Thursday, October 5, 2017

Silap sengkak, rahim rosak

Hasil carian imej untuk beautiful uterus drawing
Sengkak.

Adalah istiadat urutan yang hanya wujud dalam Perbidanan Melayu.

Tidak terdapat dimana-mana urutan seluruh dunia.

Istiadat sengkak ini, ada turutannya. Ada tertibnya. Silap sengkak, rahim ibu selepas bersalin boleh rosak mahupun cacat.




Amalan sengkak adalah memasukkan keseluruhan rahim ke dalam sarangnya, iaitu diantara tulang pelvik. Kerana selalunya, selepas bersalin rahim wanita yang diteran ketika proses kelahiran akan melorot turun.


Akan tetapi perlu diingatkan. Kondisi rahim selepas bersalin selalunya masih membengkak dan lemah. (sila rujuk gambarajah di bawah)


Beza antara rahim selepas melahirkan anak dengan saiz rahim selepas 6 minggu melahirkan anak

Sedangkan bahagian yang menempatkan rahim di celah tulang pelvis hanyalah sebesar buah pear. Dan apabila rahim yang masih membengkak sebesar buah betik masak diasak-asak, ditolak-tolak untuk masuk ke "sarang"nya, maka berlakulah kecacatan pada rahim.


Kedudukan rahim di dalam tulang pelvik wanita


Istiadat sengkak yang melulu sebegini mampu mengakibatkan ibu tumpah darah, darah nifas terhenti dan yang lebih teruk adalah kecacatan rahim di mana rahim akan terdongak atau menunduk lalu menyukarkan si ibu untuk hamil dikemudian hari


posisi uterus yang tidak normal (ehsan Huffpost UK)



Kerana itu rahim perlu dirawat secara berperingkat sepanjang tempoh berpantang. Tidak boleh disengkak secara semberono.


Pada awal-awal waktu berpantang, bidan akan melebihkan rawatan pada rahim dengan amalan sapuan ubat barut dan pemakaian bengkung untuk menampung rahim yang lemah itu agar rasa selesa. 

Tuaman dilakukan agar rahim mengecut dengan rapi selepas bersalin.

Kemudian teknik urutan pada kawasan ari-ari lebih lembut dengan teknik memujuk rahim. Ia adalah teknik yang sangat-sangat berbeza dari sengkak. 

Teknik pujuk rahim ini lebih menfokuskan pada bahagian otot dan urat-urat sekitar rahim dimana ia kan diusap dan di pujuk dengan lembut untuk mengurangkan rasa tenat dan senak selepas bersalin.

Untuk ibu bersalin secara pembedahn seperti Kak Ice, tak perlu risau jika tidak dapat melakukan rawatan pujuk rahim dan sengkak rahim. Ini kerana proses bersalin secara pembedahan  tidak menggunakan proses meneran yang extreme ketika melahirkan anak.

Sebab itu orang bersalin secara pembedahan tak perlu disengkak sebenarnya. 

Akan tetapi dengan keadaan zaman sekarang dimana anak-anak muda yang tidak berpantang dan suka berlasak-lasak selepas bersalin membuatkan si ibu mudah mendapat simptom jatuh peranakan meskipun baru selepas 3 bulan dibedah.

Sedangkan Kak Ice sendiri lepas anak dah 2 tahun, baru minta suami sengkakkan sebab tiba-tiba rasa berat di ari-ari dan kencing tidak lawas 9simptom jatuh peranakan).

Dan bagi ibu yang berpantang dengan tertib diikuti dengan amalan ubat herba yang berkesan, silap haribulan rahim anda mengecut dengan elok dan akan "merangkak"sendiri masuk ke "sarang"nya.





Disebabkan itulah, guru kak Ice selalu berpesan, amalan sengkak peranakan ni bukanlah WAJIB dilakukan setiap kali selepas urutan bersalin. Bidan kena pandai menilik keadaan rahim sebelum mebuat keputusan samada rahim si ibu perlu atau tidak disengkak.

Bila didapati rahim sudah mengeram di dalam sarangnya, sengkak tidak perlu dilakukan.

Ini hanya berlaku kepada wanita yang benar-benar menjaga tatatertib aturan berpantang.




Ilmu perkongsian
Buku Adab Dalam Pantang Bersalin, Sh. Anisah Barakbah
Ensiklopedia Perbidanan Melayu , Sh. Anisah barakbah
Intipati perkongsian dari kelas yang dianjurkan oleh Datin Sh. Anisah Barakbah. 



Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana2 pihak copy paste mana2 status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan.


Blessed Beauty menawarkan Pakej berpantang untuk sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Kami merupakan Agensi NR (Nona Roguy) berdaftar.

Untuk Pertanyaan servis dan jualan produk NR, sila hubungi 012-7225184

No comments:

Post a Comment