Monday, October 24, 2011

Bertangas... Mantapkan "tiang seri", tajamkan "gigi" dan kembalikan "kegadisan"


Salam sayang penuh cinta...cheewahhh...heheehe

Hari ini Ice ingin membuat satu new post tentang bertangas khas untuk pembaca setia blog Ice ni...terutama Iee Naa, rakan FB ice...hehehe....

Ok, bertangas ni ada 2 jenis iaitu:

1. Bertangas Kering
  • Untuk mengecutkan segala ketumbuhan dalam rahim, menghilangkan keputihan, merapatkan rahim, mengharumkan kewanitaan kita, dan memantapkan tiang seri kewanitaan untuk memberi impak sensasi ketika berhubungan kelamin.
  • Khas untuk wanita yang belum putus haid dan wanita yang tengah kemuncak waktu berhubungan kelamin . Dalam ertikata lain yang berumur 25-40.
  • Juga khas untuk study case: Fibroid, cyst, endo,dan segala ketumbuhan di dalam rahim.
  • Untuk wanita selepas pantang
2. Bertangas Basah
  • Tujuannya untuk mengembalikan "kelembapan: kewanitaan, terutama bagi wanita yang mengalami pra-monapous atau yang telah monapous.

Bilakah aktiviti bertangas ini perlu dilakukan?
  • Hari haid ke-6,7&8.
  • Seminggu 3 kali kecuali period
  • Untuk study case, tiap2 hari sehingga ketumbuhan hilang atau kecut sendiri
  • Untuk dalam pantang, terbaik adalah hari ke-30 hingga hari ke-37

Di sini Ice akan share cara menyediakan bahan bertangas sehinggalah cara-cara untuk bertangas.

Cara penyediaan tangas basah.
  1. Ambil 1 Uncang Cuci Herbanika dan rendam di dalam air panas.
  2. Tutup bekas dan tunggu sehingga uncang cuci kembang dan mengeluarkan warna seperti teh o
  3. Tuangkan Minyak Berubat Herba

Cara penyediaan tangas kering.
  1. Panaskan batu sungai atau batu tanah liat di atas dapur sehingga betul-betul panas
  2. Sediakan 1 sudu besar kunyit hidup yang telah ditumbuk, 1 sudu besar jintan hitam, 1 sudu besar halba, 1 sudu besar garam kasar (tiada dalam gambar sebab dah habis) dan 1/2 cawan perahan air limau nipis. Bahan-bahan ini Ice syorkan sebab ia senang diperolehi di dalam dapur, Kepada sesiapa yang bertangas untuk masalah sakit puan, boleh mencampurkan 3 biji majakani yang telah ditumbuk, inai yang ditumbuk, 9 biji asam gelugor.
  3. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati
  4. Alaskan daun sireh dalam mangkuk tanah.
  5. Masukkan batu tungku ke dalam periuk tanah.
  6. Letakkan paste yang telah dibancuh tadi di atas batu tungku yang panas itu.
  7. Inilah rupa batu tangas untuk tangas kering yang telah siap.



Dan ini ada 3 cara bertangas yang boleh dipilih ikut kesesuaian anda:

Cara Bertangas A:
  1. Bahan: Mangkuk jamban (hehehe), surat khabar tebal.
  2. Masukkan dan ratakan surat khabar di dalam mangkuk jamban.
  3. Letakkan mangkuk betangasAmbil uncang cuci herbanika, toskan dan simpan di dalam freezer. Uncang ini boleh digunakan kembali sehingga hilang warna dan bau.
  4. Duduk dengan rapi di atas mangkuk jamban. Tapi pastikan ketika duduk, paha kita di bahagian dalam menguak dengan keadaan muka bawah yang terbuka untuk menerima wap panas dari rebusan tangas.
  5. Wrap dari pinggang ke bawah dengan tuala besar
  6. Tarik nafas dan buat senaman kemutan (menahan air kencing) selama 10 kali sebelum melepaskan nafas. Ulang 3 kali dan rehat 30 saat. Dan ulang kembali senaman kemutan. Lakukan sehingga selama 15-20 minit..
  7. Setelah selesai, bilas kewanitaan dengan barra gel dan buat rawatan meruang dengan minyak berubat herba.
Cara Bertangas B
  1. Bahan2nya: 1 baldi besar (yang muat-muat punggung kita). 1 bekas untuk tinggikan bekas tangas
  2. Letakkan mangkuk tangas ke dalam baldi dengan keadaan yang sedikit tinggi.
  3. Duduk di atas baldi
  4. Tutup dari pinggang ke bawah dengan tuala yang tebal dan besar
  5. Buat senaman kemutan seperti disyorkan di atas selama 15-20 minit. Setelah selesai basuh dengan Barra Gel dan ruangkan kewanitaan dengan minyak berubat herba.
Cara Bertangas C
  1. Bahan2nya: Kain batik (dipakai),1 bangku plastik yang berlubang di tengahnya, 1 baldi untuk dibuat pangkin
  2. Letakkan bekas tangas di atas baldi pangkin dan letakkan kerusi plastik di atas bekas tangas
  3. Duduk dengan keadaan kain batik diletak menutupi bangku plastik tadi selama 15-20 minit.
  4. Ambil gebar yang tebal dan besar dan balut badan.
  5. Buat senaman kemutan seperti disyorkan di atas selama 15-20 minit. Setelah selesai basuh dengan Barra Gel dan ruangkan kewanitaan dengan minyak berubat herba.
Mungkin kelihatan agak renyah dan leceh, tetapi dalam masa kita mandi sepanjang minggu, tidak ada langsungkah waktu 15 minit yang boleh kita buat sebelum mandi? Ini Ice dah siap bagi cara dalam bilik air sendiri ni. Tak payah nak travel gi SPA. Kiranya jualan rawatan bertangas Ice dari rumah ke rumah ni pun boleh terjejas, tapi Ice nak mudahkan kawan2 jaga diri kawan2 sendiri..Takpelah, Ice tak kisah... :)

Jangan muka je cantik ye kawan2.... jangan body je ada curvy murvy... tapi bila buka seluar kecik, baunya sungguh meloyakan. Atau bila beraksi, suami mengeluh, Mahupun kedekut masa 15 minit, tapi kena berhabis beribu-ribu RM untuk rawatan penyakit puan kelak.

Bukan Ice nak takut-takutkan kalian. Cara dah ada untuk menjaga kewanitaan kita. Kalau diamalkan dengan bersungguh dan penuh berdisplin, masalah puan insyallah tak perlu sampai ke meja pembedahan. NR ada cara. Boleh dirawat dari dalam, dan dari luar sangat disyorkan rawatan bertangas ini...

Bila dah mantap dalam, baru cantik luar teserlah...Ingat ye, bila muda kecantikan luar boleh dijaga, dibaiki, di topeng2 dengan komestik...bila dah menginjak umur ke alam tua, awak jagalah cantik luar tu macam mana pun, kalau dalam tak cantik, nampak jugak tuanya muka tu...

Sebab.....muka dalam kitalah yang mencerminkan muka luar kita.......

Sayang kalian ketad2.....Muahh....

14 comments:

  1. ice, kalau batu sungai tu ganti dgn batu tungku yg dibuat dari besi tu blh tak???

    ReplyDelete
  2. nak tanya kalau batu tungku yg besi tu boleh guna x untuk tangas kering????

    ReplyDelete
  3. Jika anda telah disahkan oleh klinik mempunyai fibroid, cyst dan dinasihatkan membuat pembedahan, atau sakit berlebihan ketika haid..makanlah SALAMON selama 1-2 minggu. Selepas itu buatlah pemeriksaan semula di klinik.

    ReplyDelete
  4. Ketikketok, pandangan anda saya huraikan dalam blog post ini http://iceblessedbeauty.blogspot.com/2012/03/ketumbuhan-dalam-rahim-pembedah-vs.html

    Jemput baca ye

    ReplyDelete
  5. saya xtau bertangas tu untuk makan ke kalau cara bertangas kering tu? yg guna batu tungku tu


    aain_88@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. wah mudahnya...mangkuk tandas dah ada dan uncang cuci NR pun dah ada...bole buat serta merta :)...tq

    ReplyDelete
  7. Salam, jika bersalin c-sec boleh bertangas ker? Perlu ke atau tidak bertangas ni?

    ReplyDelete
  8. Salam. Alhamdulillah akak dah practise cara ice bagi. Baru badan rasa sedap skit. Cara tangas yg paling ringkas tetapi bagus.

    ReplyDelete
  9. herbanika dan tangan ini boleh untuk ibu menyusu badan tak?

    ReplyDelete
  10. Salam...
    Lau yg dlm pntng
    Bermula.day 30~37
    Mksdnye hr2
    Pastu tangkas bsh bile mula

    ReplyDelete
  11. Salam
    bole x klu batu sungai tu diganti dgn tungku besi? Lg 1, apa maksudnya 'meruang' dengan minyak ubat herbaneka yer?

    ReplyDelete
  12. salam...
    nk tanya, klu bertangas kering utk org bersalin, (mengecutkan rahim) kan? bole x dilakukan hr ke 3 slps bersalin?

    seeloknya dilakukan slps mandi atau sblm mandi?

    bole x sekiranya tungku batu tu digantikan dgn tungku besi?

    sarizahir@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Salam, Sy mohon pnjam gmbr untuk rujukan bertangas boleh?
    Untuk tunjuk contoh bertangas je. bukan nak publish kat mana2. boleh ke?

    ReplyDelete
  14. Orang mengandung blh bertangas x?

    ReplyDelete